Ahad, 27 November 2011

KeMaNiSaN HiDuP

Assalamualaikum...dah lama rasenye saya tidak menulis di sini..kekangan masa tidak mengizinkan diri ini untuk mencoretkan sesuatu di sini...syukur ALHAMDULILLAH setelah mengharungi kesibukan dan sekarang masih lagi dalam tempoh kesibukan tetapi saje je diri ini meluangkan masa untuk meredakan sedikit tekanan yang berkampung di jiwa ini....

      ALHAMDULILLAH,selamat sudah 2 program yang perlu saya uruskan secara langsung dan tidak langsung....inilah pengalaman yang sangat bermakna bagi saya kerana saya dapat menimba ilmu pengetahuan secara langsung dan tidak langsung melalui program2 yang telah diadakan.
Pada 15.11.2011 yang lepas kami telah melawat ke Agensi Nuklear Negara dan di sini saya rasa sangat teruja kerana ia adalah perkara yang baru bagi saya....ianya juga meliputi dan termasuk dalam bidang pembelajaran saya...sangat merujakan...:) Pada 26.11.2011 yang lepas pula telah berlangsung 1st Medical Imaging Student's Symposium yang melibatkan students2 medical imaging dari beberapa university,kolej university n kolej dari seluruh malaysia...ia adalah pengalaman yang sangat2 bermakna dalam hidup ini dalam mengendalikan sesebuah program walaupun diri ini hanyalah membantu ape yang perlu sahaja...^___*...

        Banyak perkara yang menarik yang berlaku dalam hidup kita..tidak kurang juga musibah yang menimpa diri ini....tapi banyak yang saya pelajari dengan ape yang telah terjadi....ALLAH turunkan dan bagi musibah kepada kita mungkin juga sebab kesalahan kita dengan ALLAH dan ALLAH nak kita ingat dan sedar bahawasanya ALLAH lah yang berkuasa di atas segala sesuatu....kita hanya mampu merancang tapi perancangan dari ALLAH lebih besar dari perancangan yang kite buat....redha dan bersabarlah diatas segala ape yang ALLAH telah tetapkan kepada kita dan berdoalah kepada ALLAH semoga kita sentiasa dalam limpah kasih sayang dari ALLAH SWT...
  
        Ada satu cerita yang saya rase ianya sangat menyentuh hati dan jiwa saya....pada 9.11.2011,saya seperti selalunye,jika saya ada kelapangan masa,saya akan mendengar rancangan Islam Itu Indah di radio IKIM.FM...seperti biase,tetamu undangan adalah Prof Dr Muhaya...Prof Dr Muhaya adalah sumber inspirasi saya kerana setiap perkataan yang keluar dari mulut Prof kebanyakannye adalah positive...pada hari itu Prof membincangkan topik berkenaan dengan memberi khidmat...antara kata-kata Prof yang sempat saya catatkan ialah : tanya kepada diri kita,kita lakukan sesuatu itu kenapa??
kita lakukan sesuatu itu adalah kerana untuk mendapatkan redha ALLAH @ takut orang kata??
cubalah kita bebaskan diri kita dari penghargaan manusia tapi pengharapan dan penghargaan dari ALLAH itu lebih penting dan lebih bermakna....
dalam membuat keputusan pula,buatlah keputusan dari diri kita sendiri dahulu iaitu dengan memilih jalan hidup yang diredhai ALLAH untuk mendapatkan hidayah dari ALLAH kerana apabila kita mendapat hidayah ALLAH,kita akan buat apa yang ALLAH suruh dan kita akan meninggalkan apa yang ALLAH tegah...kasih sayang ALLAH juga akan makin hampir dengan kita...
saya muhasabah balik diri saya...saya terfikir balik sebenarnya saya tergolong dalam golongan yang mana...    
       Ada seorang pemanggil yang membuat panggilan dan ingin bertanyakan pendapat dari Prof Muhaya...pemanggil ini adalah seorang wanita yang berusia dalam lingkungan awal 30an..beliau merupakan seorang penjawat awam...beliau telah disahkan mengidap BRAIN TUMOR dan tidak dapat berkerja sekarang dan beliau terpaksa pencen awal berikutan penyakit beliau itu...apa yang membuatkan saya kagum dengan wanita ini adalah kerana beliau mengatakan yang beliau tidak mahu berkahwin kerana beliau telah menemui cinta sejati iaitu CINTA kepada ALLAH SWT...SUBHANALLAH...sangatlah beruntung bagi beliau kerana telah menemui kemanisan cinta kepada ALLAH SWT...Prof Muhaya juga mencadangkan kepada wanita ini supaya memperbanyakkan dan gunakan masa yang ade dengan mengajar ilmu yang bermanfaat kepada orang lain kerana seperti yang kita tau hanya tiga perkaya yang akan kita bawa untuk ke ALAM SANA iaitu anak yang soleh,amal jariah dan Ilmu yang bermanfaat seperti sabda Nabi SAW Yang bermaksud: “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)
 "Tiap-tiap yang hidup akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan." (Surah al-Anbia, ayat 35). Mati adalah pasti dan dengan mengingati diri kita akan lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian...dalam kehidupan seharian,cubalah kita untuk memberi sedekah kepada yang memerlukan kerana ia adalah jambatan pahala yang akan menghubungkan pahala kita dengan kita apabila kita sudah meninggal nanti....tingkatkan amal jariah kerana ia juga adalah tali penghubung yang akan menolong kita nanti dan jadilah kita sebagai anak yang soleh dan solehah yang akan menjadi pencen kubur dan ladang pahala kepada kedua ibu bapa kita apabila mereka sudah tidak ada lagi d dunia ini....insyaALLAH...
         bersyukurlah kerana kita masih lagi di berikan peluang oleh ALLAH SWT untuk mengecapi kemanisan kehidupan yang kadang kala penuh dengan onak dan duri....tapi percayalah, ALLAH telah susun kehidupan kita dengan elok dan cantik....berdoalah semoga kita sentiasa dalam limpah kasih sayang dariNYA...~~~~AMIN~~~
*peringatan untuk diri sendiri dan sekadar berkongsi pengetahuan bersama....saya masih lagi belajar dan terus belajar dalam mencari CINTA YANG AGUNG......