ALHAMDULILLAH...
Syukur ke hadrat ALLAH kerana memberikan diri ini peluang untuk berada di atas muka bumi ini sehingga mencecah 24 thun...sesungguhnye, siapalah diri ini jika tanpa kasih dan sayang serta rahmat dari ALLAH...trima kasih mak sebab lahirkan adek ke muka bumi ini...susah payah mak jaga dan besarkan adek...adek mintak maaf kalo adek ade wt slah ngn mak...adek syg mak sangat2...ayah,adek sayang ayah...walaupun ayah dh xde lg kt dunia ni,tp ayah selalu ade kt hati adek...adek sayang ayah jgk...
selama 24 thun saya hidup di muka bumi ini,ianye banyak mengajar saya erti kehidupan..kehidupan yg penuh pancaroba,yg memerlukan tahap kesabaran yg tinggi dan yg paling penting,semoga ALLAH jadikan kita seorang hamba yg taat akan perintah dan melaksanakan segala suruhanNYA serta meniggalkan segala larangan....
pernah satu hari saya mengikuti satu majlis ilmu,ustazah cakap yg amalan kita sahaja tidak dapat melayakkan diri kita untuk masuk ke syurga ALLAH...jika kita melakukan amal ibadat kepada ALLAH selama 60 tahun sekalipun, ini hanyalah sebesar satu biji mata sahaja... SUBHANALLAH,jika dibandingkan umurku yg berusia 24 thun dan memang banyak dosa-dosa yg telah saya lakukan selama 24 thun ini,memang tidak terbanding dengan ape2 pn...sesungguhnya dengan rahmat ALLAH,kita akan ke syurga ALLAH...(muhasabah balik diri ini)...YA ALLAH,ampunkanlah segala dosa-dosaku,sesungguhnya kasih sayang ALLAH itu tiada tandingnya...
pada usia 24 thun ini juga dapat saya rasekan yg hidup kita tidak akan lengkap jika kita tidak mendapat keredhaan daripada ALLAH...sesungguhnya tiada keberkatan dalam setiap ape yang kita lakukan jika kita tidak mengikut landasan yg ALLAH telah tetapkan terhadap seorang hambaNYA...
kasih sayang ALLAH tiada bandingan...janji ALLAH juga pasti...jika kita cintakan manusia,suatu hari nanti manusia itu akan meninggalkan kita,jika kita cintakan bunga,pasti suatu hari nnt bunga itu akan layu,jika kita cintakan dunia,pasti suatu hari nanti kita akan mati...tp kalo kita berjanji dengan ALLAH,pasti ALLAH tidak akan mungkir janji...
terima kasih kawan2 yg telah banyak mengajar saya erti kehidupan...sokongan dan nasihat kawan2 sewaktu saya susah dan senang sangat2 bermakna bagi saya...sesungguhnye hidup ini akan sepi jika tanpa teman2 yg selalu menceriakan hidup ini...dugaan dan cabaran dalam mencari ilmu juga adalah pengalaman yg indah bg saya yg telah hidup selama 24 tahun ini...
galakan dan kata-kata semangat dari keluarga tercinta juga membuatkan diri ini rase disayangi dan semakin dekat dengan keluarga...terasa yg hidup ini akan kosong jika tanpa sokongan dan kasih sayang yg telah diberikan oleh keluarga tersayang....saya sayang sangat keluarga saya....
saya juga belajar,melihat,mentafsir dan berfikir akan apa yg telah berlaku di sekeliling saya...sesungguhnye,manusia ini adalah makhluk yg sangat2 indah yg ALLAH ciptakan...setiap manusia mempunyai tanggungjawab dan tugas masing-masing di atas muka bumi ini....jangan sesekali kita menghina dan mencaci manusia lain kerana ia juga adalah makhluk ciptaan ALLAH...(muhasabah diri ini balik)...siapa kita untuk mencaci makhluk ALLAH yg sememangnye sempurna...mungkin ilmu yg membezakan kita tp percayalah sesungguhnye ALLAH telah menganugerahkan ilmu itu mengikut kesesuaian masing-masing...
belajar untuk menjadi seorang yg mempunyai hati yang bersih...selalu je saya dengar dalam tazkirah,ustaz @ ustazah sangat mementingkan kebersihan hati...perkara pertama yg perlu kita lakukan adalah membersihkan hati...apabila hati kita bersih,ianye akan menghindarkan diri kita dari bersangka buruk terhadap orang lain dan bile hati kita bersih,kita akan menerima segala ujian ALLAH dengan hati yang terbuka dan anggaplah ujian itu sebagai satu rahmat dari ALLAH untuk menjadikan kita lebih sabar dan tabah dalam menjalani kehidupan di dunia ini...
semoga ALLAH akan memberkati kehidupanku pada hari2 yg mendatang...kuatkanlah hatiku dalam menempuh dugaan MU ya ALLAH....jadikanlah diri ini seorang insan yg tabah...insan yg tahu erti menilai dan tahu erti berterima kasih...insan yg selalu mengingatimu di dalam susah dan senang....insan yg tahu menghargai kasih sayang ibu bapa...semoga aku selalu di dalam limpah kurnia MU ya ALLAH...~~~AMIN~~~
Disini diri ini berkongsi rase,ilmu dan pengalaman...semoga ianye dapat memberi manfaat untuk diriku dan juga orang lain...kerana saya hanya seorang hamba yang sedang belajar dan mencari keredhaan dari ALLAH SWT...semoga kasih sayang ALLAH sentiasa bersama-sama ku~~~INSYAALLAH~~~
Ahad, 7 Ogos 2011
Khamis, 28 Julai 2011
KeMaTiAn ItU SuAtU kEPaStiAn....
Kematian Suatu Kepastian
www.iluvislam.com
Oleh: safiyyah_hatim
Editor: Isyrak
www.iluvislam.com
Oleh: safiyyah_hatim
Editor: Isyrak
Tanpa kita sedari, masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Namun, kita terus terleka dengan pelbagai perkara yang melalaikan sehingga kita terlupa tujuan sebenar kita berada di muka bumi ini. Beruntunglah bagi mereka yang terus berpegang dengan kemudi keimanan, dan rugilah bagi mereka yang terus hanyut tanpa pedoman.
Sahabat-sahabatku,
Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapakah kita perlu berbicara tentang kematian? Sedangkan kita masih muda, perjalanan kita masih jauh. Kita hampir terlupa tentang hakikat sebuah kematian yang terus mengejar kita. Kematian itu PASTI. Tiada siapa dapat mengelak atau melambatkannya walaupun hanya beberapa detik. Malaikat Izrael tidak pernah alpa dalam menjalankan tugasnya. Hatta, setiap makhluk di muka bumi ini ada janji kematian tersandar ke atasnya. Marilah kita sama-sama merenungi firman Allah dalam surah Al-Anbiya ayat 34 dan 35 yang bermaksud :

“Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya? Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.”
Jelaslah pada kita bahawa kehidupan manusia bukan abadi, kematian pasti akan dirasakan bagi setiap yang bernyawa, dan bagi yang tinggal ia adalah ujian untuk menghadapinya.
Sahabat-sahabatku,
Apakah kepentingan untuk kita mengingati kematian?
1) Kematian merupakan peringatan yang terbaik. Allah tidak menyatakan bahawa kematian hanya pada orang yang lanjut usia atau yang menderita kesakitan. Hakikatnya, kematian tidak mengira usia, jantina, pangkat dan sebagainya.
2) Menjadi pemangkin untuk terus melakukan kebaikan. Hakikatnya, kita sering melakukan dosa sama ada disedari atau tidak. Andai kita mengira kita telah menggantikannya dengan amal kebaikan, persoalannya adakah amalan kita diterima-Nya? Adakah amalan itu disertai dengan keikhlasan?
3) Mengingatkan diri tentang matlamat utama kehidupan iaitu mardhatillah (keredhaan Allah). Amalan di dunia ini menjadi bekalan di akhirat. Seharusnya kita menyedari bahawa syurga itu mahal dan payah, tetapi mampu untuk dicapai. Berbekal kesedaran ini, kita mampu bergerak dan bertindak ke arah mencapai matlamat itu.
4) Pernah saya mendengar bahawa untuk ke syurga tidak cukup dengan amal kebajikan. Hakikatnya terlalu jauh amalan kita jika hendak dibandingkan dengan para Anbiya' dan sollehin yang terdahulu. Perkara utama yang membantu kita ialah rahmat iaitu kasih sayang Allah kepada kita. Jadi, ingat mati membawa kepada amal baik yang InsyaAllah dipandang Allah sebagai amal soleh.
5) Setiap kematian yang kita dengari dan lihat sebenarnya boleh membantu kita memperbaiki diri. Memanglah tidak seharusnya kita berbicara tentang hal keburukan si mati tetapi pada kejadian itu ada pengajaran yang boleh diambil. Bagaimana orang-orang soleh dimudahkan hal kematiannya, pergi dengan tenang dan mudah diuruskan jenazahnya. Ambillah ia sebagai pengajaran, kerana kematian adalah ilmu yang bermakna buat yang hidup.
Sahabat-sahabat sekalian,
Suka untuk saya mengingatkan diri agar bersedia menghadapi kematian dan berdepan dengan kematian orang sekeliling. Memang mudah untuk menasihatkan orang lain supaya bersabar menghadapi kematian, namun hakikatnya payah untuk merelakan permergian orang tersayang. Jadi marilah sama-sama kita pasakkan dalam diri bahawa kematian itu pasti. Ia menjadi misteri yang hanya Allah yang tahu, namun kita sudah diberi peringatan dan jalan untuk menghadapinya, iaitu dengan melakukan amal soleh secara berterusan. Marilah kita tanamkan keazaman untuk berubah dari hari ke hari ke arah kebaikan. InsyaAllah moga jalan kita diluruskan Allah dan kekal dalam kasih-sayang-Nya.
Wallahua'lam
wahai diri..ingati mati! Mati itu pasti!

Sabtu, 16 Julai 2011
PeRiNgAtAN DiRi....
semalam berkesempatan mengikut emak ke majlis ilmu....antara ilmu yg dapat dikongsikn ialah,sakitnye ketika nyawa kita hendak keluar dari jasad adalah seperti dipotong dengan gergaji.... itu adalah kesakitan yg paling ringan...Subhanallah...sesungguhnya banyak dosa yg telah aku lakukan selama ini Ya ALLAH...ampunkanlah segala dosa-dosa ku Ya ALLAH...sesungguhnya aku hambamu yg lemah...AMIN....
Sabtu, 18 Jun 2011
Selamat Hari Bapa~~~Ayah,Adek Sayang Ayah Sangat2~~~
Tadi aku ajak smua family g makan kt luar...family outing la katakan...dah lama sangat2 tak kumpul ramai-ramai macam ni..hanya 2 orang ank sedara aku je yg tak dpat join. tadi mak yg agak keberatan nak ikut,aku paksa jugak mak ikut sama..pastu masa tgh ramai2 duduk nak makan kt meja tu,tetibe lak aku teringatkan Ayah...Alangkah bertambah seronoknya kalau ayah ada bersama...tak semena-mena ingatanku kembali pada 17 thun lepas....
"Adek,tak payah la gi kelas fardu ain hari ni".ibu saudaraku berkata.
aku yang pada ketika itu baru sahaja mengangkat kaki untuk menaiki basikal bersama dengan 2 orang sepupu ku.
"kenapa tak payah gi kelas fardu ain?", aku bertanya sambil menurunkan balik kaki yg tadi telah terangkat.
"tadi,k.long ade telefon, ayah adek tenat kat hospital. Adek tak payah la gi sekolah,adek balik rumah je."
reaksi aku pada masa tu,tak ada la terkejut sangat sebab biasa la budak hingusan yang berumur 6 tahun setengah yang tak faham sangat dengan apa yang dikatakan tenat.
aku pun ambik balik beg sekolah aku,lepastu aku pun berjalan balik ke rumah.rumah aku dengan rumah mak2 sedara aku xde la jauh sangat.
sampai je kat rumah, aku tukar balik baju sekolah,lepastu aku pun duduk la bersandar di tepi pintu rumah.aku tengok je kakak aku sedang mengemas-ngemas rumah.
lepastu aku nampak mak sedara aku datang rumah.mak sedara aku panggil kakak aku.
"k.long telefon tadi, k.long cakap ayah dah tak ada dah. kamu kemas-kemas la rumah ya.kejap lagi ramai orang datang kat rumah. k.long dah usahakan nak bawak balik jenazah ayah dengan van jenazah."kata mak sedara aku.
aku yang turus sama berada di situ mendengar segala apa yang telah mak sedara aku bagitau tadi...aku hanya mampu tersandar di dinding rumah..sedih...itu lah perasaannya...meleleh air mata mengalir di pipi.
Teringat kembali yg petang kelmarin ayah masih bersama aku.bergurau senda dengan aku sebab aku anak bongsu dan aku memang manja dengan ayah.tp bila aku balik sekolah semalam, kakak cakap ayah masuk hospital balik.adek tak bole gi melawat sebab adek budak-budak lagi. hospital ni tak benarkan budak-budak melawat. so,memang aku tak jumpa ayah dari semalam lg.
aku melihat nenek aku datang ke rumah ku bersama-sama dengan p.su ku. aku nampak nenek nangis..nenek sedih sangat-sangat p.su cakap,td nenek pn dh terjatuh dah sebab terlampau terkejut dengan berita ni.aku pun turut sama nangis.
jenazah ayah selamat sampai di rumah. akibat terlampau keletihan aku seharian hari ini,aku tertidur. apabila aku bangun dari tidur,jasad arwah ayah telah selamat di semadikan.aku tanya mak aku,ayah mana,mak cakap ayah dah xde adek...ayah dah xde dh...
hari ini......
kenangan bersama ayah tak akan ku lupakan. itulah kenangan terindah dalam hidup aku.walaupun aku hanya dapat mengecapi kasih sayang ayah hanya untuk 6 tahun lebih sahaja,tapi aku masih merasakan yg ayah masih bersama-sama dengan aku sampai umurku mencecah 24 thun ini.
masih teringat lagi kenangan yg aku selalu mengikut ayah ke kedai kopi.masa tu ayah memang dilarang dari menghisap rokok, tp bila ayah bersama-sama dengan kawan2 ayah,mungkin ayah teringin nak hisap rokok dan ayah pun hisap rokok pada masa tu..aku sebagai spy mak ape lg,balik je rumah terus je report kt mak.mak marah ayah sebab memang doktor tak bagi ayah hisap rokok sebab ayah ade penyakit acute pulmonary adema @ paru2. sekarang,bila aku kenang kembali,mesti aku rasa bersalah sebab report kat mak..
mak cakap,malam sebelum ayah dimasukkan semula ke hospital tu,ayah ada pesan kat kami smua...ayah pesan jangan sesekali tinggalkn solat...jg solat...InsyaALLAH, pesanan ayah itu akan adek ingt sampai bila-bila..
teringat lagi ciuman dan pelukan ayah dulu...,ayah, maafkan adek sebab kekadang adek terleka di bumi ini...maafkan adek ayah...maafkan adek...adek sayang ayah...sayang sangat-sangat...sesungguhnya ALLAH lebih sayangkan ayah.kasih sayang yg ayah curahkan kat adek memang tiada gantinya..hanya doa sahaja penghubung kasih antara kita ayah....
AL-FATIHAH untuk arwah ayah...semoga ayah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh....
~~Selamat Hari Bapa~~

Isnin, 6 Jun 2011
BiLa Di TiMpA MuSiBaH...
hidup...
apabila ditimpa musibah barulah aku rase kan tempat untuk aku mengadu hanyalah kepada ALLAH kerana ALLAH maha mengetahui setiap apa yg berada di langit dan di bumi...hidup ini penuh dengan onak dan duri...cabaran dan dugaan terpaksa ditempuh dengan tabah dan kembali kepada fitrah seorang manusia...
Sedih...
perasaan yang membuatkan aku rase sayu...air mata dengan murahnye mengalir di pipi. tetapi bila aku sedari, aku kembali kepada ALLAH...aku memohan semoga ALLAH kuatkan hatiku dan air mata itu adalah air mata ketika mengadu kepada ALLAH. aku juga berdoa semoga air mata aku itu adalah air mata sesalan dan semoga ALLAH menerima taubatku...sesungguhnye aku insan yang hina. insan yg banyak melakukan kesilapan kepada MU ya ALLAH....kekadang aku lalai dalam mengerjakan segala perintah MU ya ALLAH...
kecewa....
perasaan yg memang sukar untuk digambarkan....tp ingatlah setiap apa yg berlaku kepada kita hari ini adalah di sebabkan kesalahan kita kepada ALLAH pada masa lepas dan ALLAH memberikan musibah itu adalah untuk kita muhasabah balik diri kita dan kembali ke jalan ALLAH( ni la kata-kata pesanan yg mak aku slalu pesan kat kami adek beradek)...
Bahagia....
itulah yg aku dambakn...kebahagiaan di akhirat adalah kebahagiaan yg hakiki...untuk mendapatkan kasih sayang dan kebahagiaan yg hakiki ini kita kenalah kembali ke jalan ALLAH... kebahagian dengan kasih sayang ibu bapa akn membawa ke syurga...kasih adik beradik adalah kasih sayang yg suci...kasih sayang seorang sahabat adalah kasih yg murni dan kasih sayang antara dua hati tidak semestinye berakhir dengan kebahagiaan kerana kadang kala pengorbanan diperlukan dan jangan terlalu tamak dalam mencari kebahagiaan...walaupun pengorbanan itu adalah prkara yg paling sukar untuk dilakukan dan amat pahit untuk ditelan tp percayalah dengan janji ALLAH...Bahagia...bayk dugaan dan cabaran untuk kita sebelum kita mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat....
*ok2,sesi jiwang2 dah tamat untuk hari ini....hihi...

Ahad, 5 Jun 2011
My NeW LiFe..
ALHAMDULILLAH...dr dulu lg ingt nk ade blog tp dulu xde idea nk tulis ape...aku pn syp je dlu..pastu bile slalu je tgk kankawan aku slalu je update blog aku pn nk jgk ade...aku pn wt la blog ni..ini la stu cr untuk aku rlex kn otak ngn berceloteh entah ape-ape tah kt sini sbb aku kn suke ckap...tp xde lak org yg suke dgr aku ckp, so aku pn ubah la cket, aku nk tulis lak...xkisah la ade org nk bace ke tak...yg pasti ni tmpt aku nk membebel..hihihi..ckup kot untuk sesi celoteh untuk pembukaan ini...nnt aku membebel lg...hihi...
Langgan:
Catatan (Atom)