Hari
ini 18/12/2011 jatuh pada hari ahad dan tarikh ini adalah sama dengan tarikh dan
hari pada 6 tahun lepas.Sekejap je masa berlalu. Hari ni genaplah 6 tahun aku
menjadi pelajar UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA...ya ALLAH,dah 6 tahun rupanya aku
kat universiti. Semangat UiTM Di Hatiku terus membara...cewwah... InsyaALLAH
lagi setahun setengah aku akan menghabiskan pelajaranku dan akan menukar
statusku. Opss,jangan pikir yang bukan-bukan pulak,bukan menukar status dengan menamatkan
zaman bujang aku, tapi akan menukar status diri aku dari seorang pelajar kepada
seorang pekerja...insyaALLAH.
Tetiba
je aku teringat balik hari pertama aku manjejakkan kaki ke UiTM...fikiran
aku melayang ke 6 tahun lepas.......
18.12.2005 AHAD
Alhamdulillah,selamat
sampai juga akhirnya aku ke UiTM Kuala Pilah Negeri Sembilan. Kakak aku yang
sulung dah pening-pening lalat dah disebabkan tadi kami melalui Bukit Putus
yang bersimpang siur itu. Tapi satu perkara yang bermain di benak aku pada
ketika itu,betul ke ini UiTM? Betul ke ni Universiti kerana apa yang aku lihat
sekarang tidak sama dengan apa yang ada dalam pemikiran aku sebelum ini.
Sebelum ini aku membayangkan yang UiTM Kuala Pilah ini sebuah universiti yang besar,
yang ada banyak bangunan- bangunan yang menempatkan bilik kuliah,bangunan
pentadbiran dan banyak lagi kemudahan-kemudahan lain seperti yang aku selalu
tengok dalam cerita-cerita melayu kat TV. Sekarang aku tengok UiTM ni cam sekolah je. Tapi aku tetap nak jugak sedapkan
hati aku,mungkin daftar je kot dulu kat sini. Nanti semua pelajar akan dibawa
ke tempat lain yang memang betul-betul Uitm Kuala Pilah.
Aku
pun turun dari kereta dan dari jauh aku nampak ramai pelajar-pelajar yang
membawa file,mungkin diorang pun sama macam aku jugak. Pelajar baru yang
mendaftar hari ni. Aku dengan mak aku serta kakak aku pun berjalan menuju ke tempat
pelajar-pelajar yang ramai itu. Dari jauh aku nampak ada seorang lelaki, dia
memakai baju purple muda dan tie yang sedondon dengan bajunya dan
dua orang perempuan. Hati aku pun berbisik ” wah,hansome gak mamat ni,kalo jadi
pakwe pun ok gak”. Ops, tergatal la pulak aku ni. Betulkan balik niat anda ke
sini ye cik adek. Anda ke sini nak belajar kan. “Tapi ni senior or lecturer ni?”
Kepala otak aku masih memikirkan nya lagi.
“Selamat
datang ke Uitm Kuala Pilah,sila ke atas sana untuk mendaftar ye” kata mamat
yang pakai baju purple td sambil menghulurkan tag nama kepada aku.
Aku
dengan mak aku serta kakak aku yang sulung pun terus la pergi ke khemah
pendaftaran pelajar baru. Aku diberi penerangan mengenai kawasan UiTM ni. Baru
la aku tahu yang ini memang betul-betul UiTM Kuala Pilah. Semuanya tak sama
dengan apa yang aku fikirkan tadi. Semua itu angan-angan belaka,UiTM Kuala
Pilah hanyalah mempunyai dua bangunan kayu dua tingkat yang menempatkan bilik
kuliah dan pejabat pentadbiran,perpustakaan, dan makmal komputer. Hostel pula
adalah rumah banglo lama yang diubah suai untuk dijadikan hostel pelajar dan
rumah pensyarah. Hostel-hostel itu di beri nama NST. Di sini ada NST 1 sampai
la NST 18(kalo tak silap aku la)... hehe...
Setelah
mendaftar nama dan mengetahui di mana hostel dan bilik aku,aku dengan mak serta
kak long aku pun nak la pergi ke bilik aku tu. Nak ke hostel tu,aku terpaksa
melalui jalan yang sama aku lalui tadi,jalan di mana aku terpaksa berjumpa
balik dengan 3 orang pelajar senior tadi kerana itu lah satu-satunya jalan yang
menghubungkan kawasan hostel dan bangunan tempat belajar.
“NST
mane dik”. Tanya abang senior yang pakai baju purple tadi.
“NST
2”. Aku menjawab dengan senyuman.
“Ooo...adik
jalan terus,lepastu belok ke kiri dan adik akan nampak banglo kat sebelah kanan
adik. Itu lah NST 2” Dengan sungguh-sungguh abang senior tu menerangkan di mana
hostel aku.
“Ooo,
saya dah boleh bawa barang masuk ke dalam hostel ke?” Aku bertanya kepada abang
senior tu.
“Boleh
dah, adik boleh bawak masuk barang-barang adik ke dalam bilik adik dah, tapi
kejap lagi mak cik ada taklimat ibubapa kat khemah pendaftaran tadi”. Jawab
kakak senior yang pakai baju warna hijau tu.
“Ooo...mak
cik nak gi tengok dulu bilik anak makcik,nanti makcik datang balik ke sini. Terima
kasih”. Jawab mak aku.
Aku tersenyum dan terus berlalu mencari di mana hostel aku itu.
Aku tersenyum dan terus berlalu mencari di mana hostel aku itu.
Alhamdulillah,aku
selamat sampai di hostel yang tak ada lah jauh sangat pun. Hostel aku adalah
hostel yang paling depan. Aku pun masuk la ke bilik aku. Di bilik aku ada 2
katil double decker. Katil aku kat bawah. Aku nampak sorang budak sedang
memasang cadar di katil yang sama dengan katil aku cuma dia di bahagian atas.
Aku senyum kat budak tu. Dia pun senyum kat aku balik.
“Sapa
nama awak?” Dia tanya kepada aku.
Aku pun
cakap la sapa nama aku,pastu aku pun tanya la dia balik,
“Awak
lak sapa nama?”
“Nama
saya Fadzilah. Panggil je Eila”. Dia menjawab sambil menghulurkan tangan
sebagai tanda pengenalan.
“Anak
ni asal mana?” Mak aku tanya kat Eila tu.
“Saya
dari Port Dickson”. Eila menjawab.
“Ooo...dekat
la dengan sini.kami dari kelantan, nanti kaw
an-kawan la ye dengan adik akak ni.” Kakak aku menambah.
an-kawan la ye dengan adik akak ni.” Kakak aku menambah.
Kami
saling berpandangan dan masing-masing senyum. Malu la katakan sebab baru kenal.
Lepastu
masuk la pulak seorang budak perempuan ke bilik aku dan meletakkan
barang-barangnya di atas katil di hadapan aku. Dia juga duduk di katil yang
bawah sama seperti aku.Aku tersenyum kepada dia dan aku menghulurkan salam
pengenalan kepada dia. Nama dia Madihah. dia lak asal dari Kedah tapi umah dia,
alah depan Uitm ni je pun. Bila aku dengar yang dia cakap yang rumah dia depan
Uitm, aku cam tak percaya. Ye la, aku ni jauh datang dari Kelantan tapi rumah
dia dekat je...huhu...rezeki dia sebab dapat belajar dekat je dengan rumah.
Lepastu
sampai pulak sorang lagi kawan sebilik aku. Bila aku tanya nama dia,dia cakap
nama dia Ruzifaizura. Asal Johor. Tapi dia kakak dari aku,dia lebih tua 2 tahun
dari aku,Eila dan Madi. Aku panggil dia kak Ruzi.
Setelah
siap berkemas apa yang patut dengan bantuan mak dan kak long aku,aku pun nak gi
hantar mak ke khemah pendaftaran tadi balik sebab mak ada taklimat ibu bapa.
Bila nak ke khemah pendaftaran yang berada di hadapan bangunan pentadbiran dan
bilik kuliah itu,aku terpaksa melalui balik jalan yang aku lalu untuk ke hostel
tadi. Jumpa la balik dengan tiga orang senior ni. Sama macam tadi, abang senior
ni tanya lagi aku nak ke mana. Aku cakap la aku nak hantar mak ke khemah
pendaftaran untuk taklimat. Aku rajinkan diri nak hantar mak ke khemah
pendaftaran sebab takut mak sesat.hehehe...sebenarnya aku dah sedih dah mase ni
sebab jap lagi aku akan berpisah dengan mak...saje ke nak cover...heee
Setelah
menghantar mak ke khemah pendaftaran tu,aku pun patah balik untuk ke hostel
aku. Aku berjalan la seorang diri. Bila melalui balik kawasan yang ade 3 orang
senior ni, biase la...
“NST
berapa dik?” Abang senior ni tanya aku lagi aku duk NST or hostel mana. Pelik
gak aku dengan abang senior ni. Setiap kali aku lalu je depan dia,dia mesti
tanya. Tak pe la,mungkin dia takut aku sesat kot kat dalam Uitm Kuala Pilah
yang comel ni.hehe..student baru la katakan....kuang-kuang....
“NST
2” aku jawab jugak la sambil senyum,nanti karang kalo tak jawab nampak lak yang
aku ni sombong dengan senior.
“Ooo..ok,adik
gi jalan depan,pastu belok kiri, lepastu adik akan nampak NST 2 kat sebelah
kanan adik ye”. Abang senior tu dengan sungguh-sungguh menerangkan arah untuk
aku ke hostel aku. Aku pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih pada abang
senior ni. Dalam perjalanan ke hostel aku tersenyum je sebab kelakar la dengan
abang senior tu..berapa kali la dia nak tanya aku...hehe..
Baru aku ingat,tadi masa
daftar,aku dapat baju batik uitm. Pastu aku kene la plak pakai kain hitam untuk
dipadankan dengan baju batik uitm tu. Selepas mak aku dah habis dengar taklimat ibu bapa tu, mak aku
gi balik. Aku ajak mak, k.long, dan 2 orang abang ipar aku pergi cari kain tu. Pusing
punya pusing pekan Pilah tu,last-last ada la jugak kain hitam yang aku nak tu
kat Pasaraya Upwell.
Lepas beli kain tu,family aku
pun hantar la aku balik ke hostel. Bak kata abang ipar aku,ini la masa yang di
tunggu-tunggu oleh diorang. Masa aku nak buat cerita bersamamu dengan mak aku. Memang
betul-betul drama air mata la. Aku memang dah tak boleh nak tahan dah mata aku.
Laju je air mata merembes keluar dan meluncur deras di pipi aku bila mak aku
dah nak balik dan nak tinggalkan aku sorang-sorang kat sini. Mak aku pesan
belajar elok-elok. Aku peluk je mak aku masa tu. Rasa macam tak nak lepaskan
mak aku balik. Rasa macam nak mak aku duduk je sini dengan aku. Tapi aku kena
ingat,ini lah masa untuk aku berjuang. Aku lepaskan juga mak aku dan mak aku
pun balik juga. Masuk je bilik, aku memang tak boleh nak tahan diri aku lagi,
aku sambung nangis lagi...huhu...
Petang tu kami tak ada pape
aktiviti tapi malam nanti bermulalah sesi orientasi aku sebagai seorang pelajar
universiti. Terasa takut la pulak nak menghadapi orientasi ni sebab biasanya
aku selalu tengok kat dalam drama kt TV,kalo orientasi ni senior akan buli
junior. Junior akan disuruh melakukan
perkara-perkara yang pelik.(pengaruh drama betul la aku ni)tapi aku
tetap kuga berdoa “Ya ALLAH, semoga orientasi aku ini di permudahkan.”
Selepas solat maghrib, kami
telah dibawa menaiki bas ke Pusat Rakan Muda Kuala Pilah. Kami menjalani
orientasi di sana. Sampai di sana, sesi bermula dengan penerangan dari para
fasilitator. Rupa-rupanya abang senior yang tegur aku tu ketua biro kebajikan
untuk pelajar lelaki. Yeay, aku dah tau dh nama abang tu. Hehe...(alamak,gatai
lagi,hehe)... Malam ini kami diajar menyanyikan lagu UiTM Di Hatiku dan Wawasan
Setia Pelajar. Masak jugak la nak hafal lagu ni. Yela,sebelum ni mana la aku
pernah dengar lagu ni. Bersungguh-sungguh la abang- abang dan kakak-kakak fasi
memberikan tunjuk ajar kepada kami camne nak nyanyikan lagu ni. Sesi malam ini
berakhir pada pukul 11 malam. Tapi sebelum majlis melabuhkan tirai untuk malam
ni, kakak fasi dah bagitau dah, esok akan ada sorang antara kami yang
pelajar-pelajar baru ni kena jadi MC....Alamak, kita tengok sapa yang kene....
Kitorang semua balik ke hostel
dan bersiap untuk tidur sebab esok pagi-pagi lagi kitorang dah kene solat subuh
berjemaah. Aku tidur dengan lenanya sabab dah terlampau penat dah hari ni....
19/12/2005.....
To be continue....




