Ada satu cerita yang saya rasakan ianya sangat menarik untuk dikongsikan bersama sebagai pedoman dan teladan kita bersama.
Ada seorang lelaki,umurnya awal 30 tahun. Pada usia mudanya dia banyak melakukan perkara yang dilarang ALLAH.. Dia tidak solat,dia juga tidak menyempurnakan puasanya... Sampai satu masa dia rasakan yang dia harus berubah. Dia harus bertaubat dan dia juga harus berhijrah. Dia juga ingin mendirikan rumahtangga bagi menyempurnakan hidupnya. Dia mula solat dan melakukan segala suruhan ALLAH... Tetapi kebanyakan orang merasakan yang dia tidak betul-betul berubah dan ramai orang membenci dirinya. Dia dipinggirkan...
Pada suatu hari,seluruh ahli keluarganya dikejutkan dengan satu berita. Polis telah datang ke rumah dan memberitahu keluarganya yang dia telah terbabit dalam satu kemalangan dan dia telah meninggal di tempat kejadian sehari sebelum majlis pertunangannya. Suasana hiba menyelubungi keluarganya kerana tidak menyangka yang dia terlebih dahulu dijemput oleh ALLAH. Disaat dia dipinggirkan dan juga di saat dia ingin memulakan kehidupan barunya selepas penghijrahannya...
Pengajarannya ialah
ALLAH telah mengujinya dengan ujian yang besar iaitu dia dipinggirkan dan semua orang tidak menyukainya. Di kala itu, ALLAH datang menjemputnya kerana ALLAH sayang padanya disaat semua orang meminggirkannya. Ini membuktikan kepada kita yang ALLAH sentiasa ada bersama-sama dengan kita dan ALLAH merancang yang terbaik untuk kita. ALLAH lebih memerlukan dia disaat manusia tidak memerlukannya.
ALLAH juga mengujinya dengan ujian dia dibenci dan dipinggirkan kerana ALLAH ingin menguji kesabarannya. ALLAH juga ingin meringankan beban dosa-dosanya yang lalu. Ini kerana jika dia bersabar dengan segala cemuhan itu maka ganjaran pahala yang besar menantinya nanti.
Allah berfirman : “ Berikan berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang, yang ketika musibah, mereka berkata “Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan Kepada-Nya kita dikembalikan. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk”. ( Al-Baqarah : 155-157 ).
ALLAH juga membukakan pintu hatinya untuk bertaubat sebelum dia pergi mengadap YANG MAHA ESA. Jika dia bertaubat nasuha,maka gugurlah semua dosa-dosanya yag lalu dan insyaALLAH,SYURGA lah ganjarannya.
SUBHANALLAH....
Kita sebagai seorang manusia akan diuji dengan pelbagai-bagai ujian. Jika kita bersabar dengan ujian itu,pasti ganjaran pahala lah yang kita akan terima nanti. Sabar itu mudah untuk diucap,tapi ianya sangat susah untuk dilakukan. Beruntunglah bagi sesiapa yang bersabar di atas segala ujian ALLAH itu....
Sebagai manusia juga kita tidak boleh menghukum manusia lain. Siapalah kita untuk menghukum manusia lain sedangkan kita juga merupakan hamba yang diciptakan oleh ALLAH. Maka kita semua adalah sama sahaja di sisi ALLAH SWT. Apabila ada seseorang itu ingin melakukan kebaikan dan ingin kembali ke jalan ALLAH maka kita seharusnya menyokong dan memberi dorongan untuk orang itu terus melakukan kebaikan.
ALLAH ingin kita mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi di sekeliling kita dan semoga ianya menjadi peringatan kepada kita setiap kali kita ingin melakukan segala larangan ALLAH. Oleh itu ALLAH turunkan ujian untuk dia supaya kita merenung dan mentafsir...
ALLAH ingin kita mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi di sekeliling kita dan semoga ianya menjadi peringatan kepada kita setiap kali kita ingin melakukan segala larangan ALLAH. Oleh itu ALLAH turunkan ujian untuk dia supaya kita merenung dan mentafsir...
AL-FATIHAH untuk dia. Semoga ALLAH tempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...semoga ganjaran syurgalah tempatnya..
sabar itu separuh dari iman.....
BalasPadam