Disini diri ini berkongsi rase,ilmu dan pengalaman...semoga ianye dapat memberi manfaat untuk diriku dan juga orang lain...kerana saya hanya seorang hamba yang sedang belajar dan mencari keredhaan dari ALLAH SWT...semoga kasih sayang ALLAH sentiasa bersama-sama ku~~~INSYAALLAH~~~
Selasa, 10 Julai 2012
Rabu, 4 Julai 2012
Isnin, 2 Julai 2012
Nikmat dan Hikmah Bulan Syaaban
Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban ini.
PENGERTIAN SYAABAN
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)
MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:“Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yang begini sehinggalah terbit Fajar “.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).
FADHILAT BULAN SYAABAN
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
- Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
- Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
- Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).
Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.”
Sabda Nabi s.a.w.: “Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).
Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.
PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN
Mengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.
Khamis, 31 Mei 2012
CiTa- CiTa
Assalamualaikum...
Rasenye dah lame sangat2 tak update blog saya ni..biasa la bila dah start ngn kelas, plus assignment, plus kelas2 pengisian rohani plus meronggeng tak termasuk FB yang memang menjadi rutin, memang masa nak update blog agak terhad sedikit....
Sekarang masih berada kat kampung kerana cuti khas seminggu untuk Hari Gawai dan Pesta Keamatan. Bak kata salah seorang Lecturer saya, pelik betul la student2 melayu ni, walaupun raya or pesta tu bukan kita yang merayakan or berpesta, tapi student melayu la yang paling awal n paling ramai balik kampung. hehe...biase la Prof, nak buat camne, family first.. Ngee..Ngee....
Biase la kalo kat rumah kat kampung memang Xtvt setiap hari tu penuh je...sebelum sampai umah kat kampung ni lagi, dah macam2 Xtvt yang telah disusun untuk saya. Kalo cakap nak balik kampung n nak siapkan assignment memang tak laaa...memang tak sempat siap punye assignment tu kalo dok kat umah..hehehe...Tadi kol 10 malam memang dah ngantuk dah. Nasib baik dapat bangun balik dan try cari2 bahan untuk wat assignment ultrasu'un..opss, Ultrasound...hehehe...
Masa kecik2 dulu kalo orang tanye cite2 nak jadi ape?
mase umor 6 tahun saya akan jawab cite2 saya nak jadi staff nurse...sebab saya tengok sepupu saya jadi staff nurse...
pastu bile umor 7 tahun lak cikgu tanye "nak jadi ape?"
Saya akan jawab nak jadi polis traffic sebab suke sangat tengok cerita "Roda2 KotaRaya" pastu minat sangat ngn Mustafa Kamal time tu... sampaikan terikut2 nak jadi polis gak...ngeee...
Pastu bile umor 10 tahun cikgu tanye "cita2 awak nak jadi ape?"
Saya akan cakap saya nak jadi doktor... sebab nak tolong orang sakit..pastu memang nampak cam best je jadi doktor...
bile umo 12 tahun cikgu tanye "cita2 nak jadi ape?"
saya akan cite2 saya nak jadi seorang pensyarah sebab cikgu cakap gaji seorang pensyarah mahal...
Pastu bile masuk form 1, tukar la cite2, nak jadi cikgu lak...cam best je jadi cikgu sebab banyak cuti...
TAPI bile lepas PMR cite2 tu dah tetap dah...nk masuk kelas science stream, pastu nak jadi doktor... sebab time ni dah terfikir dah nak tolong orang-orang yang memerlukan pastu rase cam sedih sebab tak sempat nak tolong arwah ayah dulu...sejak dari situ la cite2 dah tak berubah dah, memang tetap nak tolong pesakit2 yang memerlukan perhatian dan rawatan sebagai tanda nak membalas balik apa yang tak sempat dilakukan untuk arwah ayah dulu...
Kita hanya merancang dan menginginkan ALLAH memberi kehendak kita , tetapi ALLAH tahu dan lebih kenal siapa diri saya yang sebenarnya. ALLAH berikn saya keperluan yang saya perlukan iaitu saya diterima sebagai seorang pelajar Medic (tarik nafas jap pastu sambung balik jawapan tadi)...Medical Imaging.....ops, bukan Medical a.k.a Perubatan...tapi Medical Imaging a.k.a Pengimejan Perubatan or lebih dikenali sebagai X-RAY...
Orang selalu tanye saya, "belajar kat mana?"
saya cakap la "kat UiTM Puncak Alam"...
pastu orang akan tanye lak, "kos ape?"
saya akan jawab "medical imaging"(untuk mengelakkan orang tanye lagi "ape tu?", saya akan cakap siap2, "x-ray").
Lepastu orang akan tanye lak, "tahun berape?"
"saya dah tahun 3 dah...lagi setahun nak habis, insyaALLAH"...
Pastu soalan yang paling SUSAH nak jawab ialah, " susah tak ambik x-ray?" or "best tak ambik kos x-ray ni?"
Jawapan saya ialah,"belajar pasal x-ray ni agak susah, tapi kerja insyaALLAH senang sikit, tak sama macam belajar"...
Saya pun kekadang terfikir gak, betul ke jawapan saya tu...hahaha....
lepastu mesti orang akan tanya lagi " tak bahaya ke x-ray ni"? ini lagi la pening nak jawab ni...hahaha...
jawapan saya " kalo semua orang cakap x-ray bahaya, nanti siapa yang nak tolong pesakit2 tu? merokok lagi bahaya dari x-ray la pak cik"... ngeeee....
ALHAMDULILLAH, ALLAH memberi apa yang saya perlukan.
Walaupun cita-cita nak jadi Doktor tidak kesampaian, tetapi boleh menjadi seorang Radiographer yang kerja menolong Doktor juga adalah satu kesyukuran bagi saya...Semoga ALLAH memberi peluang untuk diri ini mengecapi alam pekerjaan dan dapat menolong insan-insan yang memerlukan juga semoga saya dapat beribadah dengan ALLAH melalui pekerjaan saya dan semoga pekerjaan yang akan saya ceburi ini akan menjadi ladang pahala dan pencen kubur saya kelak....insyaALLAH :)
P/S :kalo dapat jadi cikgu pun ok gak sekarang sebab nak mengajar same2 ngn cikgu Airil (Fahrin Ahmad) dalam Seindah Sakura...hahaha....ini hanyalah gurauan semata2...tidak ada kene mengena dengan sesiapa.... :P

Jumaat, 18 Mei 2012
JoDoH DaN CiNtA.....
Siapa jodoh kita? Bagaimana kita nak tahu bahawa dia jodoh kita? Adakah jodoh dapat diketahui hanya melalui mimpi? Atau sekadar menanti tanpa perlu berusaha? Atau dengan mengukur kadar degupan jantung kita apabila bertemu dengan si dia? Dup.... Dap...Dup....Dap....arghhh, inikah petanda jodoh buatku?
Hmm... Ramai yang berusaha ingin mencari jodoh... Namun sudah jelaskah kalian akan perihal jodoh? Kaji dan fahami dahulu soal jodoh mengikut landasan yang benar supaya diri tidak tersasar....
REALITI CINTA DAN JODOH
Cinta dan jodoh adalah dua perkara yang berbeza, namun saling berkait. Dalam jodoh pasti ada cinta, tetapi belum tentu cinta itu berakhir dengan jodoh.
BERCINTA....SALAH SATU CARA MENGENAL JODOH?
Realitinya, dunia percintaan bukanlah saluran terbaik dalam usaha mengenal jodoh. Sebab?
Jarang orang yang bercinta menunjukkkan sikap yang sebenar. Semuanya tampak indah di mata, namun hakikatnya tidak. Ramai yang hangat bercinta, ber "couple", tetapi akhirnya "break - up" di pertengahan jalan. Yang berkekalan mungkin ada, namun bilangannya tidak banyak. Ada juga yang telah berkali-kali tukar pasangan, namun tetap tidak bertemu jodoh.
Jodoh yang berkat mesti diiringi dengan cara dan usaha yang berkat juga, jauh daripada maksiat dan zina. Adakah pasangan - pasangan yang bercinta mampu mengelakkan diri daripada dosa dan maksiat? Tepuk dada, Tanya iman..
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.- Surah An- Nur : Ayat 30
"Sekiranya langsung tidak bercinta, seolah-olah tidah berusaha mendapatkan jodoh, lagi lambatlah berkahwin", rungut seorang teman.
Saudara/ saudariku,
Mana lebih penting, berusaha mendapatkan jodoh atau berusaha mempersiapkan diri? Sekiranya diri kita siap, jodoh itu tidak perlu dikejar, jodoh yang akan mengejar kita. Usaha yang perlu kita letakkan itu adalah lebih kepada "MENJADI" daripada "MENCARI". Jika ingin lelaki yang SOLEH, maka berusahalah mempersiapkan diri sebagai wanita SOLEHAH,begitu juga buat lelaki. Mempersiapkan diri juga salah satu bentuk usaha, bukan?
"Saya belum bertemu jodoh, sedangkan saya sangat teringin berkahwin awal? Kenapa ALLAH tak hadirkan jodoh buat saya?"
Sebelum kita bertanya kerja ALLAH, cuba bertanya kerja kita. Adakah kita sudah berusaha mempersiapkan diri secara mental, fizikal dan spiritual? Matangkah pemikiran kita bagi memikul tanggungjawab sebagai suami @ isteri dan bapa @ ibu? Teguhkah hati kita dalam mengharungi ujian rumahtangga? Nilailah diri kita dengan cara bagaimana kita mengatur hidup kita seharian, cara kita menyelesaikan masalah dan cara kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH, anak, pelajar dan sahabat. Jodoh lambat sampai mungkin kerana kriteria diri kita yang lambat mempersiapkan diri, banyak melakukan maksiat, kurang berdoa dan lain-lain.
DO NOT LOVE THE ONE WHO DOESN'T LOVE ALLAH...IF THEY CAN LEAVE ALLAH THEY WILL LEAVE YOU.... (IMAM SHAFEE'I)
Perkongsian dari AL-HIKMAH. Edisi 8. UiTM PUNCAK ALAM..

Sabtu, 3 Mac 2012
Ahad, 12 Februari 2012
Tiada keredaan Allah tanpa keredaan ibu bapa
Dewasa ini, kita seringkali dipersembahkan dengan episod-episod sedih dan duka yang berlaku dalam masyarakat kita. Ada segelintir masyarakat yang sanggup mengabaikan ibu bapa mereka.
Bukan sahaja tidak pernah bertanya khabar, bahkan sanggup membiarkan kehidupan ibu bapa mereka melarat sehingga menagih simpati dari jiran-tetangga untuk meneruskan kehidupan.
Lebih malang, ada yang sanggup memukul, mencaci dan mengeji ibu bapa tanpa belas kasihan.
Ada pula yang tergamak menghantar ibu bapa mereka yang sudah tua dan uzur itu ke pusat-pusat penjagaan warga tua dan langsung tidak dipedulikan nasib mereka. Walhal ketika kecil, ibu bapa mereka tidak sampai hati menyerahkan mereka di bawah jagaan orang lain walau hidup dalam keadaan penuh kekurangan.
Islam meletakkan ibu bapa pada tempat yang tinggi dari segi kedudukannya. Seseorang itu wajib mentaati kedua ibu dan bapanya selagi ketaatan tersebut tidak bertentangan dengan Syariat Allah SWT. Bahkan, Allah SWT meletakkan keterikatan keredaannya bersama keredaan ibu bapa.
Dengan kata lain, seseorang itu tidak akan memperolehi keredaan Allah SWT, tanpa terlebih dahulu meraih keredaan kedua ibu bapanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Keredaan Allah bergantung pada keredaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah bergantung pada kemurkaan kedua-dua ibu bapa". (riwayat al-Hakim)
Kita diperintahkan oleh Allah SWT untuk berbuat baik kepada keduanya, bercakap dengan lemah-lembut dan sopan-santun. Kita dilarang mengucapkan perkataan yang dapat mengguris hati mereka walaupun sekadar mengucapkan "ah".
Di samping itu, hendaklah kita sentiasa mendoakan kebaikan sama ada ketika kedua-duanya masih hidup atau telah meninggal dunia.
Perintah berbuat baik kepada kedua ibu bapa ini adalah kerana Allah SWT mahu kita menghargai pengorbanan mereka untuk memelihara dan membesarkan kita dengan penuh kasih-sayang.
Maka, kita perlu berterima kasih kepada mereka dengan cara membalas jasa mereka sebaik mungkin walaupun ia tidak akan sekali-kali menyamai pengorbanan dan sumbangan mereka selama ini.
Kewajipan berterima kasih kepada ibu bapa ini dapat dilihat dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya ,ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung sehingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya adalah dalam masa dua tahun. Dengan demikian bersyukurlah kepada Ku dan kedua ibu bapamu dan ingatlah kepada Aku lah jua tempat dikembalikan untuk menerima balasan.
(Luqman: 14)
Pengorbanan mereka adalah pengorbanan yang cukup besar. Maka atas dasar itulah Islam menggandingkan tanggungjawab mentaati ibu bapa mengiringi persoalan mentauhidkan Allah.
Firman Allah yang bermaksud: Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua pun dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa kamu, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang yang bermusafir dalam kesusahan dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong, takbur dan suka membangga diri. (al-Nisa': 36)
Seksaan berat
Justeru, Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW telah memberi ancaman kepada mereka yang sanggup menderhaka kepada ibu bapa. Mereka bakal berhadapan dengan seksaan yang berat dalam api neraka beserta laknat yang tidak berkesudahan daripada Allah SWT.
Nabi SAW bersabda: "Semua dosa diakhirkan hukumannya sekehendak Allah SWT sehingga ke hari kiamat, kecuali dosa kerana derhaka kepada kedua orang tuanya, maka yang demikian diciptakan hukumannya bagi yang melakukannya". (riwayat Al-Hakim)
Imam Az-Zahabi dalam kitabnya Al-Kabair telah menyebutkan kata-kata Ka'ab bin Al-Ahbar tentang keburukan orang yang menderhaka kepada ibu bapa dan kebaikan orang yang menjaga hubungan dengan ibu bapanya.
Beliau menyatakan: "Sesungguhnya Allah SWT akan mempercepatkan kebinasaan dan kecelakaan seseorang apabila dia menderhakai kedua ibu bapanya, iaitu akan dipercepatkan seksaannya. Dan sesungguhnya Allah akan menambah umur seseorang, jika dia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, maka dia akan memberikan perbelanjaan kepada keduanya, jika mereka berdua memerlukannya".
Justeru, marilah kita sama-sama menjaga ibu bapa kita sebaik mungkin. Jangan lokek menghubungi mereka selalu, bertanya khabar dan memberikan penjagaan penuh kepada mereka.
Ambillah peluang berbakti kepada mereka sementara mereka masih hidup. Bagi mereka yang telah kehilangan ibu dan bapa, teruskan mendoakan mereka supaya diampuni dosa dan dimasukkan dalam golongan orang yang soleh.
Langgan:
Catatan (Atom)