Isnin, 7 Oktober 2013

WARNA KEHIDUPAN~~~

1 RAMADHAN
Alhamdulillah, saya selamat sampai ke rumah di kampung malam tadi. saya mendapat satu lagi pengalaman baru, pengalaman teruja bila berada di dalam Airbus Ak6442 (Air Asia jer pun), dan dapat melihat betapa cantiknya bumi ciptaan ALLAH pada waktu malam. sangat-sangat cantik. tapi pengalaman bila flight melanggar awan tebal itu adalah pengalaman menginsafkan. jakun beb sebab ni la kali kedua naik Flight. orang lain naik flight tu cam naik bas je, tapi bagi saya ni la baru dapat merasa naik flight. Rasa gegaran pada badan Belon itu membuatkan saya insaf. pada saat itu saya hanyalah memikirkan Kematian. jika ALLAH kehendakkan Malaikat Izrail mencabut nyawaku, pasti akan terjadi perkara itu.
Hari ini adalah hari pertama bagi saya. hari pertama saya bergelar pekerja. hari pertama saya menyandang jawatan Radiographer. saya diterima berkerja di salah sebuah klinik berdekatan dengan kampungku. hanya 15 minit sahaja untuk ke tempat kerja. disebabkan tidak pasti pukul berapa klinik ini buka dah start bekerja, saya dengan selamber je pergi melaporkan diri pada pukul 10 pagi. (nasib baik awal lagi, kalo tak doctor nak ambik orang lain dah, ngeeee).
sesampai di klinik, pembantu klinik menyuruh saya masuk ke bilik rawatan. saya melihat doctor dan 2 orang doctor pelatih sedang merawat pesakit. saya memberi salam dan doctor guess saya ni memang orang yang dia tunggu-tunggu. tanpa interview yang formal, saya officially diterima berkerja di klinik ini yang berkuat kuasa serta merta. (Alhamdulillah, TQ ALLAH)..
perkara pertama yang saya sangat terkejut adalah bila boss saya a.k.a doctor membahasakan diri dia “AYOH”. saya rasa terharu. sudah 20 tahun saya tidak memanggil panggilan itu pada insan istimewa yang bernama “AYAH”. saya rindu, saya rindu untuk menyebut panggilan itu. saya yang terlalu rindukan ayah, dah akhirnya boss saya membahasakan diri beliau ayah. walaupun panggilan itu tidak seistimewa panggilan untuk arwah ayah, tetapi ianya sedikit sebanyak dapat mengubat rindu saya kepada Ayah tercinta.
hari first keje memang melucukan.hari ni la nak suai kenal dengan semua staff dan hari ni la jugak nak suai kenal dengan machine.hahaha…. setiap machine yang digunakan di hospital yang pernah saya practical memang tak sama dengan machine yang ade kat klinik ni. memang totally lain. so,, terpaksalah suai kenal dulu dengan machine ni. satu hal lagi, kene la ingat nama semua staff kat sini. ni kan semua office mate saya..hehehe…ALHAMDULILLAH office mate lak semuanye okey and happy2 je. so memang enjoy jela keje. xdela tertekan ape2 pun. sambung lak nanti ek.. wa Chaw lu… ngeee….


TQ ALLAH~~~

ASSALAMUALAIKUM…
Rasanya dah naik bersawang blog ni…Lama sangat tak bukak dan jari ni menari-nari di keyboard untuk menaip sesuatu di blog ni… ALHAMDULILLAH…THANK YOU ALLAH, Kerana hingga ke saat ini dan detik ini diri ini masih lagi diberikan kesempatan untuk terus bernafas dan sentiasa di dalam limpah kasih sayang ALLAH SWT..
ALHAMDULILLAH…itulah perkataan yang dapat diri ini ungkapkan..syukur ke hadrat ALLAH kerana tidak putus2 memberikan rezeki kepada diri ini. ALHAMDULILLAH, tahun ini tahun pertama saya bertukar status daripada seorang student kepada seorang Radiographer… syukur kerana doa saya selama ini ALLAH dah makbulkan.doa saya semoga saya dapat bergelar seorang Radiographer dan dapat berbakti kepada mak saya, agama, bangsa dan negara. Saya rasakan ini adalah tanggungjawab saya untuk membantu insan2 yang memerlukan dan dalam kesakitan.

Pada usia 26 tahun ini juga ramai juga yang bertanya. “bila nak tukar status yang satu lagi tu?”. serius, kalo ada yang sesuai dengan diri ini, memang nak sangat tukar status sekarang jugak. bile tengok kawan2 dan ade anak nak masuk 2 orang dah, mula la hati ni rase semacam. rase sedih dan rase rendah diri sebab kita masih lagi searching tak sudah-sudah. tak jugak find out pun lagi. huhu... best kot kalo dapat tukar status sebab nanti tiap2 bulan ade orang bagi duit. pastu kalo dia ade kereta lak best gak, boleh la gune je kereta dia. pastu duit dia tu duit kita dan duit kita memang duit kita la. bole la shopping gi beli beg Carlo Rino yang lawa tu tiap2 bulan... hahaha, berangan je lebey...ape pun, saya selalu berdoa semoga ALLAH kurniakan saya seorang suami yang dapat membawa rasa cinta saya kepada ALLAH. yang dapat membimbingku je jalan MU ya ALLAH..AMEEN...

ALHAMDULILLAH, pada genap usia saya 26 tahun, ALLAH limpahkan rezeki kepada diri ini…saya diberi kesempatan untuk menghadiahkan ibu saya duit raya sempena hari lahir saya yang ke-26 iaitu sehari sebelum hari raya. tidak dapat diungkap dengan kata-kata kerana betapa sebaknya diri ini. pada usia genap 26 tahun baru saya dapat memberikan sedikit hadiah kepada ibu saya. betapa selama 26 tahun ibu saya menunggu satu-satunya anaknya ini dapat menghabiskan pelajaran dengan segulung ijazah dan dapat berbakti kepadanya. walaupun pelajaran saya tidaklah secemerlang kawan-kawan seperjuangan tetapi saya tetap bersyukur dengan segala rezeki yang telah ALLAH kurniakan kepada saya. terima kasih ALLAH.

Pada usia 26 tahun ini juga saya mendapat mengecapi kemanisan dapat gaji yang pertama. Betapa gembiranya hati ini kepada selama lebih kurang 6 tahun saya mempelajari ilmu berkaitan dengan pengimejan perubatan or medical imaging a.k.a x-ray ni( tapi 7 tahun jadi student UiTM, UiTM sentiasa diHatiku), dan pada usia genap 26 tahun saya dapat hasilnya. hasil gaji seorang Radiographer or juru-xray. walaupun gaji saya tak lah sebesar mana tapi saya tetap bersyukur kerana saya dikurniaakan rezeki iaitu mendapat pekerjaan yang hanya 15 minit saja perjalanan dari rumah ke tempat kerja. saya juga dikurniaakan majikan yang sangat2 supporting dan rakan2 sekerja yang sentiasa happy. terima kasih ALLAH.

pada usia 26 tahun ini juga saya berkesempatan untuk berkongsi sedikit gaji saya dengan memberikan duit raya yang pertama kepada anak-anak sedara dan anak-anak sepupu. maaf kawan-kawan, duit raya untuk korang soon ek…gaji dapat separuh je bulan ni.(huhuhu)…satu perkara yang mengembirakan hati kita apabila kita dapat berkongsi apa yang kita ade dengan orang yang kita sayang. saya juga yakin, jika kita bersedekah kepada orang, pasti ALLAH akan lipat gandakan rezeki yang kita ada..kalo bukan di sini, pasti akan ada di SANA nanti…IN SHAA ALLAH..

ALHAMDULILLAH, birthday tahun ini, iaitu birthday untuk kali ke 26 ini sangat2 bermakna kerana birthday saya jatuh pada 7/8 iaitu sehari sebelum hari raya. saja je saya berseloroh yang tahun ni saya bagi cuti untuk semua orang dan tak payah puasa dah esok sebab malam nanti saya akan umumkan yang esok cuti raya sempena birthday saya hari ini..kata seorang kawan saya ni pulak, untung la ko sebab ko boleh ganti pak cik mohor Besar Raja-raja umumkan raya untuk esok..hahaha... gurau2 je..dah kebetulan birthday saya jatuh sehari sebelum hari raya kan.. haha...ini semua poyo...

Birthday tahun ni saya di tempat kerja. pagi-pagi lagi boss saya dah panggil untuk bergambar…katanya nak buat gambar untuk ucapan raya. saya memang sedia maklum yang boss saya memang suka sangat ambik gambar. tambahan pula anak buahnye ini pun memang jenis yang suka sangat ambik gambar, ape lagi memang kene sangat la tu.hihihi….first wish yang saya dapat tahun ni kat sms ialah dari adek kesayangan saya ni… tak puas hati ngan wish kat sms, siap post kat wall FB saya lak wish birthday. 5 hari sebelum birthday tu memang adek kesayangan saya yang sorang lagi ni dah wish awal2 dah…mahu advance katenye..ape2 pun thanks untuk semua yang wish birthday kat saya tak kira kat fb or by sms.

Sayu rasa hati bila terkenangkan seseorang yang pernah rapat dan pernah berkongsi rasa dengan saya selama 5 tahun 3 bulan.. ape2 pun, semuanya dengan kehendak ALLAH. Saya selalu doakan awak, semoga awak tenang dan di tempatkan bersama-sama orang2 yang beriman dan beramal soleh. AMEEN…hati ini juga sayu bila terkenangkan arwah Ayah.. Ayah, adek dah kerja dah ayah… in Shaa ALLAH, adek tak pernah lupa untuk berdoa untuk ayah. semoga Ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dah semoga ALLAH berikan ganjaran pahala dan syurga kepada Ayah. adik sayang ayah sangat-sangat.. walaupun selama mana pun ayah tinggalkan adek, tapi kasih sayang ayah tetap terpahat utuh di hati adek walaupun sekejap je masa adek bersama-sama dengan ayah… ayah tetap yang terbaik untuk adek..adek tak sempat berbakti pada ayah, tapi adek selalu berdoa semoga ALLAH tak lupakan adek untuk adek terus berdoa kepada Ayah..

Pelbagai rasa yang saya rasa pada tahun ini. inilah yang dinamakan kemanisan hidup. hidup ini hanya sementara, berbaktilah sekadar mana yang kita mampu. kekadang diri ini juga ada terlajak kata, terkasar bahasa, terguris perasaan orang, tapi diri ini juga manusia biasa yang tak lepas dari dosa. bila tersedar akan kesalahan diri, beristigfar dan memohon keampunan dariNYA. kerana syurga yang kekal abadi itu adalah harapan hidup ini.

terima kasih kepada semua insan-insan yang hadir dalam hidup ini. terima kasih kerana mewarnai hidup ini dengan warna-warna kegembiraan, keseronokan, kehappyan, kesedihan, kekalutan, air mata, kepenatan, kemarahan, kemerajukkan, kepedihan, keterasaan hati dan pelbagai lagi perasaan. yang pasti setiap warna-warna kehidupan ini sedikit sebanyak telah mematangkan dan mengajarku erti sebuah kehidupan. semoga kasih sayang ALLAH akan terus bersama-sama dengan diri ini dan kita semua.



Rabu, 22 Mei 2013

KaMi YaNg TaK BeRaPa NaK BeTuL...ngeee

Assalamualaikum....
sekarang tinggal lebih kurang sebulan lagi nak habis practical...bila dah nak habis practical maknanye kerje pun banyak lagi yang tak siap...maknanya bile nak jadi rajin ni…maknanye makin kurang mase…maknanye memang harula hidup jap..maknanya dah tak lama lagi akan habis blajar...maknanye tak lama lagi akan menamatkan zaman seorang pelajar...maknanye lepas ni dah tak ada lagi "student life" ke? mungkin akan ada lagi...tp tak sama dengan ape yang pernah saya rasai sebelum ini... dan “student life” yang akan datang bukan dalam masa terdekat ni…saya nak mencari secicip rezeki dulu sebelum melangkah ke another “student life”… In Shaa ALLAH…

sebenarnye time practical ni best sangat…tak banyak sangat kene pikir.. just pagi2 siap2 gi kerje… opsss…ade gak la yang kene pkir…kekadang tu pening jugak kepala nak pikir nak pakai baju apa hari ni?…ni la soalan yang paling saya tak suka…bukan 1 or 2 minit nak pkir benda ni…kekadang tu sampai ½ jam pun tak dapat lagi keputusan…last2, pejam mata…ambik je baju yang mana pun…pakai…habis citer.. ni baru dok citer pasal preparation sebelum gi keje…hahaha…

pastu bila dah siap2 lak, kalo rase ade mood nak wat air kat umah, wat air and minum air dulu..tapi biasanye saya ni memang kureng sikit minum air manis…so, memang dalam sebulan tu ade la 3,4 kali je time rajin buat air…tapi selalunye sarapan dengan roti, nasi lemak or nasi kerabu…memang da besh la… nasi kerabu lak ade yang rm2, ade yang rm3 sebungkus..pastu lauk lak bole pilih nak nasi kerabu daging bakar or ayam bakar…pastu nasi pun bole pilih gak,nak beli nasi kerabu yang color biru or color kuning…ni la variasi makanan kat bumi Kelate ni… ni baru masuk bab sarapan...hahaha…

okey2, lepas makan lak, kami siap2 pakai kasut. Pastu kunci pintu umah..ade gak la tertinggal and lupe nak kunci rumah..ape lagi, balik je keje memang kene bebel ngan Mek a.k.a tuan rumah sewa ni la…bile dah siap kunci pintu rumah, akitorang pun start la berjalan dari rumah ke hospital..umah sewa ni dekat je…kalo bukak jendela rumah je dah bole nampah hospital dah…kalo la tak de pagar hospital tu, memang kami boleh masuk ke hospital tanpa perlu berjalan selama 10 minit…ye, umah ngan department 10 minit jalan kaki… bile start jalan tu, ade antara kami yang suka jalan laju…ade yang suke jalan slow…ade yang suke jalan sedang2 je..tapi selalunye insan ini yang terkebelakang..hihihi…. sambil jalan2, ade je celoteh or gosip yang kitorang akan borakkan… sampai la di department, lebih kurang kol 8.10 pagi…

masuk je department, tulis nama kedatangan kitorang dalam buku kedatangan untuk pelatih or student practical. Lepas tulis je nama dan tandatangan, kami berlima pun berpecah la wat keje…fokus2…tapi kekadang tu tak masuk or tak gi pun ke bilik yang kami bertugas…bukan ape, kalo la kene dok kat MRI or Ultrasound, memang boring la sebab kite just tengok je ape yang radiographer or doctor wat keje..kite nak wat x bole sebab kekang procedure ni complicated. So tengok jela…itu yang naik boring tu…

pastu kol 1 nanti kitorang akan kumpul balik tuk gi makan…biasenye g makan di café harmoni… kalo tak sempat or kalo ade bawak makanan, kitorang tumpang je makan kat café anjung…café harmoni ok la makanan dia..tapi kekadang tu nak marah gak ngan akak casher ni, kalo ambik nasi campur, harga cam mahal je sebab akak casher ni tau sebut sesuke hati dia je harga makanan tu…tapi kalo rase nak makan chicken chop or masakan panas pun ade gak kat sini dengan harga yang agak berpatutan dan rase pun bole tahan la sedap…tapi  bihun or mee tomyam manis siket(cakap slow2, nanti ade orang dengar) hahaha.. ade gak kes makanan insan ni ade “udang tambahan a.k.a Ulat”dalam sayur , tapi senyap2 je la…hahaha…nak wat camne, rezeki kan..hahaha…Mase tengah jalan nak gi makan tu ade la pulak crite2 terkini yang baru kitorang dapat kitorang akan share bersama-sama…siap gelak2 lagi…kalo hari tu lak ade keje ngn orang moody, dengan kami2 skali akan jadi moody gak…sape yang moody tu akan senyap jela…ye la, stress la katakan…hihihi…

lepas makan tengahari, kitorang akan solat di surau staff. Kalo waktu rehat tu lama lagi, so ade mase la untuk kitorang bukak FB jap…FB hanya boleh bukak dari kol 1-2 petang sahaja…bukak FB sebelum kol 2 pastu jangan log out, nnt bole la main FB tu sampai kol 2.30 or kol 3…tapi once kite dah logout lepas kol 2, memang dah tak bole nak log in lagi la…kene tunggu waktu kerje habis baru la bole log in balik..ngeee… biasenye mase solat kitorang akan gi sama2 ke surau..nanti ade la staff yang suke tengok gaya kitorang berpakaian la, kitorang pakai makeup la, tengok kitorang pakai tudung la…Kak, kami ni dah agak berumur dah kak, itu sebabnye kitorang kene makeup2 siket( ce teke sape yang pernah cakap camni?) hahahaha…

lepas solat, sambung balik wat kerje…sampai la kol 5 petang…kol 5 je kumpul balik 5,5 orang pastu g solat asar…lepas solat asar tu kitorang pun berjalan la ke kawasan perniagaan (betul ke kawasan perniagaan??hahaha) untuk beli barang or beli makanan…awal2 practical dulu kitorang selalu beli bungkus je makanan… biasenye kitorang beli lauk je…pastu sambil2 tunggu makanan tu ade la jugak order popia goreng untuk makan terus..yela, lapo gak kekadang tu bile balik kej… tapi yang pasti kitorang akan order popia goreng je…air memang tak order..sampaikan adik kat kedai tu dah tau dah yang kitorang ni jenis yang tak order air…( ye la nak order air watpe, kitorang angkut air dari rumah 1 liter sorang bawak dalam botol, kalo beli air lagi memang rugi la) hahahaha…tapi ade satu hari ni, pakcik tuan kedai ni kesian kat kitorang sebab kitorang order popia goreng je, so pak cik ni bagi la air kosong sejuk…hahaha…tq pakcik… kitorang akan order lauk tomyam ngn kailan ikan masin…tak pun tomyam ngan paprik ayam…takpun sup ngan paprik…ulang2 order menu yang sama. Masuk bulan ke tiga memang kami dah muak sangat dah ngan makanan kat kedai tu…
sekarang ni kami gi kat mydin setiap petang and beli la ikan or ayam and sayur..balik umah masak…rewang lagi tu..sebelum kol 9 memang dah kenyang dah..hihi…lagi puas rase makan sayur banyak(dialog sape ek ni??) hahaha…
biasenye dari kuar dari department lebih kurang kol 5.20 kitorang akan pusing2 sambil2 window or door shoping kat semua kedai yang ade kat depan hospital ni…siap masuk mydin, masuk lak watson, pastu masuk lak kedai kasut, pastu masuk lak kedai mas, pastu masuk lak jakel, pastu berpeleseran la plak ke ariani, pastu g lak ke zaleha textile, pastu singgah nirwana beli coolblog sebab dah dahaga sangat dah sebab banyak jalan tadi…(tak larat dah nak taip kedai ape lagi yang kite gi sebab banyak sangat rasenye kite gi) hahaha… tengok je jam dah kol 7petang, pastu lintas jalan nak balik umah..jalan laju2 sebab nak tengok citer lak kat tv3 slot akasia…hahaha..
sampai je rumah, rewang lak untuk makan malam…sorang potong sayur, sorang potong bawang, sorang masak nasi, sorang masak lauk,sorang lagi yang lebih tu biasenye tolong tengok je…( tapi kekadang je lebih sorang sebab insan ini selalunye balik umah, so tinggal la mereka ber4…sorry adik2 kekadang tak dapat join skali ngan korang..sob,sob,sob…) siap je masak, hidang makanan kat depan tv..pastu makan nasi…mase nak makan lak selalu je terjadi kejadian ini…  “saya nak nasi siket je” ( mesti tau kan sape punye ayat ni)..pastu nak habis kan lauk pun akan jadi satu masalah jugak…biasenye masing2 dah kenyang, sampai xde orang nak habiskan lauk..tapi biasenye akan ade yang cakap “ takpe la, biar saya habiskan” (ni ayat sape ek?hahaha)…lepas makan basuh pinggan and kuar balik dok kat ruang tamu rumah…
aktiviti lepas makan lak, masing2 akan mengadap laptop masing-masing…dok wat keje ke??? Hahahaha…memang tak la, semua dok bukak fb..pastu ade la plak yang sorang ni cakap “ boring la fb, baik aku main Zombie”hahahaha…kalo tak bukak fb, mesti tengah mentelaah punye…mentelaah buku ilmiah??memang tak la, masing-masing dok mentelaah novel.. ye la, dah dapat baucer buku rm250, insan ni tak tau nak beli ape…memang beli novel la jawabnye… so koleksi novel memang bertambah lagi la…hehehe…saya suke!!...
masuk je kol 9.30, sorang2 akan masuk bilik…memang time tu beradu la..mata dah tak larat nak bukak sebab perut dah kenyang and badan dah penat seharian kerje…tapi ade jugak antara kami yang rajin and wat kerje dulu sebelum tido…good girl la ni…hihihi… ni la ceritera kitorang pada hari bekerje…syok jadi student…hehehe…
kalo hari cuti lak ade je plan nak gi melancong di negeri che siti wan kembang ni…jarang2 je hujung minggu tidak dipenuhi dengan apa2 aktiviti…mase untuk explore tempat2 makan yang menarik di klate negeriku…pastu explore kawasan2 menarik and explore tempat2 membeli belah yang murah…tapi frust sikit sebab hasrat tak tercapai lagi nak g Munduk..tutup la plak mase kitorang pergi haritu…in shaa ALLAH, suatu hari nanti.. J
okey2, sambung wat keje balik…ni pun curi2 menaip di bilik Ct scan lama ni…:P

P/s: memori kita ni adalah antara memori terindah kita bersama…semoga ia akan sentiasa kekal di hati kita.. in shaa ALLAH J

Isnin, 15 April 2013

CiNtA DaN CiTa- CiTa

Assalamualaikum...
Lama sangat-sangat jari- jari ni tak menari di atas keyboard untuk mencoretkan sesuatu di sini...
keinginan untuk menulis ada tetapi masa tidak mengizinkan kerana terlalu sibuk dengan pelajaran dan mengejar cita...ye, mengejar cita- cita... mengejar cinta, mungkin belum masanya lagi.... :)

Dalam mengejar cita-cita, tipu la kalau cakap dah tak ada hati untuk mengejar cinta.. tapi bila difikirkan balik, mengejar cita-cita lagi penting rasanye buat masa sekarang bagi saya, walaupun teman-teman dan rakan-rakan seangkatan dah ramai yang ada baby, yang dah kawen, yang dah tunang, yang dah ade boyfriend...saya perlukan ilmu untuk semua itu...  bila fikir balik, adakah saya mahukan boyfriend? hati saya menjawab, tidak...saya tidak perlukan boyfriend, kerana saya inginkan seorang SUAMI...bukan BOYFRIEND... kerana saya yakin dan pasti, jika ALLAH dah tetapkan dia bukan untuk kita, walaupun berpuluh tahun couple, memang tak akan kemana. jika ALLAH dah tetapkan dia untuk kita, pasti pertemuan yang singkat dan tanpa hubungan percintaan sebelum kawen pun pasti kita akan bahagia..

Dalam mengejar cita-cita, dunia hanyalah buku,kuliah, kawan-kawan, assignment, test, exam...tapi facebook termasuk gak la..hehehe... Perkara yang menjadi masalah dan perlukan pemikiran dalam mengejar ilmu adalah masalah kewangan. itu pun bukan nya selalu, biasanya bila hujung-hujung sem je masalah ni datang... masalah lain seperti masalah kecik-kecik dengan kawan dan family adalah perkara yang boleh membuatkan diri kita lebih matang dalam kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah untuk menghadapi hari yang mendatang... masa mengejar ilmu adalah masa yang saya rasakan inilah masa untuk saya mempersiapkan diri dengan segala perkara yang akan berlaku pada masa akan datang... memang la kita tak tahu apa perancangan ALLAH untuk kita dan sebab itulah kita perlu persiapkan diri kita dengan Ilmu pengetahuan supaya ia menjadi panduan dan petunjuk jalan jika kita tersesat di hari yang mendatang..

ILMU... perkara yang sangat penting dalam kehidupan kita..tidak kira kehidupan di dunia ataupun kehidupan di akhirat sana...dengan ilmu yang bermanfaat,  In Shaa ALLAH, hidup kita akan bahagia di dunia dan akhirat... oleh itu, untuk melangkah ke mana-mana alam pun kita memerlukan ilmu sebagai panduan.. untuk melangkah ke alam pekerjaan, perlukan ilmu...untuk melangkah ke alam rumahtangga, kita juga perlukan ilmu...untuk melangkah ke alam kubur sekalipun, kita mesti ada ilmu.. so, buat masa sekarang siapkanlah diri dengan ilmu.. :)

Balik kampung, orang tanya bile nak kawen? jawapan yang terbaik yang saya dapat daripada Prof Dr. Muhaya adalah...in Shaa ALLAH, akan datang masanye nanti...ye, kalau nak fikir pasal orang cakap,orang tanye ni memang pening kepala dibuatnye...kalo tak kawen lg, orang tanye kenapa tak kawen lg, kalo dah kawen, orang tanye kenapa hantaran murah sangat...kalo dah kawen lame sikit, orang tanye kenapa tak ade baby lagi..kalo dah ade baby lak, orang cakap lak ramainye anak dia...so, memang tak akan sudah dan tak akan ada pengakhiran kalo kita nak fikirkan apa orang tanye, kata dan cakap...apa yang penting, semuanya kita serahkan kepada ALLAH...kerana ALLAH maha mengetahui yang terbaik untuk kita...

keinginan tu mesti la ada...nak kawen...nak ada family sendiri...nak ada baby2 comel...keinginan tu lagi2 la tinggi apabila tengok kawan2 yang dah kawen..bahagia je nampak walaupun mereka ada rumah yang sederhana...ada baby comel.. tapi bila fikir balik,adakah ilmu yang saya ada ini sudah mencukupi untuk saya melangkah ke alam rumahtangga....jawapanye mestila tidak. itu sebabnya ALLAH tidak temukan lagi saya dengan sesiapa yang ALLAH kehendaki. yakin dan pasti bahawa ALLAH telah SAVE kan seseorang yang istimewa untuk kita. apa yang penting, DELETE segala perkara yang kurang baik. UPGRADE diri dengan perkara-perkara yang baik dan semoga ALLAH permudahkan usaha kita untuk SEARCHING seseorang yang baik jugak...