Khamis, 12 Julai 2012

Syukur kerana anda insan terpilih.

ALHAMDULILLAH...
Syukur kerana anda insan terpilih.

Kekadang terfikir, sunyi la sebab tak ada pakwe, best kan kalo ade pakwe, bole dapat hadiah, selalu wish bile ade hari-hari istimewa, bole bagi kata-kata semangat bile tengah tension study. tapi tak terfikir pulak bila ada pakwe bukan ke akan menambahkan lagi masalah sebab selalu gaduh, lambat balas mesej pun gaduh, tak bagitau gi jalan kat mana-mana pun gaduh, lupa tarikh ulangtahun pun gaduh... ok,saya hanya ingin berkongsi pengalaman barangkali moga-moga ia memberi manfaat kepada saya dan orang lain.

Dulu saya tau yang kapel @ couple tu haram, tapi saya pun terjebak sama. kita akan rasa gembira dan suka bila ada orang yang sayang kita, yang take care pasal kita, yang boleh kita kongsi masalah dan yang akan call and mesej2 ngn kita sampai pukul 2,3 pagi, kerana itulah kita akan tersasar sedikit. kita akan terjerumus dan terbuai dengan perasaan kita sendiri. perasaan yang akan kekadang membuatkan kita terleka dengan dunia dan sesekali kita akan tersasar dari hukum ALLAH..

apa yang saya rasa sekarang, saya sangat beruntung kerana tidak mempunyai boyfriend or kekasih or teman lelaki or pakwe. kenapa saya katakan sangat beruntung kerana banyak perkara-perkara yang bermanfaat yang boleh saya atau kita lakukan apabila kita tidak mempunyai kekasih. antara perkara-perkara yang dapat kita lakukan ialah seperti :

Setiap hari minggu, hari yang tiada kelas or kuliah, saya boleh mengikuti kelas-kelas agama dan program-program yang berfaedah yang dianjurkan oleh pelbagai-bagai persatuan. contohnya saya boleh mengikuti kelas ilmu Aqidah or Ilmu Fikah or Ilmu Tasawwur iaitu ilmu mengenal ALLAH... sesungguhnya menuntut ilmu agama adalah amat besar ganjarannya di sisi ALLAH SWT. Firman ALLAH SWT: ALLAH akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dikalangan kamu) beberapa darjat. Surah AL- Mujadalah, ayat 11. jadi, kenapa perlu bersedih kerana tidak ada kekasih, kerana cukuplah dengan Ilmu ALLAH dan mengenal ALLAH kita akan menjadi seorang yang lebih dicintai dan di kasihi oleh ALLAH SWT.. insyaALLAH... kalo ada kekasih, mesti kena fikir nak jumpa kekasih @ pakwe bila cuti.mesti nak keluar dating.pastu kalau ade kekasih,kita akan rasa malu untuk mengikut atau turut serta dalam majlis-majlis agama dan majlis-majlis ilmu... Syukur kepada ALLAH kerana memberi peluang untuk saya mengikuti majlis-majlis Ilmu ini..

bila tiada kekasih, kita juga bebas untuk melakukan apa sahaja benda yang kita suka. tidak akan ade orang nak marah dan sakit hati dengan apa yang kita buat. contohnya kita bebas nak post apa saja yang kita rasa kat facebook tanpa fikir perasaan kekasih. kalo kita kapel, kalo nak post sesuatu mesti kene fikir 2,3x sebab takut nanti dia terasa pulak dengan apa yang kita post. kalo kite kapel, bile kita nak post pasal agama mesti kita rasa segan sebab takut orang cakap, "post pasal agama, tapi kapel jugak"... bila tak kapel kita bebas nak post ape pun yang kita suka. so, tak perlu sedih bila tak ada kekasih.

bila kita ada kekasih, setiap malam mesti kita nak call dia, kita nak mesej dia. sampai kan kol 2,3 pagi kita dok mesej ngn dia. kalo call lak sampaikan berejam- jam kita bergayut dengan dia. itu dah membuang masa dan membuang kredit.. kalo setakat membuang masa dan membazir kredit je xpe lagi, tapi yang pasti kita akan menambahkan jugak saham dosa kita. kerana bila bercakap or bermesej- mesej dengan pakwe, kita pasti akan melembutkan suara kita dan pasti akan terkeluar ayat-ayat manis punya. bukankan itu akan menyumbang kepada saham dosa kita. Subhanallah...tidak terhitung banyaknya dosa yang telah dilakukan. kita patut bersyukur kerana kita adalah antara insan yang terpilih kerana telah atau memang tidak mempunyai kekasih kerana kita dapat mengelak dari membazir. kalo cakap boleh elak dari buang masa mungkin kita akan membuang masa dengan perkara-perkara lain yang lagha tetapi sekurang-kurangnya kita dapat mengelak dari menghimpunkan dosa itu..tidak perlu risau jika diri belum mempuyai kekasih hati.

Betul la apa yang Ustazah Fatimah Syarha cakap pada Konvensyen SuperParent yang saya ikuti pada    26/5 /12 yang lalu. bagaimanakah permulaan dan asas pembinaan rumah tangga, adakah ianya teguh atau rapuh. ALLAH SWT berfirman dalam surah At-Taubah ayat ke 109 "Adakah orang yang bina binaannya itu di dasar yang teguh kepada ALLAH, nak dapat keredhaan ALLAH itu lebih baik ataupun orang yang membina binaanya di tepi curang yang hendak runtuh". kita boleh berfikir tentunya orang yang membina binaan yang lebih teguh adalah lebih baik. sama seperti rumah tangga, rumah tangga ibarat samudera yang luas. kita kena siapkan diri kita dengan satu kapal yang canggih untuk melawan ribut taufan di samudera itu.

caranya ialah dengan cegah berpacaran sebelum nikah. kita rujuk dengan siapa tentang cinta itu. adakah dengan Lee Min Hoo atau cerita-cerita hindustan. sebenarnya kita kene rujuk dengan ahli ulamak dan apa kata ulamak tentang cinta. menurut  kata Professor Sheikh Yusuf Al-Qaradawi " saya nak tegaskan sekali lagi ape yang selalu saya ulang-ulang, saya tak puji apa orang moden sekarang selalu sebut-sebut tentang pentingnya bercinta sebelum nikah kerana perkara itu penuh dengan bahaya dan meliputi samar-samar. ada rasa cinta tiada masalah tetapi bila bercinta itu adalah mendekatkan diri dengan zina. bagaimana kita nak tegakkan sebuah rumah tangga yang barakah kalau asasnya penuh dengan maksiat, tak takut kepada ALLAH. Bagaimana nanti kalau ade conflict dalam rumah tangga kita nak balik kepada ALLAH kalau asasnya memang kita tak takut kepada ALLAH. SUBHANALLAH..

orang yang memilih untuk mujahadah iaitu menahan dulu rasa cinta  sebelum bernikah, mesti akan merasakan keberkatan itu bila bernikah..ALLAH akan mencampakkan rasa cinta itu kepada kita. Subhanallah,indahnya cinta ALLAH..

semoga sama-sama kita dapat menahan rasa cinta itu untuk diberikan kepada orang yang berhak iaitu kepada suami kita nanti... semoga ALLAH memelihara rasa cinta dalam hati ini untuk yang berhak mendapatkannya..

insyaALLAH...

jangan bersedih dan berduka jika kita belum memiliki kekasih kerana ALLAH sedang memelihara kita dari mengumpulkan saham dosa. ALHAMDULILLAH, syukur dan terima kasih ALLAH.. semoga ALLAH temukan insan yang selalu mengingatiku untuk mencintai-MU ya ALLAH. ~~AMIN~~~





Selasa, 10 Julai 2012

Alahai Awak.... hehehe...


30/6/ 2012
12.30 pm...
"alahai, susahnye nak hafal n memahami nota-nota MRI ni"..saya merungut seorang diri...
sekarang saya, Sue and Teha tengah study kat dalam library... Alamak, camne Mr. A ni ade lak ngn classmate saya ni. Dah lama kot tak jumpa ngn Mr A ni...yela, orang tu kan blaja kat oversea...huhu...
saya pun tegur la dia..

"hai, bile balik?"saya bertanya kepada Mr A.

"dah lama dah". Mr A menjawab.

"bila nak balik sana?"

"dalam bulan 9 nanti" Mr A jawab dengan malas..

oooo...
kenapa la dia ni cam tak suke je ape yang saya tanya....saya heran la, dulu kitorang memang baik sangat...kenapa tetibe je jadi camni...


saya nak tau jugak kenapa dia jadi camni...

"saya nak tanya awak la, kenapa awak ni cam tak suka je bila saya tanya apa-apa kat awak? saya ade wat salah ngan awak ke?" saya bertanya kepada Mr A...


dia terdiam seketika...lepastu dia pun jawab.

" ade orang bagitau kat saya yang awak dah ade pakwe pastu awak pernah bawak pakwe awak balik umah jumpa ngn mak awak".

hahahaaha... saya hanya mampu gelak je...lawak betul la Mr A ni...

" dulu memang la saya ade pakwe, tapi itu dulu..sekarang memang saya tak de pakwe dah...awak cakap saya bawak balik pakwe, mak saya tak tau pun yang saya kapel..camne la saya nak bawak balik pakwe saya kat umah" ujur ku..

"ha'ah la, mak dia pun tak tau yang dia kapel, mane bole dia bawak pakwe dia balik umah lak" Teha menyambung...

"oh, yeke?" Mr A cam terkejut bile saya dan Teha cakap camtu...

"awak, jom kite kapel" saya berkata kepada Mr A. saje nak menguji Mr A. hehehe...

" mane boleh, awak kan study lagi...saya pun study jugak lagi..saya tak nak kapel, saya nak kawen" Mr A menjawab...

"ok2, awak habis study bile?" saya bertanya lagi..

"saya habis study tahun depan" kata Mr A.
"bagus la tu, saya pun habis tahun depan jugak, lepastu jom la kite kawen.. lagipun rumah kita dah dekat dah" dengan tidak malunya saya mengajak Mr A kawen..

saya dapat tengok yang muka Mr A dah bertukar merah dah. malu la tu..hahaha...apa lagi, saya, Sue and Teha memang dah tak bole tahan dah.. memang kitorang gelak habis dah sebab tengok muke Mr A yang comel tu dah blushing dah...hehehe...

punya la gelak, sampaikan...

"aik, kenapa tetiba je bukak mata senyum2 ni?" tanya Sue kepada saya.
alamak, mimpi rupenya...hahaha...
tetibe je bole termasuk lak Mr A ni dalam mimpi...
lawak la....
inilah penangan nak ambik paper MRI...
study punya study sampai la terbawak2 dalam mimpi...

tapi ape yang saya suke dalam mimpi ni bile Mr A cakap xnak kapel, tapi nak kawen terus...
weeee...
memalukan betul la dalam mimpi ni sebab bole pulak saya yang mintak kapel ngn Mr A.
macam la terdesak sangat..hahaha...
ini hayalah mimpi dan ia hanyalah mainan tido...
* semoga ALLAH berkati ilmu yang saya pelajari ini...
* saya pun tak nak kapel, saya nak kawen terus.. insyaALLAH :)






Konvensyen Super Parents...

Isnin, 2 Julai 2012

Nikmat dan Hikmah Bulan Syaaban


Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban ini.

PENGERTIAN SYAABAN
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)

MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yang begini sehinggalah terbit Fajar “.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

FADHILAT BULAN SYAABAN
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
  • Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
  • Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

 Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w.: Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).

 Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.
PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN
Mengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.