Ahad, 27 November 2011

KeMaNiSaN HiDuP

Assalamualaikum...dah lama rasenye saya tidak menulis di sini..kekangan masa tidak mengizinkan diri ini untuk mencoretkan sesuatu di sini...syukur ALHAMDULILLAH setelah mengharungi kesibukan dan sekarang masih lagi dalam tempoh kesibukan tetapi saje je diri ini meluangkan masa untuk meredakan sedikit tekanan yang berkampung di jiwa ini....

      ALHAMDULILLAH,selamat sudah 2 program yang perlu saya uruskan secara langsung dan tidak langsung....inilah pengalaman yang sangat bermakna bagi saya kerana saya dapat menimba ilmu pengetahuan secara langsung dan tidak langsung melalui program2 yang telah diadakan.
Pada 15.11.2011 yang lepas kami telah melawat ke Agensi Nuklear Negara dan di sini saya rasa sangat teruja kerana ia adalah perkara yang baru bagi saya....ianya juga meliputi dan termasuk dalam bidang pembelajaran saya...sangat merujakan...:) Pada 26.11.2011 yang lepas pula telah berlangsung 1st Medical Imaging Student's Symposium yang melibatkan students2 medical imaging dari beberapa university,kolej university n kolej dari seluruh malaysia...ia adalah pengalaman yang sangat2 bermakna dalam hidup ini dalam mengendalikan sesebuah program walaupun diri ini hanyalah membantu ape yang perlu sahaja...^___*...

        Banyak perkara yang menarik yang berlaku dalam hidup kita..tidak kurang juga musibah yang menimpa diri ini....tapi banyak yang saya pelajari dengan ape yang telah terjadi....ALLAH turunkan dan bagi musibah kepada kita mungkin juga sebab kesalahan kita dengan ALLAH dan ALLAH nak kita ingat dan sedar bahawasanya ALLAH lah yang berkuasa di atas segala sesuatu....kita hanya mampu merancang tapi perancangan dari ALLAH lebih besar dari perancangan yang kite buat....redha dan bersabarlah diatas segala ape yang ALLAH telah tetapkan kepada kita dan berdoalah kepada ALLAH semoga kita sentiasa dalam limpah kasih sayang dari ALLAH SWT...
  
        Ada satu cerita yang saya rase ianya sangat menyentuh hati dan jiwa saya....pada 9.11.2011,saya seperti selalunye,jika saya ada kelapangan masa,saya akan mendengar rancangan Islam Itu Indah di radio IKIM.FM...seperti biase,tetamu undangan adalah Prof Dr Muhaya...Prof Dr Muhaya adalah sumber inspirasi saya kerana setiap perkataan yang keluar dari mulut Prof kebanyakannye adalah positive...pada hari itu Prof membincangkan topik berkenaan dengan memberi khidmat...antara kata-kata Prof yang sempat saya catatkan ialah : tanya kepada diri kita,kita lakukan sesuatu itu kenapa??
kita lakukan sesuatu itu adalah kerana untuk mendapatkan redha ALLAH @ takut orang kata??
cubalah kita bebaskan diri kita dari penghargaan manusia tapi pengharapan dan penghargaan dari ALLAH itu lebih penting dan lebih bermakna....
dalam membuat keputusan pula,buatlah keputusan dari diri kita sendiri dahulu iaitu dengan memilih jalan hidup yang diredhai ALLAH untuk mendapatkan hidayah dari ALLAH kerana apabila kita mendapat hidayah ALLAH,kita akan buat apa yang ALLAH suruh dan kita akan meninggalkan apa yang ALLAH tegah...kasih sayang ALLAH juga akan makin hampir dengan kita...
saya muhasabah balik diri saya...saya terfikir balik sebenarnya saya tergolong dalam golongan yang mana...    
       Ada seorang pemanggil yang membuat panggilan dan ingin bertanyakan pendapat dari Prof Muhaya...pemanggil ini adalah seorang wanita yang berusia dalam lingkungan awal 30an..beliau merupakan seorang penjawat awam...beliau telah disahkan mengidap BRAIN TUMOR dan tidak dapat berkerja sekarang dan beliau terpaksa pencen awal berikutan penyakit beliau itu...apa yang membuatkan saya kagum dengan wanita ini adalah kerana beliau mengatakan yang beliau tidak mahu berkahwin kerana beliau telah menemui cinta sejati iaitu CINTA kepada ALLAH SWT...SUBHANALLAH...sangatlah beruntung bagi beliau kerana telah menemui kemanisan cinta kepada ALLAH SWT...Prof Muhaya juga mencadangkan kepada wanita ini supaya memperbanyakkan dan gunakan masa yang ade dengan mengajar ilmu yang bermanfaat kepada orang lain kerana seperti yang kita tau hanya tiga perkaya yang akan kita bawa untuk ke ALAM SANA iaitu anak yang soleh,amal jariah dan Ilmu yang bermanfaat seperti sabda Nabi SAW Yang bermaksud: “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)
 "Tiap-tiap yang hidup akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan." (Surah al-Anbia, ayat 35). Mati adalah pasti dan dengan mengingati diri kita akan lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian...dalam kehidupan seharian,cubalah kita untuk memberi sedekah kepada yang memerlukan kerana ia adalah jambatan pahala yang akan menghubungkan pahala kita dengan kita apabila kita sudah meninggal nanti....tingkatkan amal jariah kerana ia juga adalah tali penghubung yang akan menolong kita nanti dan jadilah kita sebagai anak yang soleh dan solehah yang akan menjadi pencen kubur dan ladang pahala kepada kedua ibu bapa kita apabila mereka sudah tidak ada lagi d dunia ini....insyaALLAH...
         bersyukurlah kerana kita masih lagi di berikan peluang oleh ALLAH SWT untuk mengecapi kemanisan kehidupan yang kadang kala penuh dengan onak dan duri....tapi percayalah, ALLAH telah susun kehidupan kita dengan elok dan cantik....berdoalah semoga kita sentiasa dalam limpah kasih sayang dariNYA...~~~~AMIN~~~
*peringatan untuk diri sendiri dan sekadar berkongsi pengetahuan bersama....saya masih lagi belajar dan terus belajar dalam mencari CINTA YANG AGUNG......
           


 
       

Ahad, 30 Oktober 2011

semoga tenang di Sana~~~AL-FATIHAH~~~

Biasenye setiap tahun saya mesti tak akan lupakan tarikh ini...30.10....ia sangat istimewa bagi saya....pukul 12 je mmg saya akan call or wish by msg....saya mesti nak jadi orang yg first wish birthday dia..biasenye saya akan ucapkan "happy birthday,semoga panjang umur,murah rezeki dan semoga kasih sayang kita kekal selamanya sebab mase tu dia adalah seorang yg sangat istimewa bagi saya....tapi pada tahun ini,saya dah tak bole nak wish dah...saya hanya mampu tulis kat sini je...sesungguhnya ALLAH lebih menyanyagi dia....dia telah dijemput oleh ALLAH terlebih dahulu...saya hanya mampu mendoakan semoga abg tenang di sana....semoga ALLAH tempatkan abg di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...AL-FATIHAH~~~AMIN~~~

Sabtu, 8 Oktober 2011

mEnCaRi CiNtA HaKiKi.....

Alhamdulillah...dh lame dh x update blog ni...xsempat nk mengupdate...
Syukur Alhamdulillah,hari ini saya berkesempatan mengikut mak saya ke satu majlis ilmu... banyak ilmu yang saya dapat hari ini dan membuatkan saya terfikir tentang diri saya....muhasabah balik diri ini....
ustazah cakap,perkara pertama yang perlu kita tanamkan dalam diri kita adalah kesucian dan kebersihan hati..ini kerana hati kita amat penting dan sangat susah untuk dijaga...bila hati kita bersih,insyaALLAH, akan aman dan bahagialah hidup kita...contohnye,jika orang berbuat kejahatan keatas kita,janganlah kita membalas  dengan kejahatan juga sebaliknya balaslah dengan kebaikan....ambillah teladan daripada Rasulullah SAW antaranya ialah Rasulullah SAW melayan tawanan perang dengan baik sehingga tawanan perang itu tertarik dengan akhlak Rasulullah SAW dan tawanan perang itu memeluk islam.Berlainan pula dengan orang kafir,orang kafir hanya memikirkan yg meraka hanya mahu menangkap dan membunuh Rasulullah sahaja...SUBHANALLAH...jika kita fikirkan kehidupan kita sekarang,jika ade orang yang melakukan kejahatan keatas kita,pasti kita akan niat dalam hati untuk membalas dendam....sebagai contoh,jika kita mengetahui ade orang yg mengumpat kepada kita pasti kita akan cakap"siap la,kalo aku dapat orang tu pasti aku akan tenyeh2 @ cabai mulut dia". Sebaliknya ucapkanlah ALHAMDULILLAH bila kita mengetahui ada org yg telah berbuat jahat kepada kita dan kita berdoa semoga orang itu diberikan hidayah dan keampunan daripada ALLAH SWT...Ya ALLAH...begitu indahnya ajaran islam.....

Apabila kita hendak meninggal dunia,akan datang lah Malaikat ingin mencabut nyawa kita....nyawa kita akan dicabut bermula dari mulut....mulut kita akan berkata-kata kepada malaikat,sepanjang hayat kita,kita mengunakan mulut untuk apa...jika kita mengunakan mulut  dan sentiasa basah untuk membaca Al-Quran,berzikir dan memberi nasihat kepada orang lain,maka malaikat akan naik ke langit dan bertanyakan kepada ALLAH SWT,cara mana lagi untuk Malaikat mengambil nyawa ataupun mencabut roh keluar dari badan manusia..maka ALLAH SWTberkata,kamu ambillah nyawanya dari mana2 anggota pun...maka malaikat ingin mencabut nyawa melalui tangan. Maka tangan ini berkata bahawasanya sepanjang hayatnya,tangan ini telah digunakan untuk menulis ayat2 ALLAH dan ilmu yg bermanfaat serta tangan ini juga digunakan untuk bersedekah....maka malaikat menggunakan cara ketiga iaitu melalui kaki...maka berkatalah kaki itu bahawa sepanjang hayatnya, kaki ini telah berjalan ke rumah2 ALLAH dan ke majlis2 ilmu...maka malaikat tidak sampai hati untuk mencabut nyawa melalui kakinya...maka malaikat menggunakan cara seterusnya iaitu melalui telinga....berkatalah telinga itu bahawa sepanjang hayatnya telinga itu digunakan untuk mendengar alunan2 bacaan ayat2 suci Al-Quran,mendengar perkara2 yg baik...maka malaikat pun naik ke langit dan malaikat memberitahu ALLAH SWT bahawa Malaikat tidak sangup untuk mengambil nyawa manusia ini kerana sepanjang hayatnya semua anggota badannya digunakan untuk melakukan segala suruhan ALLAH dan meninggalkan segala larangan ALLAH SWT....maka ALLAH SWT berkata kepada malaikat, tulislah namaku di sayapmu wahai Izrail,dan tunjukkan kepada manusia ini....apabila malaikat menunjukkan nama ALLAH swt kepada manusia itu, maka manusia itu berkata,ambillah nyawaku...sesungguhnya aku rindu untuk bertemu ALLAH SWT....maka tercabutlah roh dan badan manusia ini....kesakitan yg paling ringan apabila roh hendak keluar dari jasad kita adalah seperti dipotong dengan gergaji...MasyaALLAH....

Saya terfikir2 sepanjang hidup saya,saya gunakan mulut ini untuk apa???adakah untuk membaca AL-Quran,berzikir atau memberi nasihat yg berguna kepada org lain??? Ya ALLAH,sesungguhnya,banyak dosa yang telah saya lakukan dengan mulut ini...terlalu banyak saya bercakap2 kosong,bergosip,mengumpat,menyanyi..... Saya terfikir pula pada tangan, adakah tangan ini telah menghabiskan beberapa batang pen untuk menulis kalimah2 ALLAH,menulis ilmu yg bermanfaat dan bersedekah????ya ALLAH,sesungguhnya tangan ini banyak digunakan untuk menulis benda2 yg tidak berfaedah,tangan ini tidak digunakan untuk menulis ilmu yg bermanfaat dan tangan ini juga jarang bersedekah....
 Saya pun terfikir pula kepada kaki, adakah kaki ini digunakan untuk ke rumah2 ALLAH atau ke majlis2 ilmu?????ya ALLAH, kaki ini banyak berjalan2 di shopping2 complex,kaki ini telah pergi ke tempat2 yg tidak berfaedah....
Saya terfikir pula kepada telinga,adakah telinga ini digunakan untuk mendengar alunan ayat2 suci AL-Quran,nasihat yang berfaedah???ya ALLAH,telinga ini banyak mendengar lagu2 yang boleh melalaikan,telinga ini banyak digunakan untuk mendengar perkara2 yang tidak elok...
SUBHANALLAH....begitu banyak dosa yang telah saya lakukan....muhasabah balik diri ini...maafkan diri ini jika ada kekurangan....ini adalah perkongsian ilmu yang saya dapat....sama-sama lah kita mencari keredhaan ALLAH....

Rabu, 28 September 2011

~~~Selamat datang Zulkaedah,selamat tinggal Syawal.....~~~

ASSALAMUALAIKUM.....terasa sedih pula bila syawal telah meniggalkan kita....terasa sayu dan ia membuatkan hati ini terfikir adakah sempat bagi diri yang kerdil ini untuk mengecapi kemanisan Syawal yang akan datang...Ya ALLAH,panjangkanlah usia ku supaya aku dapat melipat gandakan lagi amal kebajikanku kepada MU ya ALLAH...
ALHAMDULILLAH kerana ALLAH masih memberi peluang untuk diri ini terus bernafas di bumi pinjaman ALLAH ini....syukur ke hadrat ALLAH kerana permulaan zulkaedah ini adalah permulaan sesuatu yang baru dalam hidup ini....semoga permulaan ini akan memberikan kesudahan yang baik juga...~~~AMIN~~~...
hari ini saya disahkan ade infection pada right ear....tp syukur ALHAMDULILLAH,rase berdengung sudah hilang sekarang berbanding 2 hari lepas...rase berdengung itu membuatkan saya tidak selesa...ia juga membuatkan saya terfikir yang betapa berharganye segala nikmat kurniaan ALLAH kepada kita....dengan sedikit sahaja rase sakit ALLAH berikan kepada kita, kita sudah merasa tidak selesa...apatah lagi jika sakit itu adalah sakit yang merbahaya????sesungguhnye orang yang bersabar dengan ujian ALLAH amatlah besar ganjaran pahalanya nanti....semoga kita menjadi seorang yang selalu bersyukur dengan nikmat kurniaan ALLAH dan semoga kita tidak lupa dan lalai akan nikmat yang ALLAH kurniakan...~~~AMIN~~~

      insan kerdil
~~~cahayakeharumanku~~~

Isnin, 26 September 2011

kehidupan~~~

ALHAMDULILLAH, hari ni dh masuk minggu ke tiga saya masuk blaja blik....
banyak jugak perkara2 yg menarik berlaku...tidak kurang juga dengan musibah yg melanda kehidupan saya..sehari sebelum saya kembali ke tempat blaja,saya dah nampak tanda2 perubahan yg terjadi kepada kakak saya,tp saya tidak mengesyaki apa2 kerana saya menganggap itu adalah tanda2 biasa...tetapi alangkah sedih rasa hati ini apabila kakak saya disahkan ada infection at facial nerve@ stroke muka pada hari pertama saya sampai ke tempat saya belajar...tp ALLAH permudahkan urusan saya kerana 5 hari selepas itu saya boleh pulang ke kampung untuk melihat perkembangan kakak saya kerana tiada kelas pada hari khamis dan jumaat....saya merahsiakan kepulangn saya dari pengetahuan ibu tercinta dan saya meminta tolong kakak saya yg sulung mengambil saya di stesen bus....sampai je di rumah,mak saya terkejut sebab tetibe je anak bongsunye ini bagi salam kerana baru 5 hari lepas mak saya hantar saya d stesen bus...mak tnye kenapa blik,saya cakap nk balik tengok angah saya macam mane....biase la mak saya, mak saya sebenarnye terharu sebab saya sanggup balik tengok angah,tp mak still lg control...
saya pun tak tahu kenapa,memang setiap kali family kami ditimpa musibah,saya tak bole nak duduk bersenang lenang dan hidup saya tak akan tenang selagi saya tak tengok sendiri dengan mata saya apa yang terjadi sebenarnye...mungkin rase kasih sayang antara kami sekeluarga sangat tebal...semoga ALLAH kekalkan rase itu~~~AMIN~~~....keadaan kakak saya bertambah baik, mulut kakak saya dah tak senget macam baru2 dia terkene stroke muka haritu...cuma mata kakak je x bole di tutup dengan rapat lagi...~~~semoga angah cepat sembuh~~~
teringat kenangan sewaktu saya berkerja pada cuti sem yang lepas...banyak yang saya belajar tentang kehidupan...saya berkawan dengan semua golongan masyarakat tidak kira muda atau tua...ada yang berpendapatan rendah dan tidak kurang juga ada yang naik kereta besar...saya cuba memerhati dan merenung tentang erti sebuah kehidupan...
seorang pak cik tua yang mempunyai anak seramai sepuluh orang tetapi hanya berkerja dengan bergajikan 20 ringgit sehari....ini membuatkan saya terfikir,adakah cukup perbelanjaan harian pak cik ini??tapi ternyata,gaji yang pak cik ini dapat memang mencukupi untuk beliau menyara kehidupan beliau sekeluarga...pakcik ini juga selalu berpesan kepada saya,janganlah kita sesekali melupakan ALLAH...walaupun kita miskin harta tapi jika kita menjaga hubungan kita dengan ALLAH,insyaALLAH, rezeki kita juga akan murah dan kata pak cik ini lagi,jangan sesekali memandang rendah kepada orang kerana setiap manusia itu ada gunanya...kalau semua orang menjadi pegawai,nnt siapa pula akan menjadi orang bawahan?betul kata pak cik tu....insyaALLAH saya tak akan melupakannya..
ada pula seorang lelaki muda yg mempunyai dua orang anak yang rajin berkerja...saya kagum juga dengan beliau kerana beliau memilih untuk berkerja di kampung berbanding bekerja di bandar seperti rakan2 yang sebaya dengan beliau...beliau selalu juga berpesan kepada saya, jangan malu dalam mencari rezeki asalkan kerja yang kita lakukan itu adalah halal...jika kita malu untuk melakukan sesuatu pekerjaan,memang susah untuk kita mendapat rezeki...
ada pula seorang kakak yang tidak percaya yang saya merupakan pelajar di universiti...mungkin sebab gaya saya bukan seperti pelajar kot time berkerja...apa2 pun trima kasih kak sebab memuji saya....insyaALLAH,saya tidak akan lupa diri...
pengalaman yang saya dapat semasa cuti 4 bulan yang lepas telah banyak membuatkan saya berfikir...saya berfikir betapa susahnya emak saya mencari rezeki seorang diri untuk menyekolahkan saya kerana untuk mendapatkan wang rm1 adalah amat susah...biasalah,kami orang kampung dan melakukan kerja2 kampung yang memerlukan tenaga yg banyak....balik sahaja dari kerja terasa seluruh urat saraf di dalam badan ini kejang...amat menyakitkan tetapi segala kesakitan itu terubat bila mendapat gaji......ini membuatkan saya insaf,membuatkan saya terfikir akan kesusahan hidup...saya bersyukur kerana ALLAH telah mengurniakan akal yang baik sehingga saya dapat berada di tahap sekarang...semoga ALLAH murahkan rezeki saya dan saya ingin menolong orang2 yang memerlukan bantuan dengan ilmu yang saya ada....
kehidupan ini adalah sementara,hargailah kehidupan ini....semoga ALLAH tetapkan jodoh yang baik untuk saya yang dapat membimbing saya ke jalan ALLAH,semoga ALLAH memberkati hidup saya serta keluarga saya dan semoga dihindarkan diri saya dari melakukan perkara yang bole melukakan hati emak kesayangan saya....sesungguhnya saya sangat3 sayangkan mak saya....
~~~~sekadar berkongsi rasa~~~
~~cahayakeharumanku~~

Jumaat, 2 September 2011

Unic - Sebuah pertemuan


KeSyUkUrAN

ALHAMDULILLAH hari ni dah hari ke 5 hari raya. hari ni mood rase down plak..bangun je dari tido,macam terfikir banyak bende...sebenarnye terfikir bende yang dah lepas...Prof Dr Muhaya cakap kalo kita fikir perkara yang lepas sama macam kita gali balik kubur...ianya sangat tidak elok...macam mana saya nak bina balik pemikiran saya supaya lebih positive??Ya ALLAH bantulah hamba mu ini...

saya terfikir yang kekadang rasa macam diri ini USELESS sebab saya yang dalam bidang health care ni tak bole nak tolong orang yang memerlukan pertolongan...maaf kerana ilmu saya masih lagi terbatas dan saya sekarang dalam proses pembelajaran lagi...saya memang nak sangat tolong,tp ilmu saya masih lagi terbatas sekarang...bile saya cakap,kalo tak sama dengan orang yg lebih profesional nanti akan menambahkan lagi kepeningan....apa yang saya mampu lakukan hanyalah berdoa semoga orang2 yang saya sayang akan cepat sembuh...sangat2 sedey bile diri ini hanya mampu melihat tp tak mampu membantu.....