Isnin, 17 September 2012

MY Belated Birthday :)

Assalamualaikum....
rasenye lame sangat2 tak jenguk n menekan keyboard untuk mengupdate blog ni...
ALHAMDULILLAH, ALLAH bagi lagi peluang untuk terus bernafas di bumi yang hanya sementara ini... Syukur kerana sampai ke hari ini, sudah 25 tahun dan 40 hari  ALLAH berikan nikmat kesihatan dan bahagia di samping keluarga dan rakan2 tersayang... Terima Kasih ALLAH...

 00.00 am 7/8/2012
dapat mesej dari adek2 sayang by sms n post kt fb...thanks to all yang wish n berdoa haritu...semoga doa2 kalian semua ALLAH makbulkan... dalam banyak2 mesej tu teringat mesej wish birthday dari someone tahun lepas...sedih sangat mase dapat mesej tu... sampai menitis air mata...tapi itu semua kenangan yang tidak mungkin akan luput dari ingatan kerana tahun ni n tahun2 akan datang memang dah tak akan dapat lagi mesej dari someone tu...(semoga tenang di SANA)...AMIINN~~~
Ustazah Nor Bahyah pernah bagi tip yang kita disunatkan untuk berpuasa di hari lahir kita jika ingin mendapatkan jodoh yang baik...ALHAMDULILLAH tahun ini tahun kedua birthday saya jatuh pada bulan Ramadhan dan secara langsung saya berpuasa di hari lahir saya :)


2040pm 12/9/2012
Tetiba adek2 sayang : diana, intan, hanis, izzah, azy masuk ke rumah saya n nyanyi " happy birthday to you...happy birthday to you....saya pun join skali nyanyi n cam blur2 sebab tak pasti birthday siapa hari ni sebab adek2 sayang : ida, nad n min pun join skali nyanyi dan termasuk la jugak adek2 sayang : dirah n teha (tok dalang) serta sue...saya ngn ain masih terpinga-pinga pastu baru la diaorang sebut nama saya n nama ain...baru la rase lawak n terharu sebab syok2 nyanyi happy birthday to you,skali lagu tu to me rupenye...hehehe... thanks to adek2 sayang yang bertungkus lumus goreng bihun n beli kek yang comel ni....


   kek for my belated birthday from my beloved adeks...

selalunye saya selalu jadi tok dalang tuk kenekan korang mase birthday, skali hari ni bole pulak saya yang terkene... pandai betul adek2 sayang saya ni plan sampai saya tak dapat kesan ape yang korang plan ek...pandai2...nanti kita tengok sapa lak yang kene untuk next month.. :)


1833 pm 16/9/2012
bangun je tido...alamak, dah lewat dah nak solat asar...cepat2...mana lak perginye penyepit rambut saya ni... angkat je bantal...tadaaaa.....nampak benda ni....


cam pernah nampak je novel ni....

hehehe...cam bole teka je sape punya kerja ni... pastu tarik slow2 kertas hijau tu n tadaaaa....

   novel Kampung Girl...

yeay...dapat novel Kampung Girl...semalam dok usha2 kat MPH SACC, tp tak ambik sebab ingat nak beli guna rebate dari MPH...pastu tak jadi lak ambik semalam...tetibe hari ni dapat lak....
pastu bukak lak kat page depan novel ni... n tadaaa....

TQ adek sayang n tok dalang... :)

pandai ek reporter @tok dalang bagi information semalam yang saya tak beli lagi novel ni ek.. tapi tang 52 tu x bole terima tu...i mude lagi la you.. baru 15 tahun...hehehe...

ape2 pun thnks for both of you n for all of you yang menjayakan misi my belated birthday party with ain..
Love All of you and hope our friendship till jannah...InsyaALLAH :)

2,3 hari selepas dapat hadiah ni, dengar la yg cik adik manis Teha dok cakap yang saya tak nampak,saya tak jumpa...pastu try selak2 novel ni terjumpa la yg ni...

maaf sebab tak selak2 novel ni sampai last page...
ape2 pun, tq awak :)

Khamis, 12 Julai 2012

Syukur kerana anda insan terpilih.

ALHAMDULILLAH...
Syukur kerana anda insan terpilih.

Kekadang terfikir, sunyi la sebab tak ada pakwe, best kan kalo ade pakwe, bole dapat hadiah, selalu wish bile ade hari-hari istimewa, bole bagi kata-kata semangat bile tengah tension study. tapi tak terfikir pulak bila ada pakwe bukan ke akan menambahkan lagi masalah sebab selalu gaduh, lambat balas mesej pun gaduh, tak bagitau gi jalan kat mana-mana pun gaduh, lupa tarikh ulangtahun pun gaduh... ok,saya hanya ingin berkongsi pengalaman barangkali moga-moga ia memberi manfaat kepada saya dan orang lain.

Dulu saya tau yang kapel @ couple tu haram, tapi saya pun terjebak sama. kita akan rasa gembira dan suka bila ada orang yang sayang kita, yang take care pasal kita, yang boleh kita kongsi masalah dan yang akan call and mesej2 ngn kita sampai pukul 2,3 pagi, kerana itulah kita akan tersasar sedikit. kita akan terjerumus dan terbuai dengan perasaan kita sendiri. perasaan yang akan kekadang membuatkan kita terleka dengan dunia dan sesekali kita akan tersasar dari hukum ALLAH..

apa yang saya rasa sekarang, saya sangat beruntung kerana tidak mempunyai boyfriend or kekasih or teman lelaki or pakwe. kenapa saya katakan sangat beruntung kerana banyak perkara-perkara yang bermanfaat yang boleh saya atau kita lakukan apabila kita tidak mempunyai kekasih. antara perkara-perkara yang dapat kita lakukan ialah seperti :

Setiap hari minggu, hari yang tiada kelas or kuliah, saya boleh mengikuti kelas-kelas agama dan program-program yang berfaedah yang dianjurkan oleh pelbagai-bagai persatuan. contohnya saya boleh mengikuti kelas ilmu Aqidah or Ilmu Fikah or Ilmu Tasawwur iaitu ilmu mengenal ALLAH... sesungguhnya menuntut ilmu agama adalah amat besar ganjarannya di sisi ALLAH SWT. Firman ALLAH SWT: ALLAH akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dikalangan kamu) beberapa darjat. Surah AL- Mujadalah, ayat 11. jadi, kenapa perlu bersedih kerana tidak ada kekasih, kerana cukuplah dengan Ilmu ALLAH dan mengenal ALLAH kita akan menjadi seorang yang lebih dicintai dan di kasihi oleh ALLAH SWT.. insyaALLAH... kalo ada kekasih, mesti kena fikir nak jumpa kekasih @ pakwe bila cuti.mesti nak keluar dating.pastu kalau ade kekasih,kita akan rasa malu untuk mengikut atau turut serta dalam majlis-majlis agama dan majlis-majlis ilmu... Syukur kepada ALLAH kerana memberi peluang untuk saya mengikuti majlis-majlis Ilmu ini..

bila tiada kekasih, kita juga bebas untuk melakukan apa sahaja benda yang kita suka. tidak akan ade orang nak marah dan sakit hati dengan apa yang kita buat. contohnya kita bebas nak post apa saja yang kita rasa kat facebook tanpa fikir perasaan kekasih. kalo kita kapel, kalo nak post sesuatu mesti kene fikir 2,3x sebab takut nanti dia terasa pulak dengan apa yang kita post. kalo kite kapel, bile kita nak post pasal agama mesti kita rasa segan sebab takut orang cakap, "post pasal agama, tapi kapel jugak"... bila tak kapel kita bebas nak post ape pun yang kita suka. so, tak perlu sedih bila tak ada kekasih.

bila kita ada kekasih, setiap malam mesti kita nak call dia, kita nak mesej dia. sampai kan kol 2,3 pagi kita dok mesej ngn dia. kalo call lak sampaikan berejam- jam kita bergayut dengan dia. itu dah membuang masa dan membuang kredit.. kalo setakat membuang masa dan membazir kredit je xpe lagi, tapi yang pasti kita akan menambahkan jugak saham dosa kita. kerana bila bercakap or bermesej- mesej dengan pakwe, kita pasti akan melembutkan suara kita dan pasti akan terkeluar ayat-ayat manis punya. bukankan itu akan menyumbang kepada saham dosa kita. Subhanallah...tidak terhitung banyaknya dosa yang telah dilakukan. kita patut bersyukur kerana kita adalah antara insan yang terpilih kerana telah atau memang tidak mempunyai kekasih kerana kita dapat mengelak dari membazir. kalo cakap boleh elak dari buang masa mungkin kita akan membuang masa dengan perkara-perkara lain yang lagha tetapi sekurang-kurangnya kita dapat mengelak dari menghimpunkan dosa itu..tidak perlu risau jika diri belum mempuyai kekasih hati.

Betul la apa yang Ustazah Fatimah Syarha cakap pada Konvensyen SuperParent yang saya ikuti pada    26/5 /12 yang lalu. bagaimanakah permulaan dan asas pembinaan rumah tangga, adakah ianya teguh atau rapuh. ALLAH SWT berfirman dalam surah At-Taubah ayat ke 109 "Adakah orang yang bina binaannya itu di dasar yang teguh kepada ALLAH, nak dapat keredhaan ALLAH itu lebih baik ataupun orang yang membina binaanya di tepi curang yang hendak runtuh". kita boleh berfikir tentunya orang yang membina binaan yang lebih teguh adalah lebih baik. sama seperti rumah tangga, rumah tangga ibarat samudera yang luas. kita kena siapkan diri kita dengan satu kapal yang canggih untuk melawan ribut taufan di samudera itu.

caranya ialah dengan cegah berpacaran sebelum nikah. kita rujuk dengan siapa tentang cinta itu. adakah dengan Lee Min Hoo atau cerita-cerita hindustan. sebenarnya kita kene rujuk dengan ahli ulamak dan apa kata ulamak tentang cinta. menurut  kata Professor Sheikh Yusuf Al-Qaradawi " saya nak tegaskan sekali lagi ape yang selalu saya ulang-ulang, saya tak puji apa orang moden sekarang selalu sebut-sebut tentang pentingnya bercinta sebelum nikah kerana perkara itu penuh dengan bahaya dan meliputi samar-samar. ada rasa cinta tiada masalah tetapi bila bercinta itu adalah mendekatkan diri dengan zina. bagaimana kita nak tegakkan sebuah rumah tangga yang barakah kalau asasnya penuh dengan maksiat, tak takut kepada ALLAH. Bagaimana nanti kalau ade conflict dalam rumah tangga kita nak balik kepada ALLAH kalau asasnya memang kita tak takut kepada ALLAH. SUBHANALLAH..

orang yang memilih untuk mujahadah iaitu menahan dulu rasa cinta  sebelum bernikah, mesti akan merasakan keberkatan itu bila bernikah..ALLAH akan mencampakkan rasa cinta itu kepada kita. Subhanallah,indahnya cinta ALLAH..

semoga sama-sama kita dapat menahan rasa cinta itu untuk diberikan kepada orang yang berhak iaitu kepada suami kita nanti... semoga ALLAH memelihara rasa cinta dalam hati ini untuk yang berhak mendapatkannya..

insyaALLAH...

jangan bersedih dan berduka jika kita belum memiliki kekasih kerana ALLAH sedang memelihara kita dari mengumpulkan saham dosa. ALHAMDULILLAH, syukur dan terima kasih ALLAH.. semoga ALLAH temukan insan yang selalu mengingatiku untuk mencintai-MU ya ALLAH. ~~AMIN~~~





Selasa, 10 Julai 2012

Alahai Awak.... hehehe...


30/6/ 2012
12.30 pm...
"alahai, susahnye nak hafal n memahami nota-nota MRI ni"..saya merungut seorang diri...
sekarang saya, Sue and Teha tengah study kat dalam library... Alamak, camne Mr. A ni ade lak ngn classmate saya ni. Dah lama kot tak jumpa ngn Mr A ni...yela, orang tu kan blaja kat oversea...huhu...
saya pun tegur la dia..

"hai, bile balik?"saya bertanya kepada Mr A.

"dah lama dah". Mr A menjawab.

"bila nak balik sana?"

"dalam bulan 9 nanti" Mr A jawab dengan malas..

oooo...
kenapa la dia ni cam tak suke je ape yang saya tanya....saya heran la, dulu kitorang memang baik sangat...kenapa tetibe je jadi camni...


saya nak tau jugak kenapa dia jadi camni...

"saya nak tanya awak la, kenapa awak ni cam tak suka je bila saya tanya apa-apa kat awak? saya ade wat salah ngan awak ke?" saya bertanya kepada Mr A...


dia terdiam seketika...lepastu dia pun jawab.

" ade orang bagitau kat saya yang awak dah ade pakwe pastu awak pernah bawak pakwe awak balik umah jumpa ngn mak awak".

hahahaaha... saya hanya mampu gelak je...lawak betul la Mr A ni...

" dulu memang la saya ade pakwe, tapi itu dulu..sekarang memang saya tak de pakwe dah...awak cakap saya bawak balik pakwe, mak saya tak tau pun yang saya kapel..camne la saya nak bawak balik pakwe saya kat umah" ujur ku..

"ha'ah la, mak dia pun tak tau yang dia kapel, mane bole dia bawak pakwe dia balik umah lak" Teha menyambung...

"oh, yeke?" Mr A cam terkejut bile saya dan Teha cakap camtu...

"awak, jom kite kapel" saya berkata kepada Mr A. saje nak menguji Mr A. hehehe...

" mane boleh, awak kan study lagi...saya pun study jugak lagi..saya tak nak kapel, saya nak kawen" Mr A menjawab...

"ok2, awak habis study bile?" saya bertanya lagi..

"saya habis study tahun depan" kata Mr A.
"bagus la tu, saya pun habis tahun depan jugak, lepastu jom la kite kawen.. lagipun rumah kita dah dekat dah" dengan tidak malunya saya mengajak Mr A kawen..

saya dapat tengok yang muka Mr A dah bertukar merah dah. malu la tu..hahaha...apa lagi, saya, Sue and Teha memang dah tak bole tahan dah.. memang kitorang gelak habis dah sebab tengok muke Mr A yang comel tu dah blushing dah...hehehe...

punya la gelak, sampaikan...

"aik, kenapa tetiba je bukak mata senyum2 ni?" tanya Sue kepada saya.
alamak, mimpi rupenya...hahaha...
tetibe je bole termasuk lak Mr A ni dalam mimpi...
lawak la....
inilah penangan nak ambik paper MRI...
study punya study sampai la terbawak2 dalam mimpi...

tapi ape yang saya suke dalam mimpi ni bile Mr A cakap xnak kapel, tapi nak kawen terus...
weeee...
memalukan betul la dalam mimpi ni sebab bole pulak saya yang mintak kapel ngn Mr A.
macam la terdesak sangat..hahaha...
ini hayalah mimpi dan ia hanyalah mainan tido...
* semoga ALLAH berkati ilmu yang saya pelajari ini...
* saya pun tak nak kapel, saya nak kawen terus.. insyaALLAH :)






Konvensyen Super Parents...

Isnin, 2 Julai 2012

Nikmat dan Hikmah Bulan Syaaban


Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban ini.

PENGERTIAN SYAABAN
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)

MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yang begini sehinggalah terbit Fajar “.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

FADHILAT BULAN SYAABAN
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
  • Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
  • Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

 Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w.: Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).

 Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.
PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN
Mengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.

Khamis, 31 Mei 2012

CiTa- CiTa

Assalamualaikum...

Rasenye dah lame sangat2 tak update blog saya ni..biasa la bila dah start ngn kelas, plus assignment, plus kelas2 pengisian rohani plus meronggeng tak termasuk FB yang memang menjadi rutin, memang masa nak update blog agak terhad sedikit....

Sekarang masih berada kat kampung kerana cuti khas seminggu untuk Hari Gawai dan Pesta Keamatan. Bak kata salah seorang Lecturer saya, pelik betul la student2 melayu ni, walaupun raya or pesta tu bukan kita yang merayakan or berpesta, tapi student melayu la yang paling awal n paling ramai balik kampung. hehe...biase la Prof, nak buat camne, family first.. Ngee..Ngee....

Biase la kalo kat rumah kat kampung memang Xtvt setiap hari tu penuh je...sebelum sampai umah kat kampung ni lagi, dah macam2 Xtvt yang telah disusun untuk saya. Kalo cakap nak balik kampung n nak siapkan assignment memang tak laaa...memang tak sempat siap punye assignment tu kalo dok kat umah..hehehe...Tadi kol 10 malam memang dah ngantuk dah. Nasib baik dapat bangun balik dan try cari2 bahan untuk wat assignment ultrasu'un..opss, Ultrasound...hehehe...


Masa kecik2 dulu kalo orang tanye cite2 nak jadi ape?
mase umor 6 tahun saya akan jawab cite2 saya nak jadi staff nurse...sebab saya tengok sepupu saya jadi staff nurse...
pastu bile umor 7 tahun lak cikgu tanye "nak jadi ape?"
Saya akan jawab nak jadi polis traffic sebab suke sangat tengok cerita  "Roda2 KotaRaya" pastu minat sangat ngn Mustafa Kamal time tu... sampaikan terikut2 nak jadi polis gak...ngeee...
Pastu bile umor 10 tahun cikgu tanye "cita2 awak nak jadi ape?"
Saya akan cakap saya nak jadi doktor... sebab nak tolong orang sakit..pastu memang nampak cam best je jadi doktor...
bile umo 12 tahun cikgu tanye "cita2 nak jadi ape?"
saya akan cite2 saya nak jadi seorang pensyarah sebab cikgu cakap gaji seorang pensyarah mahal...

Pastu bile masuk form 1, tukar la cite2, nak jadi cikgu lak...cam best je jadi cikgu sebab banyak cuti...
TAPI bile lepas PMR cite2 tu dah tetap dah...nk masuk kelas science stream, pastu nak jadi doktor... sebab time ni dah terfikir dah nak tolong orang-orang yang memerlukan pastu rase cam sedih sebab tak sempat nak tolong arwah ayah dulu...sejak dari situ la cite2 dah tak berubah dah, memang tetap nak tolong pesakit2 yang memerlukan perhatian dan rawatan sebagai tanda nak membalas balik apa yang tak sempat dilakukan untuk arwah ayah dulu...

Kita hanya merancang dan menginginkan ALLAH memberi kehendak kita , tetapi ALLAH tahu dan lebih kenal siapa diri saya yang sebenarnya. ALLAH berikn saya keperluan yang saya perlukan iaitu saya diterima sebagai seorang pelajar Medic (tarik nafas jap pastu sambung balik jawapan tadi)...Medical Imaging.....ops, bukan Medical a.k.a Perubatan...tapi Medical Imaging a.k.a Pengimejan Perubatan or lebih dikenali sebagai X-RAY... 


Orang selalu tanye saya, "belajar kat mana?"
 saya cakap la "kat UiTM Puncak Alam"...
pastu orang akan tanye lak, "kos ape?"
saya akan jawab "medical imaging"(untuk mengelakkan orang tanye lagi "ape tu?", saya akan cakap siap2, "x-ray").
Lepastu orang akan tanye lak, "tahun berape?"
"saya dah tahun 3 dah...lagi setahun nak habis, insyaALLAH"...
Pastu soalan yang paling SUSAH  nak jawab ialah, " susah tak ambik x-ray?" or "best tak ambik kos x-ray ni?"
Jawapan saya ialah,"belajar pasal x-ray ni agak susah, tapi kerja insyaALLAH senang sikit, tak sama macam belajar"...
Saya pun kekadang terfikir gak, betul ke jawapan saya tu...hahaha....
lepastu mesti orang akan tanya lagi " tak bahaya ke x-ray ni"? ini lagi la pening nak jawab ni...hahaha...
jawapan saya " kalo semua orang cakap x-ray bahaya, nanti siapa yang nak tolong pesakit2 tu? merokok lagi bahaya dari x-ray la pak cik"... ngeeee....

ALHAMDULILLAH, ALLAH memberi apa yang saya perlukan.
Walaupun cita-cita nak jadi Doktor tidak kesampaian, tetapi boleh menjadi seorang Radiographer yang kerja menolong Doktor juga adalah satu kesyukuran bagi saya...Semoga ALLAH memberi peluang untuk diri ini mengecapi alam pekerjaan dan dapat menolong insan-insan yang memerlukan juga semoga saya dapat beribadah dengan ALLAH melalui pekerjaan saya dan semoga pekerjaan yang akan saya ceburi ini akan menjadi ladang pahala dan pencen kubur saya kelak....insyaALLAH :)

P/S :kalo dapat jadi cikgu pun ok gak sekarang sebab nak mengajar same2 ngn cikgu Airil (Fahrin Ahmad) dalam Seindah Sakura...hahaha....ini hanyalah gurauan semata2...tidak ada kene mengena dengan sesiapa.... :P

Jumaat, 18 Mei 2012

JoDoH DaN CiNtA.....

Siapa jodoh kita? Bagaimana kita nak tahu bahawa dia jodoh kita? Adakah jodoh dapat diketahui hanya melalui mimpi? Atau sekadar menanti tanpa perlu berusaha? Atau dengan mengukur kadar degupan jantung kita apabila bertemu dengan si dia? Dup.... Dap...Dup....Dap....arghhh, inikah petanda jodoh buatku?

Hmm... Ramai yang berusaha ingin mencari jodoh... Namun sudah jelaskah kalian akan perihal jodoh? Kaji dan fahami dahulu soal jodoh mengikut landasan yang benar supaya diri tidak tersasar....

REALITI CINTA DAN JODOH

Cinta dan jodoh adalah dua perkara yang berbeza, namun saling berkait. Dalam jodoh pasti ada cinta, tetapi belum tentu cinta itu berakhir dengan jodoh.

BERCINTA....SALAH SATU CARA MENGENAL JODOH?

Realitinya, dunia percintaan bukanlah saluran terbaik dalam usaha mengenal jodoh. Sebab?
Jarang orang yang bercinta menunjukkkan sikap yang sebenar. Semuanya tampak indah di mata, namun hakikatnya tidak. Ramai yang hangat bercinta, ber "couple", tetapi akhirnya "break - up" di pertengahan jalan. Yang berkekalan mungkin ada, namun bilangannya tidak banyak. Ada juga yang telah berkali-kali tukar pasangan, namun tetap tidak bertemu jodoh.

Jodoh yang berkat mesti diiringi dengan cara dan usaha yang berkat juga, jauh daripada maksiat dan zina. Adakah pasangan - pasangan yang bercinta mampu mengelakkan diri daripada dosa dan maksiat? Tepuk dada, Tanya iman..

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.- Surah An- Nur : Ayat 30



"Sekiranya langsung tidak bercinta, seolah-olah tidah berusaha mendapatkan jodoh, lagi lambatlah berkahwin", rungut seorang teman.

Saudara/ saudariku,
Mana lebih penting, berusaha mendapatkan jodoh atau berusaha mempersiapkan diri? Sekiranya diri kita siap, jodoh itu tidak perlu dikejar, jodoh yang akan mengejar kita. Usaha yang perlu kita letakkan itu adalah lebih kepada "MENJADI" daripada "MENCARI". Jika ingin lelaki yang SOLEH, maka berusahalah mempersiapkan diri sebagai wanita SOLEHAH,begitu juga buat lelaki. Mempersiapkan diri juga salah satu bentuk usaha, bukan?

"Saya belum bertemu jodoh, sedangkan saya sangat teringin berkahwin awal? Kenapa ALLAH tak hadirkan jodoh buat saya?"

Sebelum kita bertanya kerja ALLAH, cuba bertanya kerja kita. Adakah kita sudah berusaha mempersiapkan diri secara mental, fizikal dan spiritual? Matangkah pemikiran kita bagi memikul tanggungjawab sebagai suami @ isteri dan bapa @ ibu? Teguhkah hati kita dalam mengharungi ujian rumahtangga? Nilailah diri kita dengan cara bagaimana kita mengatur hidup kita seharian, cara kita menyelesaikan masalah dan cara kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH, anak, pelajar dan sahabat. Jodoh lambat sampai mungkin kerana kriteria diri kita yang lambat mempersiapkan diri, banyak melakukan maksiat, kurang berdoa dan lain-lain.

DO NOT LOVE THE ONE WHO DOESN'T LOVE ALLAH...IF THEY CAN LEAVE ALLAH THEY WILL LEAVE YOU.... (IMAM SHAFEE'I)

Perkongsian dari AL-HIKMAH. Edisi 8. UiTM PUNCAK ALAM..

Ahad, 12 Februari 2012

Tiada keredaan Allah tanpa keredaan ibu bapa


Dewasa ini, kita seringkali dipersembahkan dengan episod-episod sedih dan duka yang berlaku dalam masyarakat kita. Ada segelintir masyarakat yang sanggup mengabaikan ibu bapa mereka.

Bukan sahaja tidak pernah bertanya khabar, bahkan sanggup membiarkan kehidupan ibu bapa mereka melarat sehingga menagih simpati dari jiran-tetangga untuk meneruskan kehidupan.

Lebih malang, ada yang sanggup memukul, mencaci dan mengeji ibu bapa tanpa belas kasihan.

Ada pula yang tergamak menghantar ibu bapa mereka yang sudah tua dan uzur itu ke pusat-pusat penjagaan warga tua dan langsung tidak dipedulikan nasib mereka. Walhal ketika kecil, ibu bapa mereka tidak sampai hati menyerahkan mereka di bawah jagaan orang lain walau hidup dalam keadaan penuh kekurangan.

Islam meletakkan ibu bapa pada tempat yang tinggi dari segi kedudukannya. Seseorang itu wajib mentaati kedua ibu dan bapanya selagi ketaatan tersebut tidak bertentangan dengan Syariat Allah SWT. Bahkan, Allah SWT meletakkan keterikatan keredaannya bersama keredaan ibu bapa.

Dengan kata lain, seseorang itu tidak akan memperolehi keredaan Allah SWT, tanpa terlebih dahulu meraih keredaan kedua ibu bapanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Keredaan Allah bergantung pada keredaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah bergantung pada kemurkaan kedua-dua ibu bapa". (riwayat al-Hakim)

Kita diperintahkan oleh Allah SWT untuk berbuat baik kepada keduanya, bercakap dengan lemah-lembut dan sopan-santun. Kita dilarang mengucapkan perkataan yang dapat mengguris hati mereka walaupun sekadar mengucapkan "ah".

Di samping itu, hendaklah kita sentiasa mendoakan kebaikan sama ada ketika kedua-duanya masih hidup atau telah meninggal dunia.

Perintah berbuat baik kepada kedua ibu bapa ini adalah kerana Allah SWT mahu kita menghargai pengorbanan mereka untuk memelihara dan membesarkan kita dengan penuh kasih-sayang.

Maka, kita perlu berterima kasih kepada mereka dengan cara membalas jasa mereka sebaik mungkin walaupun ia tidak akan sekali-kali menyamai pengorbanan dan sumbangan mereka selama ini.

Kewajipan berterima kasih kepada ibu bapa ini dapat dilihat dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya ,ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung sehingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya adalah dalam masa dua tahun. Dengan demikian bersyukurlah kepada Ku dan kedua ibu bapamu dan ingatlah kepada Aku lah jua tempat dikembalikan untuk menerima balasan.
 (Luqman: 14)

Pengorbanan mereka adalah pengorbanan yang cukup besar. Maka atas dasar itulah Islam menggandingkan tanggungjawab mentaati ibu bapa mengiringi persoalan mentauhidkan Allah.
Firman Allah yang bermaksud: Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua pun dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa kamu, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang yang bermusafir dalam kesusahan dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong, takbur dan suka membangga diri. (al-Nisa': 36)

Seksaan berat
Justeru, Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW telah memberi ancaman kepada mereka yang sanggup menderhaka kepada ibu bapa. Mereka bakal berhadapan dengan seksaan yang berat dalam api neraka beserta laknat yang tidak berkesudahan daripada Allah SWT.
Nabi SAW bersabda: "Semua dosa diakhirkan hukumannya sekehendak Allah SWT sehingga ke hari kiamat, kecuali dosa kerana derhaka kepada kedua orang tuanya, maka yang demikian diciptakan hukumannya bagi yang melakukannya". (riwayat Al-Hakim)

Imam Az-Zahabi dalam kitabnya Al-Kabair telah menyebutkan kata-kata Ka'ab bin Al-Ahbar tentang keburukan orang yang menderhaka kepada ibu bapa dan kebaikan orang yang menjaga hubungan dengan ibu bapanya.

Beliau menyatakan: "Sesungguhnya Allah SWT akan mempercepatkan kebinasaan dan kecelakaan seseorang apabila dia menderhakai kedua ibu bapanya, iaitu akan dipercepatkan seksaannya. Dan sesungguhnya Allah akan menambah umur seseorang, jika dia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, maka dia akan memberikan perbelanjaan kepada keduanya, jika mereka berdua memerlukannya".

Justeru, marilah kita sama-sama menjaga ibu bapa kita sebaik mungkin. Jangan lokek menghubungi mereka selalu, bertanya khabar dan memberikan penjagaan penuh kepada mereka.

Ambillah peluang berbakti kepada mereka sementara mereka masih hidup. Bagi mereka yang telah kehilangan ibu dan bapa, teruskan mendoakan mereka supaya diampuni dosa dan dimasukkan dalam golongan orang yang soleh.


Sabtu, 28 Januari 2012

Kenikmatan di Sebalik Kesakitan


Kenikmatan di Sebalik Kesakitan

alt

Namun kenikmatan ketika sakit itu hanya dapat diukur oleh orang yang sedang sakit. Manusia dapat menilai erti kesihatan hanya apabila nikmat tersebut hilang. Bilamana sakit tersebut menimpa, maka sekali gus telah melenyapkan kebahagiaan.
Tahukah kita bahawa di sebalik kesakitan yang kita perolehi itu ada kenikmatan yang dianugerahkan oleh-Nya? Tetapi betapa sikitnya umat manusia yang bersyukur atas nikmat yang diberi ini walaupun mensyukuri nikmat itu suatu kewajipan atas orang yang beriman. Manakala kesihatan merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hambanya.
Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Bukhari daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang."
Namun sebagai orang hamba yang beriman, apabila ditimpa musibah penyakit ia tetap berzikir kepada Allah, bersyukur, bersabar dan mengharapkan ganjaran pahala. Sebagai mana sebuah hadis riwayat Muslim daripada Suhaib r.a., beliau berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): 'sungguh ajaib keadaan seorang mukmin. Seluruh keadaanya pasti menjadi baik. Dan ia tidak dimiliki oleh sesiapa pun melainkan orang beriman. Apabila ia memperoleh kenikmatan, ia akan bersyukur, maka kesenangan itu akan menjadi kebaikan buat dirinya."
Betapa Beruntungnya Orang yang Sakit
Sekiranya orang yang sakit mahu merenung pelbagai keuntungan dan kebaikan dari penyakitnya, nescaya ia tidak akan mengangankan kesembuhan daripada penyakit tersebut.
Salah satu kelebihan sakit ialah ia dapat mengangkat darjat seseorang di sisi Allah. Sebuah hadis riwayat al-Tirmizi daripada Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya balasan pahala yang besar diperoleh melalui ujian yang besar. Kalau Allah mencintai seseorang, pasti Allah akan memberikan ujian kepadanya. Sesiapa yang redha menerima ujian Allah, maka baginya keredhaan-Nya. Dan sesiapa yang kecewa menerimanya, nescaya ia akan menerima kemurkaan-Nya."
Apabila cubaan dan penyakit menimpa orang yang memiliki hubungan yang baik dengan Allah, lalu ia mampu bersabar, nescaya semuanya itu menjadi tanda kebaikan dan tanda cinta kasih daripada Tuhannya. Sebuah hadis riwayat al-Tirmizi, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Kalau Allah menginginkan kebaikan bagi seseorang hamba, maka Allah percepatkan seksaan di dunia."
Abdullah bin Mas'ud r.a. pernah menemui Rasulullah s.a.w. ketika Baginda mengalami demam yang amat teruk. Beliau bertanya: "Wahai Rasulullah! Engkau juga mengalami demam seteruk ini?" Baginda menjawab: "Betul. Bahkan aku merasa demam dua kali ganda lebih berat daripada yang biasa kamu rasakan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sa'ad bin Abi Waqqas pernah ditanya seseorang: "Siapakah orang yang paling berat cubaannya?" Beliau menjawab: "Rasulullah s.a.w. pernah bersabda (yang bermaksud): 'Orang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian diikuti orang yang berikutnya (iaitu orang dibawah kedudukan mereka) secara berturut. Seseorang hamba akan mendapat cubaan sesuai dengan kadar imannya. Sekiranya imannya kuat, maka cubaan yang menimpanya juga berat. Sekiranya imannya lemah maka cubaan yang menimpanya sesuai dengan kadar imannya. Cubaan akan terus menimpa seorang hamba, sehinggalah ia berjalan di bumi tanpa memiliki sekelumit dosa pun."
Suatu hari, Rasulullah s.a.w. datang menemui Ummu al-Saib. Baginda bertanya: "Kenapa engkau menggigil seperti itu wahai Ummu al-Saib?" Wanita itu menjawab: "Demam, Allah tidak memberkati padanya." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau mengutuk penyakit demam kerana penyakit itu boleh menghapauskan dosa anak-anak adam..."
Ulama' Mengharapkan Sakit
Imam Ibn Abi al-Dunya menceritakan: "Sesungguhnya para ulama' dahulu mengharapkan ditimpa demam satu malam agar diampunkan dosa-dosa mereka yang lampau."
Mengapa perlu bersedih apabila ditimpa penyakit? Kemungkinan dengan penyakit itu kita memiliki kedudukan di sisi Allah Taala yang tidak dapat dicapai oleh perbuatan amal ibadat. Jadi, Allah terus memberi cubaan kepada kita dengan hikmah-Nya yang mungkin kita tidak menyukainya, lalu ia mengurniakan kepada kita kesabaran dalam menghadapinya sehingga kita mencapai kedudukan tersebut.
Antara Maha Lembutnya Allah s.w.t. dan rahmat-Nya, bahawa apabila Allah menutup satu pintu kebaikan bagi seseorang, nescaya ia akan membuka banyak lagi pintu kebaikan yang lain. Bagi orang yang sakit, Allah tidak menghalangnya daripada mendapat pahala daripada pelbagai ibadah yang biasa mereka lakukan, meskipun mereka tidak menyempurnakan lagi kerana mereka sakit.
Sebuah hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari, daripada Abu Musa al-'Asy'ari r.a., beliau bercerita:"Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Kalau seseorang hamba sakit atau sedang bermusafir, pasti Allah akan menulis baginya pahala seperti ketika ia mengamalkan ibadah semasa masih sihat dan sedang bermukim."
Kemuliaan apa lagi yang mahu diperoleh setelah diberikan Allah kemuliaan ini? Keutamaan apa pula yang lebih luas selain daripada keutamaan dari Allah yang mengurniakan pelbagai kenikmatan? Ketika sakit, seorang hamba berehat, namun Allah masih menulis pahala daripada ibadah dan perbuatan baik yang diamalkan semasa sihat.
Jangan Risau! Setiap Kesukaran Itu Ada Kemudahan
Sesungguhnya setiap kali Allah mendatangkan kesusahan, pasti Allah mendatangkan kemudahan sesudahnya. Ini kerana ia menjadi sunnatullah yang berlaku terhadap makhluk-Nya.
Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Insyirah ayat 5 hingga 6 yang bermaksud: "Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu, ada kemudahan(5). Sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan(6)."
Boleh jadi pelbagai kesukaran dan kesulitan itu membuatkan seseorang hamba itu tertekan jiwanya, namun pasti akan ada jalan keluar dari sisi Allah yang akan diperolehnya. Mungkin sahaja seseorang yang menghadapi saat kesukaran dan dirasakan tidak akan dapat memperoleh penyelesaian, tiba-tiba terbuka di hadapannya jalan keluar yang tidak pernah ia terfikir sebelumnya.
Bagi orang diberi ujian(penyakit) daripada Allah, janganlah kita berburuk sangka kepada Allah, berasa kecewa dan berputus asa kerana apa-apa sahaja yang terdapat dalam persangkaan seorang hamba, maka begitulah yang Allah lakukan terhadapnya.
Jika hamba itu bersangka baik kepada-Nya, maka Allah akan memberikannya perkara-perkara yang baik. Sebaliknya jika hambanya bersangka buruk terhadap dirinya, maka Allah menganggap ia sebagai satu doa, bahkan Allah akan mengabulkan doa itu sesuai dengan permintaannya sebagaimana hadis riwayat oleh Imam Ahmad:
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bahawa Allah Azzawajalla berfirman: 'Aku hanya mengikut sangkaan hamba-Ku sahaja. Kalau ia bersangka baik kepada-Ku, Aku pun akan berbuat begitu. Kalau ia bersangka buruk kepada-Ku, Aku pun akan berbuat begitu terhadapnya."
Akhir kalam, Sentiasalah bersabar atas dugaan kesakitan yang diberi kerana sedetik masa orang yang sakit itu dinilai oleh-Nya. Mungkin nilaian inilah yang memberatkan timbangan amal kita apabila dihisab di akhirat nanti. Wallahua'lam.

from i love islam....