Khamis, 12 Julai 2012

Syukur kerana anda insan terpilih.

ALHAMDULILLAH...
Syukur kerana anda insan terpilih.

Kekadang terfikir, sunyi la sebab tak ada pakwe, best kan kalo ade pakwe, bole dapat hadiah, selalu wish bile ade hari-hari istimewa, bole bagi kata-kata semangat bile tengah tension study. tapi tak terfikir pulak bila ada pakwe bukan ke akan menambahkan lagi masalah sebab selalu gaduh, lambat balas mesej pun gaduh, tak bagitau gi jalan kat mana-mana pun gaduh, lupa tarikh ulangtahun pun gaduh... ok,saya hanya ingin berkongsi pengalaman barangkali moga-moga ia memberi manfaat kepada saya dan orang lain.

Dulu saya tau yang kapel @ couple tu haram, tapi saya pun terjebak sama. kita akan rasa gembira dan suka bila ada orang yang sayang kita, yang take care pasal kita, yang boleh kita kongsi masalah dan yang akan call and mesej2 ngn kita sampai pukul 2,3 pagi, kerana itulah kita akan tersasar sedikit. kita akan terjerumus dan terbuai dengan perasaan kita sendiri. perasaan yang akan kekadang membuatkan kita terleka dengan dunia dan sesekali kita akan tersasar dari hukum ALLAH..

apa yang saya rasa sekarang, saya sangat beruntung kerana tidak mempunyai boyfriend or kekasih or teman lelaki or pakwe. kenapa saya katakan sangat beruntung kerana banyak perkara-perkara yang bermanfaat yang boleh saya atau kita lakukan apabila kita tidak mempunyai kekasih. antara perkara-perkara yang dapat kita lakukan ialah seperti :

Setiap hari minggu, hari yang tiada kelas or kuliah, saya boleh mengikuti kelas-kelas agama dan program-program yang berfaedah yang dianjurkan oleh pelbagai-bagai persatuan. contohnya saya boleh mengikuti kelas ilmu Aqidah or Ilmu Fikah or Ilmu Tasawwur iaitu ilmu mengenal ALLAH... sesungguhnya menuntut ilmu agama adalah amat besar ganjarannya di sisi ALLAH SWT. Firman ALLAH SWT: ALLAH akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dikalangan kamu) beberapa darjat. Surah AL- Mujadalah, ayat 11. jadi, kenapa perlu bersedih kerana tidak ada kekasih, kerana cukuplah dengan Ilmu ALLAH dan mengenal ALLAH kita akan menjadi seorang yang lebih dicintai dan di kasihi oleh ALLAH SWT.. insyaALLAH... kalo ada kekasih, mesti kena fikir nak jumpa kekasih @ pakwe bila cuti.mesti nak keluar dating.pastu kalau ade kekasih,kita akan rasa malu untuk mengikut atau turut serta dalam majlis-majlis agama dan majlis-majlis ilmu... Syukur kepada ALLAH kerana memberi peluang untuk saya mengikuti majlis-majlis Ilmu ini..

bila tiada kekasih, kita juga bebas untuk melakukan apa sahaja benda yang kita suka. tidak akan ade orang nak marah dan sakit hati dengan apa yang kita buat. contohnya kita bebas nak post apa saja yang kita rasa kat facebook tanpa fikir perasaan kekasih. kalo kita kapel, kalo nak post sesuatu mesti kene fikir 2,3x sebab takut nanti dia terasa pulak dengan apa yang kita post. kalo kite kapel, bile kita nak post pasal agama mesti kita rasa segan sebab takut orang cakap, "post pasal agama, tapi kapel jugak"... bila tak kapel kita bebas nak post ape pun yang kita suka. so, tak perlu sedih bila tak ada kekasih.

bila kita ada kekasih, setiap malam mesti kita nak call dia, kita nak mesej dia. sampai kan kol 2,3 pagi kita dok mesej ngn dia. kalo call lak sampaikan berejam- jam kita bergayut dengan dia. itu dah membuang masa dan membuang kredit.. kalo setakat membuang masa dan membazir kredit je xpe lagi, tapi yang pasti kita akan menambahkan jugak saham dosa kita. kerana bila bercakap or bermesej- mesej dengan pakwe, kita pasti akan melembutkan suara kita dan pasti akan terkeluar ayat-ayat manis punya. bukankan itu akan menyumbang kepada saham dosa kita. Subhanallah...tidak terhitung banyaknya dosa yang telah dilakukan. kita patut bersyukur kerana kita adalah antara insan yang terpilih kerana telah atau memang tidak mempunyai kekasih kerana kita dapat mengelak dari membazir. kalo cakap boleh elak dari buang masa mungkin kita akan membuang masa dengan perkara-perkara lain yang lagha tetapi sekurang-kurangnya kita dapat mengelak dari menghimpunkan dosa itu..tidak perlu risau jika diri belum mempuyai kekasih hati.

Betul la apa yang Ustazah Fatimah Syarha cakap pada Konvensyen SuperParent yang saya ikuti pada    26/5 /12 yang lalu. bagaimanakah permulaan dan asas pembinaan rumah tangga, adakah ianya teguh atau rapuh. ALLAH SWT berfirman dalam surah At-Taubah ayat ke 109 "Adakah orang yang bina binaannya itu di dasar yang teguh kepada ALLAH, nak dapat keredhaan ALLAH itu lebih baik ataupun orang yang membina binaanya di tepi curang yang hendak runtuh". kita boleh berfikir tentunya orang yang membina binaan yang lebih teguh adalah lebih baik. sama seperti rumah tangga, rumah tangga ibarat samudera yang luas. kita kena siapkan diri kita dengan satu kapal yang canggih untuk melawan ribut taufan di samudera itu.

caranya ialah dengan cegah berpacaran sebelum nikah. kita rujuk dengan siapa tentang cinta itu. adakah dengan Lee Min Hoo atau cerita-cerita hindustan. sebenarnya kita kene rujuk dengan ahli ulamak dan apa kata ulamak tentang cinta. menurut  kata Professor Sheikh Yusuf Al-Qaradawi " saya nak tegaskan sekali lagi ape yang selalu saya ulang-ulang, saya tak puji apa orang moden sekarang selalu sebut-sebut tentang pentingnya bercinta sebelum nikah kerana perkara itu penuh dengan bahaya dan meliputi samar-samar. ada rasa cinta tiada masalah tetapi bila bercinta itu adalah mendekatkan diri dengan zina. bagaimana kita nak tegakkan sebuah rumah tangga yang barakah kalau asasnya penuh dengan maksiat, tak takut kepada ALLAH. Bagaimana nanti kalau ade conflict dalam rumah tangga kita nak balik kepada ALLAH kalau asasnya memang kita tak takut kepada ALLAH. SUBHANALLAH..

orang yang memilih untuk mujahadah iaitu menahan dulu rasa cinta  sebelum bernikah, mesti akan merasakan keberkatan itu bila bernikah..ALLAH akan mencampakkan rasa cinta itu kepada kita. Subhanallah,indahnya cinta ALLAH..

semoga sama-sama kita dapat menahan rasa cinta itu untuk diberikan kepada orang yang berhak iaitu kepada suami kita nanti... semoga ALLAH memelihara rasa cinta dalam hati ini untuk yang berhak mendapatkannya..

insyaALLAH...

jangan bersedih dan berduka jika kita belum memiliki kekasih kerana ALLAH sedang memelihara kita dari mengumpulkan saham dosa. ALHAMDULILLAH, syukur dan terima kasih ALLAH.. semoga ALLAH temukan insan yang selalu mengingatiku untuk mencintai-MU ya ALLAH. ~~AMIN~~~





Tiada ulasan:

Catat Ulasan