Jumaat, 18 Mei 2012

JoDoH DaN CiNtA.....

Siapa jodoh kita? Bagaimana kita nak tahu bahawa dia jodoh kita? Adakah jodoh dapat diketahui hanya melalui mimpi? Atau sekadar menanti tanpa perlu berusaha? Atau dengan mengukur kadar degupan jantung kita apabila bertemu dengan si dia? Dup.... Dap...Dup....Dap....arghhh, inikah petanda jodoh buatku?

Hmm... Ramai yang berusaha ingin mencari jodoh... Namun sudah jelaskah kalian akan perihal jodoh? Kaji dan fahami dahulu soal jodoh mengikut landasan yang benar supaya diri tidak tersasar....

REALITI CINTA DAN JODOH

Cinta dan jodoh adalah dua perkara yang berbeza, namun saling berkait. Dalam jodoh pasti ada cinta, tetapi belum tentu cinta itu berakhir dengan jodoh.

BERCINTA....SALAH SATU CARA MENGENAL JODOH?

Realitinya, dunia percintaan bukanlah saluran terbaik dalam usaha mengenal jodoh. Sebab?
Jarang orang yang bercinta menunjukkkan sikap yang sebenar. Semuanya tampak indah di mata, namun hakikatnya tidak. Ramai yang hangat bercinta, ber "couple", tetapi akhirnya "break - up" di pertengahan jalan. Yang berkekalan mungkin ada, namun bilangannya tidak banyak. Ada juga yang telah berkali-kali tukar pasangan, namun tetap tidak bertemu jodoh.

Jodoh yang berkat mesti diiringi dengan cara dan usaha yang berkat juga, jauh daripada maksiat dan zina. Adakah pasangan - pasangan yang bercinta mampu mengelakkan diri daripada dosa dan maksiat? Tepuk dada, Tanya iman..

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.- Surah An- Nur : Ayat 30



"Sekiranya langsung tidak bercinta, seolah-olah tidah berusaha mendapatkan jodoh, lagi lambatlah berkahwin", rungut seorang teman.

Saudara/ saudariku,
Mana lebih penting, berusaha mendapatkan jodoh atau berusaha mempersiapkan diri? Sekiranya diri kita siap, jodoh itu tidak perlu dikejar, jodoh yang akan mengejar kita. Usaha yang perlu kita letakkan itu adalah lebih kepada "MENJADI" daripada "MENCARI". Jika ingin lelaki yang SOLEH, maka berusahalah mempersiapkan diri sebagai wanita SOLEHAH,begitu juga buat lelaki. Mempersiapkan diri juga salah satu bentuk usaha, bukan?

"Saya belum bertemu jodoh, sedangkan saya sangat teringin berkahwin awal? Kenapa ALLAH tak hadirkan jodoh buat saya?"

Sebelum kita bertanya kerja ALLAH, cuba bertanya kerja kita. Adakah kita sudah berusaha mempersiapkan diri secara mental, fizikal dan spiritual? Matangkah pemikiran kita bagi memikul tanggungjawab sebagai suami @ isteri dan bapa @ ibu? Teguhkah hati kita dalam mengharungi ujian rumahtangga? Nilailah diri kita dengan cara bagaimana kita mengatur hidup kita seharian, cara kita menyelesaikan masalah dan cara kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH, anak, pelajar dan sahabat. Jodoh lambat sampai mungkin kerana kriteria diri kita yang lambat mempersiapkan diri, banyak melakukan maksiat, kurang berdoa dan lain-lain.

DO NOT LOVE THE ONE WHO DOESN'T LOVE ALLAH...IF THEY CAN LEAVE ALLAH THEY WILL LEAVE YOU.... (IMAM SHAFEE'I)

Perkongsian dari AL-HIKMAH. Edisi 8. UiTM PUNCAK ALAM..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan