Isnin, 7 Oktober 2013

WARNA KEHIDUPAN~~~

1 RAMADHAN
Alhamdulillah, saya selamat sampai ke rumah di kampung malam tadi. saya mendapat satu lagi pengalaman baru, pengalaman teruja bila berada di dalam Airbus Ak6442 (Air Asia jer pun), dan dapat melihat betapa cantiknya bumi ciptaan ALLAH pada waktu malam. sangat-sangat cantik. tapi pengalaman bila flight melanggar awan tebal itu adalah pengalaman menginsafkan. jakun beb sebab ni la kali kedua naik Flight. orang lain naik flight tu cam naik bas je, tapi bagi saya ni la baru dapat merasa naik flight. Rasa gegaran pada badan Belon itu membuatkan saya insaf. pada saat itu saya hanyalah memikirkan Kematian. jika ALLAH kehendakkan Malaikat Izrail mencabut nyawaku, pasti akan terjadi perkara itu.
Hari ini adalah hari pertama bagi saya. hari pertama saya bergelar pekerja. hari pertama saya menyandang jawatan Radiographer. saya diterima berkerja di salah sebuah klinik berdekatan dengan kampungku. hanya 15 minit sahaja untuk ke tempat kerja. disebabkan tidak pasti pukul berapa klinik ini buka dah start bekerja, saya dengan selamber je pergi melaporkan diri pada pukul 10 pagi. (nasib baik awal lagi, kalo tak doctor nak ambik orang lain dah, ngeeee).
sesampai di klinik, pembantu klinik menyuruh saya masuk ke bilik rawatan. saya melihat doctor dan 2 orang doctor pelatih sedang merawat pesakit. saya memberi salam dan doctor guess saya ni memang orang yang dia tunggu-tunggu. tanpa interview yang formal, saya officially diterima berkerja di klinik ini yang berkuat kuasa serta merta. (Alhamdulillah, TQ ALLAH)..
perkara pertama yang saya sangat terkejut adalah bila boss saya a.k.a doctor membahasakan diri dia “AYOH”. saya rasa terharu. sudah 20 tahun saya tidak memanggil panggilan itu pada insan istimewa yang bernama “AYAH”. saya rindu, saya rindu untuk menyebut panggilan itu. saya yang terlalu rindukan ayah, dah akhirnya boss saya membahasakan diri beliau ayah. walaupun panggilan itu tidak seistimewa panggilan untuk arwah ayah, tetapi ianya sedikit sebanyak dapat mengubat rindu saya kepada Ayah tercinta.
hari first keje memang melucukan.hari ni la nak suai kenal dengan semua staff dan hari ni la jugak nak suai kenal dengan machine.hahaha…. setiap machine yang digunakan di hospital yang pernah saya practical memang tak sama dengan machine yang ade kat klinik ni. memang totally lain. so,, terpaksalah suai kenal dulu dengan machine ni. satu hal lagi, kene la ingat nama semua staff kat sini. ni kan semua office mate saya..hehehe…ALHAMDULILLAH office mate lak semuanye okey and happy2 je. so memang enjoy jela keje. xdela tertekan ape2 pun. sambung lak nanti ek.. wa Chaw lu… ngeee….


TQ ALLAH~~~

ASSALAMUALAIKUM…
Rasanya dah naik bersawang blog ni…Lama sangat tak bukak dan jari ni menari-nari di keyboard untuk menaip sesuatu di blog ni… ALHAMDULILLAH…THANK YOU ALLAH, Kerana hingga ke saat ini dan detik ini diri ini masih lagi diberikan kesempatan untuk terus bernafas dan sentiasa di dalam limpah kasih sayang ALLAH SWT..
ALHAMDULILLAH…itulah perkataan yang dapat diri ini ungkapkan..syukur ke hadrat ALLAH kerana tidak putus2 memberikan rezeki kepada diri ini. ALHAMDULILLAH, tahun ini tahun pertama saya bertukar status daripada seorang student kepada seorang Radiographer… syukur kerana doa saya selama ini ALLAH dah makbulkan.doa saya semoga saya dapat bergelar seorang Radiographer dan dapat berbakti kepada mak saya, agama, bangsa dan negara. Saya rasakan ini adalah tanggungjawab saya untuk membantu insan2 yang memerlukan dan dalam kesakitan.

Pada usia 26 tahun ini juga ramai juga yang bertanya. “bila nak tukar status yang satu lagi tu?”. serius, kalo ada yang sesuai dengan diri ini, memang nak sangat tukar status sekarang jugak. bile tengok kawan2 dan ade anak nak masuk 2 orang dah, mula la hati ni rase semacam. rase sedih dan rase rendah diri sebab kita masih lagi searching tak sudah-sudah. tak jugak find out pun lagi. huhu... best kot kalo dapat tukar status sebab nanti tiap2 bulan ade orang bagi duit. pastu kalo dia ade kereta lak best gak, boleh la gune je kereta dia. pastu duit dia tu duit kita dan duit kita memang duit kita la. bole la shopping gi beli beg Carlo Rino yang lawa tu tiap2 bulan... hahaha, berangan je lebey...ape pun, saya selalu berdoa semoga ALLAH kurniakan saya seorang suami yang dapat membawa rasa cinta saya kepada ALLAH. yang dapat membimbingku je jalan MU ya ALLAH..AMEEN...

ALHAMDULILLAH, pada genap usia saya 26 tahun, ALLAH limpahkan rezeki kepada diri ini…saya diberi kesempatan untuk menghadiahkan ibu saya duit raya sempena hari lahir saya yang ke-26 iaitu sehari sebelum hari raya. tidak dapat diungkap dengan kata-kata kerana betapa sebaknya diri ini. pada usia genap 26 tahun baru saya dapat memberikan sedikit hadiah kepada ibu saya. betapa selama 26 tahun ibu saya menunggu satu-satunya anaknya ini dapat menghabiskan pelajaran dengan segulung ijazah dan dapat berbakti kepadanya. walaupun pelajaran saya tidaklah secemerlang kawan-kawan seperjuangan tetapi saya tetap bersyukur dengan segala rezeki yang telah ALLAH kurniakan kepada saya. terima kasih ALLAH.

Pada usia 26 tahun ini juga saya mendapat mengecapi kemanisan dapat gaji yang pertama. Betapa gembiranya hati ini kepada selama lebih kurang 6 tahun saya mempelajari ilmu berkaitan dengan pengimejan perubatan or medical imaging a.k.a x-ray ni( tapi 7 tahun jadi student UiTM, UiTM sentiasa diHatiku), dan pada usia genap 26 tahun saya dapat hasilnya. hasil gaji seorang Radiographer or juru-xray. walaupun gaji saya tak lah sebesar mana tapi saya tetap bersyukur kerana saya dikurniaakan rezeki iaitu mendapat pekerjaan yang hanya 15 minit saja perjalanan dari rumah ke tempat kerja. saya juga dikurniaakan majikan yang sangat2 supporting dan rakan2 sekerja yang sentiasa happy. terima kasih ALLAH.

pada usia 26 tahun ini juga saya berkesempatan untuk berkongsi sedikit gaji saya dengan memberikan duit raya yang pertama kepada anak-anak sedara dan anak-anak sepupu. maaf kawan-kawan, duit raya untuk korang soon ek…gaji dapat separuh je bulan ni.(huhuhu)…satu perkara yang mengembirakan hati kita apabila kita dapat berkongsi apa yang kita ade dengan orang yang kita sayang. saya juga yakin, jika kita bersedekah kepada orang, pasti ALLAH akan lipat gandakan rezeki yang kita ada..kalo bukan di sini, pasti akan ada di SANA nanti…IN SHAA ALLAH..

ALHAMDULILLAH, birthday tahun ini, iaitu birthday untuk kali ke 26 ini sangat2 bermakna kerana birthday saya jatuh pada 7/8 iaitu sehari sebelum hari raya. saja je saya berseloroh yang tahun ni saya bagi cuti untuk semua orang dan tak payah puasa dah esok sebab malam nanti saya akan umumkan yang esok cuti raya sempena birthday saya hari ini..kata seorang kawan saya ni pulak, untung la ko sebab ko boleh ganti pak cik mohor Besar Raja-raja umumkan raya untuk esok..hahaha... gurau2 je..dah kebetulan birthday saya jatuh sehari sebelum hari raya kan.. haha...ini semua poyo...

Birthday tahun ni saya di tempat kerja. pagi-pagi lagi boss saya dah panggil untuk bergambar…katanya nak buat gambar untuk ucapan raya. saya memang sedia maklum yang boss saya memang suka sangat ambik gambar. tambahan pula anak buahnye ini pun memang jenis yang suka sangat ambik gambar, ape lagi memang kene sangat la tu.hihihi….first wish yang saya dapat tahun ni kat sms ialah dari adek kesayangan saya ni… tak puas hati ngan wish kat sms, siap post kat wall FB saya lak wish birthday. 5 hari sebelum birthday tu memang adek kesayangan saya yang sorang lagi ni dah wish awal2 dah…mahu advance katenye..ape2 pun thanks untuk semua yang wish birthday kat saya tak kira kat fb or by sms.

Sayu rasa hati bila terkenangkan seseorang yang pernah rapat dan pernah berkongsi rasa dengan saya selama 5 tahun 3 bulan.. ape2 pun, semuanya dengan kehendak ALLAH. Saya selalu doakan awak, semoga awak tenang dan di tempatkan bersama-sama orang2 yang beriman dan beramal soleh. AMEEN…hati ini juga sayu bila terkenangkan arwah Ayah.. Ayah, adek dah kerja dah ayah… in Shaa ALLAH, adek tak pernah lupa untuk berdoa untuk ayah. semoga Ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dah semoga ALLAH berikan ganjaran pahala dan syurga kepada Ayah. adik sayang ayah sangat-sangat.. walaupun selama mana pun ayah tinggalkan adek, tapi kasih sayang ayah tetap terpahat utuh di hati adek walaupun sekejap je masa adek bersama-sama dengan ayah… ayah tetap yang terbaik untuk adek..adek tak sempat berbakti pada ayah, tapi adek selalu berdoa semoga ALLAH tak lupakan adek untuk adek terus berdoa kepada Ayah..

Pelbagai rasa yang saya rasa pada tahun ini. inilah yang dinamakan kemanisan hidup. hidup ini hanya sementara, berbaktilah sekadar mana yang kita mampu. kekadang diri ini juga ada terlajak kata, terkasar bahasa, terguris perasaan orang, tapi diri ini juga manusia biasa yang tak lepas dari dosa. bila tersedar akan kesalahan diri, beristigfar dan memohon keampunan dariNYA. kerana syurga yang kekal abadi itu adalah harapan hidup ini.

terima kasih kepada semua insan-insan yang hadir dalam hidup ini. terima kasih kerana mewarnai hidup ini dengan warna-warna kegembiraan, keseronokan, kehappyan, kesedihan, kekalutan, air mata, kepenatan, kemarahan, kemerajukkan, kepedihan, keterasaan hati dan pelbagai lagi perasaan. yang pasti setiap warna-warna kehidupan ini sedikit sebanyak telah mematangkan dan mengajarku erti sebuah kehidupan. semoga kasih sayang ALLAH akan terus bersama-sama dengan diri ini dan kita semua.