Sabtu, 18 Jun 2011

Selamat Hari Bapa~~~Ayah,Adek Sayang Ayah Sangat2~~~

Tadi aku ajak smua family g makan kt luar...family outing la katakan...dah lama sangat2 tak kumpul ramai-ramai macam ni..hanya 2 orang ank sedara aku je yg tak dpat join. tadi mak yg agak keberatan nak ikut,aku paksa jugak mak ikut sama..pastu masa tgh ramai2 duduk nak makan kt meja tu,tetibe lak aku teringatkan Ayah...Alangkah bertambah seronoknya kalau ayah ada bersama...tak semena-mena ingatanku kembali pada 17 thun lepas....

"Adek,tak payah la gi kelas fardu ain hari ni".ibu saudaraku berkata.
aku yang pada ketika itu baru sahaja mengangkat kaki untuk menaiki basikal bersama dengan 2 orang sepupu ku.

"kenapa tak payah gi kelas fardu ain?", aku bertanya sambil menurunkan balik kaki yg tadi telah terangkat.
"tadi,k.long ade telefon, ayah adek tenat kat hospital. Adek tak payah la gi sekolah,adek balik rumah je."
reaksi aku pada masa tu,tak ada la terkejut sangat sebab biasa la budak hingusan yang berumur 6 tahun setengah yang tak faham sangat dengan apa yang dikatakan tenat.

aku pun ambik balik beg sekolah aku,lepastu aku pun berjalan balik ke rumah.rumah aku dengan rumah mak2 sedara aku xde la jauh sangat.
sampai je kat rumah, aku tukar balik baju sekolah,lepastu aku pun duduk la bersandar di tepi pintu rumah.aku tengok je kakak aku sedang mengemas-ngemas rumah. 

lepastu aku nampak mak sedara aku datang rumah.mak sedara aku panggil kakak aku.
"k.long telefon tadi, k.long cakap ayah dah tak ada dah. kamu kemas-kemas la rumah ya.kejap lagi ramai orang datang kat rumah. k.long dah usahakan nak bawak balik jenazah ayah dengan van jenazah."kata mak sedara aku.
aku yang turus sama berada di situ mendengar segala apa yang telah mak sedara aku bagitau tadi...aku hanya mampu tersandar di dinding rumah..sedih...itu lah perasaannya...meleleh air mata mengalir di pipi.

Teringat kembali yg petang kelmarin ayah masih bersama aku.bergurau senda dengan aku sebab aku anak bongsu dan aku memang manja dengan ayah.tp bila aku balik sekolah semalam, kakak cakap ayah masuk hospital balik.adek tak bole gi melawat sebab adek budak-budak lagi. hospital ni tak benarkan budak-budak melawat. so,memang aku tak jumpa ayah dari semalam lg.

aku melihat nenek aku datang ke rumah ku bersama-sama dengan p.su ku. aku nampak nenek nangis..nenek sedih sangat-sangat p.su cakap,td nenek pn dh terjatuh dah sebab terlampau terkejut dengan berita ni.aku pun turut sama nangis.

jenazah ayah selamat sampai di rumah. akibat terlampau keletihan aku seharian hari ini,aku tertidur. apabila aku bangun dari tidur,jasad arwah ayah telah selamat di semadikan.aku tanya mak aku,ayah mana,mak cakap ayah dah xde adek...ayah dah xde dh...

hari ini......
kenangan bersama ayah tak akan ku lupakan. itulah kenangan terindah dalam hidup aku.walaupun aku hanya dapat mengecapi kasih sayang ayah hanya untuk 6 tahun lebih sahaja,tapi aku masih merasakan yg ayah masih bersama-sama dengan aku sampai umurku mencecah 24 thun ini.

masih teringat lagi kenangan yg aku selalu mengikut ayah ke kedai kopi.masa tu ayah memang dilarang dari menghisap rokok, tp bila ayah bersama-sama dengan kawan2 ayah,mungkin ayah teringin nak hisap rokok dan ayah pun hisap rokok pada masa tu..aku sebagai spy mak ape lg,balik je rumah terus je report kt mak.mak marah ayah sebab memang doktor tak bagi ayah hisap rokok sebab ayah ade penyakit acute pulmonary adema @ paru2. sekarang,bila aku kenang kembali,mesti aku rasa bersalah sebab report kat mak..
mak cakap,malam sebelum ayah dimasukkan semula ke hospital tu,ayah ada pesan kat kami smua...ayah pesan jangan sesekali tinggalkn solat...jg solat...InsyaALLAH, pesanan ayah itu akan adek ingt sampai bila-bila..

teringat lagi ciuman dan pelukan ayah dulu...,ayah, maafkan adek sebab kekadang adek terleka di bumi ini...maafkan adek ayah...maafkan adek...adek sayang ayah...sayang sangat-sangat...sesungguhnya ALLAH lebih sayangkan ayah.kasih sayang yg ayah curahkan kat adek memang tiada gantinya..hanya doa sahaja penghubung kasih antara kita ayah....

AL-FATIHAH untuk arwah ayah...semoga ayah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh....

~~Selamat Hari Bapa~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan