Sabtu, 28 Januari 2012

Kenikmatan di Sebalik Kesakitan


Kenikmatan di Sebalik Kesakitan

alt

Namun kenikmatan ketika sakit itu hanya dapat diukur oleh orang yang sedang sakit. Manusia dapat menilai erti kesihatan hanya apabila nikmat tersebut hilang. Bilamana sakit tersebut menimpa, maka sekali gus telah melenyapkan kebahagiaan.
Tahukah kita bahawa di sebalik kesakitan yang kita perolehi itu ada kenikmatan yang dianugerahkan oleh-Nya? Tetapi betapa sikitnya umat manusia yang bersyukur atas nikmat yang diberi ini walaupun mensyukuri nikmat itu suatu kewajipan atas orang yang beriman. Manakala kesihatan merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hambanya.
Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Bukhari daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang."
Namun sebagai orang hamba yang beriman, apabila ditimpa musibah penyakit ia tetap berzikir kepada Allah, bersyukur, bersabar dan mengharapkan ganjaran pahala. Sebagai mana sebuah hadis riwayat Muslim daripada Suhaib r.a., beliau berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): 'sungguh ajaib keadaan seorang mukmin. Seluruh keadaanya pasti menjadi baik. Dan ia tidak dimiliki oleh sesiapa pun melainkan orang beriman. Apabila ia memperoleh kenikmatan, ia akan bersyukur, maka kesenangan itu akan menjadi kebaikan buat dirinya."
Betapa Beruntungnya Orang yang Sakit
Sekiranya orang yang sakit mahu merenung pelbagai keuntungan dan kebaikan dari penyakitnya, nescaya ia tidak akan mengangankan kesembuhan daripada penyakit tersebut.
Salah satu kelebihan sakit ialah ia dapat mengangkat darjat seseorang di sisi Allah. Sebuah hadis riwayat al-Tirmizi daripada Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya balasan pahala yang besar diperoleh melalui ujian yang besar. Kalau Allah mencintai seseorang, pasti Allah akan memberikan ujian kepadanya. Sesiapa yang redha menerima ujian Allah, maka baginya keredhaan-Nya. Dan sesiapa yang kecewa menerimanya, nescaya ia akan menerima kemurkaan-Nya."
Apabila cubaan dan penyakit menimpa orang yang memiliki hubungan yang baik dengan Allah, lalu ia mampu bersabar, nescaya semuanya itu menjadi tanda kebaikan dan tanda cinta kasih daripada Tuhannya. Sebuah hadis riwayat al-Tirmizi, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Kalau Allah menginginkan kebaikan bagi seseorang hamba, maka Allah percepatkan seksaan di dunia."
Abdullah bin Mas'ud r.a. pernah menemui Rasulullah s.a.w. ketika Baginda mengalami demam yang amat teruk. Beliau bertanya: "Wahai Rasulullah! Engkau juga mengalami demam seteruk ini?" Baginda menjawab: "Betul. Bahkan aku merasa demam dua kali ganda lebih berat daripada yang biasa kamu rasakan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sa'ad bin Abi Waqqas pernah ditanya seseorang: "Siapakah orang yang paling berat cubaannya?" Beliau menjawab: "Rasulullah s.a.w. pernah bersabda (yang bermaksud): 'Orang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian diikuti orang yang berikutnya (iaitu orang dibawah kedudukan mereka) secara berturut. Seseorang hamba akan mendapat cubaan sesuai dengan kadar imannya. Sekiranya imannya kuat, maka cubaan yang menimpanya juga berat. Sekiranya imannya lemah maka cubaan yang menimpanya sesuai dengan kadar imannya. Cubaan akan terus menimpa seorang hamba, sehinggalah ia berjalan di bumi tanpa memiliki sekelumit dosa pun."
Suatu hari, Rasulullah s.a.w. datang menemui Ummu al-Saib. Baginda bertanya: "Kenapa engkau menggigil seperti itu wahai Ummu al-Saib?" Wanita itu menjawab: "Demam, Allah tidak memberkati padanya." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau mengutuk penyakit demam kerana penyakit itu boleh menghapauskan dosa anak-anak adam..."
Ulama' Mengharapkan Sakit
Imam Ibn Abi al-Dunya menceritakan: "Sesungguhnya para ulama' dahulu mengharapkan ditimpa demam satu malam agar diampunkan dosa-dosa mereka yang lampau."
Mengapa perlu bersedih apabila ditimpa penyakit? Kemungkinan dengan penyakit itu kita memiliki kedudukan di sisi Allah Taala yang tidak dapat dicapai oleh perbuatan amal ibadat. Jadi, Allah terus memberi cubaan kepada kita dengan hikmah-Nya yang mungkin kita tidak menyukainya, lalu ia mengurniakan kepada kita kesabaran dalam menghadapinya sehingga kita mencapai kedudukan tersebut.
Antara Maha Lembutnya Allah s.w.t. dan rahmat-Nya, bahawa apabila Allah menutup satu pintu kebaikan bagi seseorang, nescaya ia akan membuka banyak lagi pintu kebaikan yang lain. Bagi orang yang sakit, Allah tidak menghalangnya daripada mendapat pahala daripada pelbagai ibadah yang biasa mereka lakukan, meskipun mereka tidak menyempurnakan lagi kerana mereka sakit.
Sebuah hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari, daripada Abu Musa al-'Asy'ari r.a., beliau bercerita:"Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Kalau seseorang hamba sakit atau sedang bermusafir, pasti Allah akan menulis baginya pahala seperti ketika ia mengamalkan ibadah semasa masih sihat dan sedang bermukim."
Kemuliaan apa lagi yang mahu diperoleh setelah diberikan Allah kemuliaan ini? Keutamaan apa pula yang lebih luas selain daripada keutamaan dari Allah yang mengurniakan pelbagai kenikmatan? Ketika sakit, seorang hamba berehat, namun Allah masih menulis pahala daripada ibadah dan perbuatan baik yang diamalkan semasa sihat.
Jangan Risau! Setiap Kesukaran Itu Ada Kemudahan
Sesungguhnya setiap kali Allah mendatangkan kesusahan, pasti Allah mendatangkan kemudahan sesudahnya. Ini kerana ia menjadi sunnatullah yang berlaku terhadap makhluk-Nya.
Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Insyirah ayat 5 hingga 6 yang bermaksud: "Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu, ada kemudahan(5). Sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan(6)."
Boleh jadi pelbagai kesukaran dan kesulitan itu membuatkan seseorang hamba itu tertekan jiwanya, namun pasti akan ada jalan keluar dari sisi Allah yang akan diperolehnya. Mungkin sahaja seseorang yang menghadapi saat kesukaran dan dirasakan tidak akan dapat memperoleh penyelesaian, tiba-tiba terbuka di hadapannya jalan keluar yang tidak pernah ia terfikir sebelumnya.
Bagi orang diberi ujian(penyakit) daripada Allah, janganlah kita berburuk sangka kepada Allah, berasa kecewa dan berputus asa kerana apa-apa sahaja yang terdapat dalam persangkaan seorang hamba, maka begitulah yang Allah lakukan terhadapnya.
Jika hamba itu bersangka baik kepada-Nya, maka Allah akan memberikannya perkara-perkara yang baik. Sebaliknya jika hambanya bersangka buruk terhadap dirinya, maka Allah menganggap ia sebagai satu doa, bahkan Allah akan mengabulkan doa itu sesuai dengan permintaannya sebagaimana hadis riwayat oleh Imam Ahmad:
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bahawa Allah Azzawajalla berfirman: 'Aku hanya mengikut sangkaan hamba-Ku sahaja. Kalau ia bersangka baik kepada-Ku, Aku pun akan berbuat begitu. Kalau ia bersangka buruk kepada-Ku, Aku pun akan berbuat begitu terhadapnya."
Akhir kalam, Sentiasalah bersabar atas dugaan kesakitan yang diberi kerana sedetik masa orang yang sakit itu dinilai oleh-Nya. Mungkin nilaian inilah yang memberatkan timbangan amal kita apabila dihisab di akhirat nanti. Wallahua'lam.

from i love islam....

Isnin, 23 Januari 2012

23/1/2012

entah kenapa...
malam ini ku rasakan sangat senang dan lajunya air mata ini mengalir meluncur di pipi ini...
mungkin kerana rindu....
rindu akan sebuah kenangan....
rindu akan sebuah memory....
kepada siapa mahu ku mengadu...
kepada siapa mahu ku luahkan rasa rindu itu....
kepada YANG BERHAK....
kepada YANG MENCIPTA....
kepada YANG MEMBERI....
kepada YANG PEMURAH...
kepada YANG PENGAMPUN...
kepada YANG PENGASIH....
kepada YANG PENYAYANG....
sekalung doa juga AL-FATIHAH sebagai tanda ingatan...
sebagai tanda tidak luput di ingatan...
sebagai tanda sebuah kenangan...
semoga semua rase ini hanyalah kerana ALLAH...
insyaALLAH....




اللهمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ ، وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ ، وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ ، وَأَنْ تَغْفِرَ لِي وَتَرْحَمَنِي ، وَإِذَا أَرَدْتَ فِتْنَةً فِي قَوْمِي فَتَوَفَّنِي إِلَيْكَ وَأَنَا غَيْرُ مَفْتُونٍ ، اللهمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ ، وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ ، وَحُبًّا يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar terdorong sentiasa melakukan ketaatan,meninggalkan perkara munkar, mencintai orang2 miskin, dan agar Engkau mengampunkan aku dan mengasihaniku.Aku mohon kepadaMu jika Engkau ingin mengenakan sesuatu musibah, maka matikan aku dalam keadaan selamat dari malapetaka itu.Ya ALLAH ! Aku mohon kepadaMu rasa cinta pdMu, cinta pd sesiapa yg menyintaiMu dan cinta yg menyampaikan aku kepada cintaMu.
(riwayat al-Hakim no 1932,al-mu’jam al-Kabir no216

Isnin, 16 Januari 2012

CiNtA DaN KaSiH SaYaNg

bila dah habis exam ni mula la tak tahu nak buat apa. Rase macam best lak kalo dapat menulis macam ni...mungkin ni peluang untuk merehatkan fikiran selepas berhempas pulas dengan exam. ALHAMDULILLAH ALLAH memberikan peluang ini..

Rasa macam nak cakap tentang cinta dan kasih sayang lak hari ni. Cinta,satu perasaan yang sangat indah. bila kita dilamun cinta, kita akan lupa segalanya. same macam lirik lagu-lagu cinta... tapi memang betul,bila kita jatuh cinta,kekadang kita akan lupa siapa diri kita....kita lupa akan Dosa dan Pahala...kita juga kekadang lupa kepada ALLAH kerana terlalu asyik dibuai cinta. beruntunglah bagi sesiapa yang melalui alam percintaan berlandaskan apa yang ALLAH telah tetapkan. Apabila telah jatuh cinta,rasanya sangat sukar untuk menjaga adab dan pergaulan kita sama seperti yang telah disuruh oleh Rasulullah SAW kerana bila berdua pasti akan ade yang ketiga..


Daripada Jabir Bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda " janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya". - Hadis Riwayat Ahmad & Tarmizi dengan sanad yang sahih.

Apabila sampai satu tahap yang cinta itu sudah pudar dan rasa cinta semakin berkurangan,kita akan ditinggalkan. Saat ini adalah kita rasakan saat yang paling sedih dalam hidup. Saat yang paling sukar untuk menumpukan perhatiaan dalam pelajaran. Saat kita lupa tanggungjawab kita terhadap ibu bapa kita iaitu menuntut ilmu. Saat hidup kucar kacir dan tak terurus. Saat ini la berat badan boleh turun 3 kg dalam masa seminggu.. Saat ni la selera makan menurun tidak seperti selalu dan saat ni la setiap masa berendam air mata. 

 Kita rasa sedih bila kita ditinggalkan serta bila kasih sayang dan cinta orang yang kita cinta dan sayang hilang dari kita. Rase frust lak tidak dapat diungkap dengan kata-kata. layan lagu2 sedih je la jawabnya. Rase sakit sangat-sangat di dalam dada. Rasa tetibe je nak nangis...rasa tetibe je nak marah..tetibe rase kecewa..tetibe rase putus asa...itu la sebahagian rasenya. 

TETAPI, pada masa ini kita lupa,kita lupa yang ALLAH ada bersama-sama kita. kita lupa untuk berfikir macam mana jika ALLAH tinggalkan kita? kita lupa untuk berfikir bagaimana jika ALLAH putuskan kasih sayang dan cinta ALLAH kepada kita? kita lupa untuk berfikir adakah selama ini kita melaksanakan segala suruhan ALLAH? kita juga lupa berfikir yang selama kita bercinta dengan manusia, adakah ALLAH meredhai cara percintaan kita? kita juga lupa berfikir sepanjang kita bercinta itu, adakah cinta kita hanya kerana ALLAH?

Sabda Rasulullah SAW: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) ALLAH dan RASUL-NYA adalah lebih dia cintai daripada selainnya (ALLAH dan RASUL), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana ALLAH, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan kedalam api" (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

 
SUBHANALLAH, alangkah indahnya jika kita mendapat ketiga-tiga perkara ini.

oleh itu, INGATLAH,
walau sehebat mana pun cinta kita kepada manusia jika ALLAH tidak meredhai cinta itu,maka kasih sayang dan cinta itu akan terkubur jua. walau sehebat mana pun cinta kita kepada manusia, jika kita tidak mencintainya hanya kerana ALLAH, tiada keberkatan dan cinta itu tidak akan kemana jua tapi cinta juga adalah anugerah dari ALLAH... kita bajailah cinta dengan iman dan taqwa... insyaALLAH...

 Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? dan demi sesungguhnya! KAMI telah menguji orang-orang yang terdahulu deripada mereka,maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui ALLAH tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui- NYA tentang orang-orang yang berdusta (surah Al- Ankabut : 2-3)

ALLAH uji kita dengan kekecewaan kerana ALLAH sayangkan kita...ALLAH masih memberikan peluang untuk kita memperbetulkan diri kita dan ALLAH masih memberikan peluang untuk kita berfikir akan Keagungan dan Kebesaran ALLAH. janganlah terlampau sedih bila diri ditinggalkan kerana ALLAH sentiasa bersama kita. walau sebaik manapun perancangan kita, tapi ingatlah perancangan ALLAH melebihi perancangan yang kita buat dan perancangan ALLAH adalah sebaik- baik perancangan untuk kita. redhalah dengan apa yang terjadi dan berusaha serta berdoa semoga kasih sayang ALLAH sentiasa bersama kita...







Ahad, 15 Januari 2012

DugAaN KeTiKa ExAm....

ALHAMDULILLAH....
sem 5 telah melabuhkan tirai,begitu juga pengakhiran exam untuk semester ini pada 13.1...
sepanjang tempoh exam,saya telah berazam untuk tidak membuka facebook.ALHAMDULILLAH,ALLAH permudahkan urusan saya...
thanks to Dirah coz sudi simpankan broadband saya n thnks to Fatihah coz bg kata2 semangat kat saya untuk tidak membuka fb n thnks untuk semua adek2 saya,sue,ain,hanis,diana,izzah, intan n azy yg telibat secara langsung atau x langsung....hehehe...

ALLAH juga telah menguji saya untuk exam sem ini...saya selsema n demam 5 hari sebelum exam sehingga lah selepas exam...selsema n batuk yang agak teruk..



minum air selasih sebab nak hilangkan panas badan...xboleh makan ubat sebab nanti ngantuk mase nak study.


hari pertama exam saya n kawan saya minta untuk d kuarantin kan kerana kami risau kami akan menggangu kawan-kawan yang lain setiap kali kami batuk...kami juga takut kami akan menyebarkan virus selsema n demam kepada kawan2 yang lain. di dalam bilik kuarantin, kami telah dijaga oleh seorang pengawas peperiksaan. kesian pengawas yg jaga kami sebab xde nk buat ape,sampaikan tertido kat meja kat belakang. hehe...tapi memang agak terkilan sedikit kerana saya hanya dapat menjawab sebahagian sahaja dari soalan exam itu... :"(. tapi saya tetap bersyukur kerana ALLAH memberi peluang untuk saya menduduki juga peperiksaan ini walaupun tidak sihat. :)

Paper kedua exam saya telah disuruh oleh pengawas peperiksaan untuk ke toilet disebabkan selsema n batuk saya agak teruk semasa di dalam dewan peperiksaan. ini kerana, paper kali ini saya tidak dikuarantinkan lg. sesungguhnye ujian kesakitan yang sedikit yang ALLAH berikan itu kadangkala saya rasekan sedikit kesusahan tapi itu adalah tanda ALLAH sayangkan kita. mungkin banyak dosa2 yang telah saya lakukan sebelum ini. untuk paper yang ketiga dan ke empat ALHAMDULILLAH kesihatan semakin baik dan selsema serta batuk semakin berkurangan.

semasa exam,kekadang saya rase tenang dan kekadang saya rase terlalu takut. saat rase tenang itu apabila saya melakukan persiapan yang secukupnya dan saat rase terlalu takut itu apabila bersiapan yang saya lakukan sekadar biase2 sahaja. tp rasenye persiapan yang saya buat semuanya biase2 sahaja..huhuhu....
ini membuatkan saya terfikir, apabila saat kita telah dijemput untuk bertemu ALLAH nanti mungkin saya akan merasa takut kerana rasenya amalan masih belum mencukupi lg. rasanya terlalu banyak kesalahan2 yang telah saya lakukan...muhasabah balik diri ini...

bersyukur kerana ALLAH masih memberikan peluang untuk terus menikmati kehidupan dan inilah peluang untuk melaksanakan segala suruhan ALLAH..semoga hidup ini diberkati dan semoga sentiasa dalam limpah  kasih sayang ALLAH...insyaALLAH...