Ahad, 18 Disember 2011

SuAtU KeTiKa....


Hari ini 18/12/2011 jatuh pada hari ahad dan tarikh ini adalah sama dengan tarikh dan hari pada 6 tahun lepas.Sekejap je masa berlalu. Hari ni genaplah 6 tahun aku menjadi pelajar UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA...ya ALLAH,dah 6 tahun rupanya aku kat universiti. Semangat UiTM Di Hatiku terus membara...cewwah... InsyaALLAH lagi setahun setengah aku akan menghabiskan pelajaranku dan akan menukar statusku. Opss,jangan pikir yang bukan-bukan pulak,bukan menukar status dengan menamatkan zaman bujang aku, tapi akan menukar status diri aku dari seorang pelajar kepada seorang pekerja...insyaALLAH.
Tetiba je aku teringat balik hari pertama aku manjejakkan kaki ke UiTM...fikiran aku melayang ke 6 tahun lepas.......

 18.12.2005 AHAD
Alhamdulillah,selamat sampai juga akhirnya aku ke UiTM Kuala Pilah Negeri Sembilan. Kakak aku yang sulung dah pening-pening lalat dah disebabkan tadi kami melalui Bukit Putus yang bersimpang siur itu. Tapi satu perkara yang bermain di benak aku pada ketika itu,betul ke ini UiTM? Betul ke ni Universiti kerana apa yang aku lihat sekarang tidak sama dengan apa yang ada dalam pemikiran aku sebelum ini. Sebelum ini aku membayangkan yang UiTM Kuala Pilah ini sebuah universiti yang besar, yang ada banyak bangunan- bangunan yang menempatkan bilik kuliah,bangunan pentadbiran dan banyak lagi kemudahan-kemudahan lain seperti yang aku selalu tengok dalam cerita-cerita melayu kat TV. Sekarang aku tengok UiTM ni cam sekolah je. Tapi aku tetap nak jugak sedapkan hati aku,mungkin daftar je kot dulu kat sini. Nanti semua pelajar akan dibawa ke tempat lain yang memang betul-betul Uitm Kuala Pilah.

Aku pun turun dari kereta dan dari jauh aku nampak ramai pelajar-pelajar yang membawa file,mungkin diorang pun sama macam aku jugak. Pelajar baru yang mendaftar hari ni. Aku dengan mak aku serta kakak aku pun berjalan menuju ke tempat pelajar-pelajar yang ramai itu. Dari jauh aku nampak ada seorang lelaki, dia memakai baju purple muda dan tie yang sedondon dengan bajunya dan dua orang perempuan. Hati aku pun berbisik ” wah,hansome gak mamat ni,kalo jadi pakwe pun ok gak”. Ops, tergatal la pulak aku ni. Betulkan balik niat anda ke sini ye cik adek. Anda ke sini nak belajar kan. “Tapi ni senior or lecturer ni?” Kepala otak aku masih memikirkan nya lagi.

“Selamat datang ke Uitm Kuala Pilah,sila ke atas sana untuk mendaftar ye” kata mamat yang pakai baju purple td sambil menghulurkan tag nama kepada aku.

“Terima kasih”. Aku jawab sambil mengambil tag nama itu dengan senyuman.







Aku dengan mak aku serta kakak aku yang sulung pun terus la pergi ke khemah pendaftaran pelajar baru. Aku diberi penerangan mengenai kawasan UiTM ni. Baru la aku tahu yang ini memang betul-betul UiTM Kuala Pilah. Semuanya tak sama dengan apa yang aku fikirkan tadi. Semua itu angan-angan belaka,UiTM Kuala Pilah hanyalah mempunyai dua bangunan kayu dua tingkat yang menempatkan bilik kuliah dan pejabat pentadbiran,perpustakaan, dan makmal komputer. Hostel pula adalah rumah banglo lama yang diubah suai untuk dijadikan hostel pelajar dan rumah pensyarah. Hostel-hostel itu di beri nama NST. Di sini ada NST 1 sampai la NST 18(kalo tak silap aku la)... hehe...

Setelah mendaftar nama dan mengetahui di mana hostel dan bilik aku,aku dengan mak serta kak long aku pun nak la pergi ke bilik aku tu. Nak ke hostel tu,aku terpaksa melalui jalan yang sama aku lalui tadi,jalan di mana aku terpaksa berjumpa balik dengan 3 orang pelajar senior tadi kerana itu lah satu-satunya jalan yang menghubungkan kawasan hostel dan bangunan tempat belajar.

“NST mane dik”. Tanya abang senior yang pakai baju purple tadi.
“NST 2”. Aku menjawab dengan senyuman.

“Ooo...adik jalan terus,lepastu belok ke kiri dan adik akan nampak banglo kat sebelah kanan adik. Itu lah NST 2” Dengan sungguh-sungguh abang senior tu menerangkan di mana hostel aku.

“Ooo, saya dah boleh bawa barang masuk ke dalam hostel ke?” Aku bertanya kepada abang senior tu.

“Boleh dah, adik boleh bawak masuk barang-barang adik ke dalam bilik adik dah, tapi kejap lagi mak cik ada taklimat ibubapa kat khemah pendaftaran tadi”. Jawab kakak senior yang pakai baju warna hijau tu.

“Ooo...mak cik nak gi tengok dulu bilik anak makcik,nanti makcik datang balik ke sini. Terima kasih”. Jawab mak aku.
 Aku tersenyum dan terus berlalu mencari di mana hostel aku itu.

Alhamdulillah,aku selamat sampai di hostel yang tak ada lah jauh sangat pun. Hostel aku adalah hostel yang paling depan. Aku pun masuk la ke bilik aku. Di bilik aku ada 2 katil double decker. Katil aku kat bawah. Aku nampak sorang budak sedang memasang cadar di katil yang sama dengan katil aku cuma dia di bahagian atas. Aku senyum kat budak tu. Dia pun senyum kat aku balik.

“Sapa nama awak?” Dia tanya kepada aku.

Aku pun cakap la sapa nama aku,pastu aku pun tanya la dia balik,
“Awak lak sapa nama?”

“Nama saya Fadzilah. Panggil je Eila”. Dia menjawab sambil menghulurkan tangan sebagai tanda pengenalan.

“Anak ni asal mana?” Mak aku tanya kat Eila tu.

“Saya dari Port Dickson”. Eila menjawab.

“Ooo...dekat la dengan sini.kami dari kelantan, nanti kaw
an-kawan la ye dengan adik akak ni.” Kakak aku menambah.

Kami saling berpandangan dan masing-masing senyum. Malu la katakan sebab baru kenal.

Lepastu masuk la pulak seorang budak perempuan ke bilik aku dan meletakkan barang-barangnya di atas katil di hadapan aku. Dia juga duduk di katil yang bawah sama seperti aku.Aku tersenyum kepada dia dan aku menghulurkan salam pengenalan kepada dia. Nama dia Madihah. dia lak asal dari Kedah tapi umah dia, alah depan Uitm ni je pun. Bila aku dengar yang dia cakap yang rumah dia depan Uitm, aku cam tak percaya. Ye la, aku ni jauh datang dari Kelantan tapi rumah dia dekat je...huhu...rezeki dia sebab dapat belajar dekat je dengan rumah.

Lepastu sampai pulak sorang lagi kawan sebilik aku. Bila aku tanya nama dia,dia cakap nama dia Ruzifaizura. Asal Johor. Tapi dia kakak dari aku,dia lebih tua 2 tahun dari aku,Eila dan Madi. Aku panggil dia kak Ruzi.

Setelah siap berkemas apa yang patut dengan bantuan mak dan kak long aku,aku pun nak gi hantar mak ke khemah pendaftaran tadi balik sebab mak ada taklimat ibu bapa. Bila nak ke khemah pendaftaran yang berada di hadapan bangunan pentadbiran dan bilik kuliah itu,aku terpaksa melalui balik jalan yang aku lalu untuk ke hostel tadi. Jumpa la balik dengan tiga orang senior ni. Sama macam tadi, abang senior ni tanya lagi aku nak ke mana. Aku cakap la aku nak hantar mak ke khemah pendaftaran untuk taklimat. Aku rajinkan diri nak hantar mak ke khemah pendaftaran sebab takut mak sesat.hehehe...sebenarnya aku dah sedih dah mase ni sebab jap lagi aku akan berpisah dengan mak...saje ke nak cover...heee

Setelah menghantar mak ke khemah pendaftaran tu,aku pun patah balik untuk ke hostel aku. Aku berjalan la seorang diri. Bila melalui balik kawasan yang ade 3 orang senior ni, biase la...

“NST berapa dik?” Abang senior ni tanya aku lagi aku duk NST or hostel mana. Pelik gak aku dengan abang senior ni. Setiap kali aku lalu je depan dia,dia mesti tanya. Tak pe la,mungkin dia takut aku sesat kot kat dalam Uitm Kuala Pilah yang comel ni.hehe..student baru la katakan....kuang-kuang....

“NST 2” aku jawab jugak la sambil senyum,nanti karang kalo tak jawab nampak lak yang aku ni sombong dengan senior.

“Ooo..ok,adik gi jalan depan,pastu belok kiri, lepastu adik akan nampak NST 2 kat sebelah kanan adik ye”. Abang senior tu dengan sungguh-sungguh menerangkan arah untuk aku ke hostel aku. Aku pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih pada abang senior ni. Dalam perjalanan ke hostel aku tersenyum je sebab kelakar la dengan abang senior tu..berapa kali la dia nak tanya aku...hehe..

Baru aku ingat,tadi masa daftar,aku dapat baju batik uitm. Pastu aku kene la plak pakai kain hitam untuk dipadankan dengan baju batik uitm tu. Selepas mak aku  dah habis dengar taklimat ibu bapa tu, mak aku gi balik. Aku ajak mak, k.long, dan 2 orang abang ipar aku pergi cari kain tu. Pusing punya pusing pekan Pilah tu,last-last ada la jugak kain hitam yang aku nak tu kat Pasaraya Upwell.

Lepas beli kain tu,family aku pun hantar la aku balik ke hostel. Bak kata abang ipar aku,ini la masa yang di tunggu-tunggu oleh diorang. Masa aku nak buat cerita bersamamu dengan mak aku. Memang betul-betul drama air mata la. Aku memang dah tak boleh nak tahan dah mata aku. Laju je air mata merembes keluar dan meluncur deras di pipi aku bila mak aku dah nak balik dan nak tinggalkan aku sorang-sorang kat sini. Mak aku pesan belajar elok-elok. Aku peluk je mak aku masa tu. Rasa macam tak nak lepaskan mak aku balik. Rasa macam nak mak aku duduk je sini dengan aku. Tapi aku kena ingat,ini lah masa untuk aku berjuang. Aku lepaskan juga mak aku dan mak aku pun balik juga. Masuk je bilik, aku memang tak boleh nak tahan diri aku lagi, aku sambung nangis lagi...huhu...

Petang tu kami tak ada pape aktiviti tapi malam nanti bermulalah sesi orientasi aku sebagai seorang pelajar universiti. Terasa takut la pulak nak menghadapi orientasi ni sebab biasanya aku selalu tengok kat dalam drama kt TV,kalo orientasi ni senior akan buli junior. Junior akan disuruh melakukan  perkara-perkara yang pelik.(pengaruh drama betul la aku ni)tapi aku tetap kuga berdoa “Ya ALLAH, semoga orientasi aku ini di permudahkan.”

Selepas solat maghrib, kami telah dibawa menaiki bas ke Pusat Rakan Muda Kuala Pilah. Kami menjalani orientasi di sana. Sampai di sana, sesi bermula dengan penerangan dari para fasilitator. Rupa-rupanya abang senior yang tegur aku tu ketua biro kebajikan untuk pelajar lelaki. Yeay, aku dah tau dh nama abang tu. Hehe...(alamak,gatai lagi,hehe)... Malam ini kami diajar menyanyikan lagu UiTM Di Hatiku dan Wawasan Setia Pelajar. Masak jugak la nak hafal lagu ni. Yela,sebelum ni mana la aku pernah dengar lagu ni. Bersungguh-sungguh la abang- abang dan kakak-kakak fasi memberikan tunjuk ajar kepada kami camne nak nyanyikan lagu ni. Sesi malam ini berakhir pada pukul 11 malam. Tapi sebelum majlis melabuhkan tirai untuk malam ni, kakak fasi dah bagitau dah, esok akan ada sorang antara kami yang pelajar-pelajar baru ni kena jadi MC....Alamak, kita tengok sapa yang kene....

Kitorang semua balik ke hostel dan bersiap untuk tidur sebab esok pagi-pagi lagi kitorang dah kene solat subuh berjemaah. Aku tidur dengan lenanya sabab dah terlampau penat dah hari ni....
19/12/2005.....
To be continue....

Jumaat, 16 Disember 2011

KiSaH TeLaDaN BeRSaMa

Ada satu cerita yang saya rasakan ianya sangat menarik untuk dikongsikan bersama sebagai pedoman dan teladan kita bersama.
Ada seorang lelaki,umurnya awal 30 tahun. Pada usia mudanya dia banyak melakukan perkara yang dilarang ALLAH.. Dia tidak solat,dia juga tidak menyempurnakan puasanya... Sampai satu masa dia rasakan yang dia harus berubah. Dia harus bertaubat dan dia juga harus berhijrah. Dia juga ingin mendirikan rumahtangga bagi menyempurnakan hidupnya. Dia mula solat dan melakukan segala suruhan ALLAH...  Tetapi  kebanyakan orang merasakan yang dia tidak betul-betul berubah dan ramai orang membenci dirinya. Dia dipinggirkan...
Pada suatu hari,seluruh ahli keluarganya dikejutkan dengan satu berita. Polis telah datang ke rumah dan memberitahu keluarganya yang dia telah terbabit dalam satu kemalangan dan dia telah meninggal di tempat kejadian sehari sebelum majlis pertunangannya. Suasana hiba menyelubungi keluarganya kerana tidak menyangka yang dia terlebih dahulu dijemput oleh ALLAH. Disaat dia dipinggirkan dan juga di saat dia ingin memulakan kehidupan barunya selepas penghijrahannya...

Pengajarannya ialah
 ALLAH telah mengujinya dengan ujian yang besar iaitu dia dipinggirkan dan semua orang tidak menyukainya. Di kala itu, ALLAH datang menjemputnya kerana ALLAH sayang padanya disaat semua orang meminggirkannya. Ini membuktikan kepada kita yang ALLAH sentiasa ada bersama-sama dengan kita dan ALLAH merancang yang terbaik untuk kita. ALLAH lebih memerlukan dia disaat manusia tidak memerlukannya.

ALLAH juga mengujinya dengan ujian dia dibenci dan dipinggirkan kerana ALLAH ingin menguji kesabarannya. ALLAH juga ingin meringankan beban dosa-dosanya yang lalu. Ini kerana jika dia bersabar dengan segala cemuhan itu maka ganjaran pahala yang besar menantinya nanti.
Allah berfirman : “ Berikan berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang, yang ketika musibah, mereka berkata “Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan Kepada-Nya kita dikembalikan. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk”. ( Al-Baqarah : 155-157 ). 


ALLAH juga membukakan pintu hatinya untuk bertaubat sebelum dia pergi mengadap YANG MAHA ESA. Jika dia bertaubat nasuha,maka gugurlah semua dosa-dosanya yag lalu dan insyaALLAH,SYURGA lah ganjarannya.

SUBHANALLAH....
Kita sebagai seorang manusia akan diuji dengan pelbagai-bagai ujian. Jika kita bersabar dengan ujian itu,pasti ganjaran pahala lah yang kita akan terima nanti. Sabar itu mudah untuk diucap,tapi ianya sangat susah untuk dilakukan. Beruntunglah bagi sesiapa yang bersabar di atas segala ujian ALLAH itu....
Sebagai manusia juga kita tidak boleh menghukum manusia lain. Siapalah kita untuk menghukum manusia lain sedangkan kita juga merupakan hamba yang diciptakan oleh ALLAH. Maka kita semua adalah sama sahaja di sisi ALLAH SWT. Apabila ada seseorang itu ingin melakukan kebaikan dan ingin kembali ke jalan ALLAH maka kita seharusnya menyokong dan memberi dorongan untuk orang itu terus melakukan kebaikan.

ALLAH ingin kita mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi di sekeliling kita dan semoga ianya menjadi peringatan kepada kita setiap kali kita ingin melakukan segala larangan ALLAH. Oleh itu ALLAH turunkan ujian untuk dia supaya kita merenung dan mentafsir...
AL-FATIHAH untuk dia. Semoga ALLAH tempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...semoga ganjaran syurgalah tempatnya..

Isnin, 12 Disember 2011


Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat

Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
    027alquran3.gif
    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
munajat1.jpg
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
penghulu.jpg
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

  • Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.
———————————————————–
*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;
Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:
  1. Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.
  2. Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.
  3. Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).
  4. Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.
  5. Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.
Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.
Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.
Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.

copy by blog Oh! Islam

Selasa, 6 Disember 2011

KeInDaHaN aLaM CiPtAaN ALLAH SWT...

ALHAMDULILLAH, pada 3.12 yang lepas saya berpeluang mengikuti xpdc ke gunung Ledang,Tangkak,Johar....perjalanan dari fakulti saya ke sana mengambil masa selama 5 jam termasuk masa berehat di RnR n masa bershopping kain di Tangkak :)...perjalanan yang sangat menyeronokkan sepanjang lebuhraya itu...tapi apabila memasuki kawasan tapak perkemahan iaitu di kawasan hutan simpan Taman Hutan Lagenda,gunung ledang,inilah pengalaman yang mencabar juga bagi pak cik driver bus n kami sebagai penumpang bus itu...jalan yang becak dan tanah ber"colour" merah serta berbukit....syukur ALHAMDULILLAH, kami selamat juga sampai ke Taman Hutan Lagenda...

inilah mercu tanda Taman Hutan Lagenda....

Setelah sampai,kami diberi penerangan oleh pegawai di taman hutan lagenda,hutan simpan ini....kami dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai kawasan hutan simpan ini.....setelah selesai taklimat dan penarangan dari pegawai itu,kami berehat dan makan tengahari serta solat...

   selepas solat kami ke tapak khemah untuk mendirikan khemah sebagai tempat perlindungan kami pada malam ini....saya sangat teruja kerana inilah kali pertama saya akan "menginap" di dalam khemah dan ini merupakan pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup saya :) ....
inilah tapak khemah kami :)


inilah "hotel" kami yang telah siap....

setelah selesai membina "hotel",kami bergotong royang memasak dan BBQ...(sebenarnye kaum lelaki n lecturer kitorang serta kawan2 kitorang yang masak)...
pada waktu maghrib kami solat maghrib n isyak berjemaah dan bacaan Yasiin. terasa sangat damai bila solat berjemaah dan bacaan Yasiin di dalam kawasan hutan simpan ini...bunyi unggas serta deruan air sungai yang berbatu2 itu sangat mendamaikan dan terasa begitu tenang sehingga terlupa seketika kesibukan pelajaran...

setelah selesai menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hambanNYA, kami menjamu selera...setelah menjamu selera,kami jalankan aktiviti bersuka ria...aktivitinya ialah 'teka gaya saya'....memang seronok sangat melihat gelagat kawan2 saya ni...masing2 menunjukkan aksi yang membolehkan semua orang teka n faham gaya yang lakukan.....aktiviti kedua ialah "harga saya"...ini pun menguji tahap kesetiaan seseorang....masing2 terhibur dan enjoy dengan aktiviti ini...
setelah penat bersuka ria,aktiviti kami yang terakhir ialah "beradu" dalam "hotel comel" kami....walaupun kurang selesa tapi dek kerana kepenatan badan,masing-masing tido dengan lenanye...

Hari Ke2...
to be continue....
ok...hari ni sambung cerita hari ke2...hari kedua saya tersedar pada pukul 5 pg kerana AJK kerohanian(memandai je tambah AJK kn) kejutkan solat subuh...saya ingatkan dah pukul 6 pagi...bile dah tersedar tu memang dah tak bole nak lelapkan mata balik dah sebab dengan udara dan persekitaran yang sejuk di dalam khemah ditanpah pula dengan "lagu-lagu " merdu di kiri dan kanan,sah....mata ni memang dah tak terpejam balik dah sampai la ke pukul 6 pagi...pukul 6 pagi,kami siapkan diri dan solat subuh berjemaah...

selepas solat berjemaah,kami bersarapan dengan teh "O" suam n roti....best gak sambil menikmati keindahan alam bertemankan bunyi2 yang menjadi latar kehidupan di dalam hutan simpan ini....


pada pukul 8 pagi,kami berkumpul